Tempat menarik di Langkawi, Kedah
(Trip ringkas ke langkawi)
~Jumaat, sabtu dan ahad~
Staycation ringkas dengan anak-anak
Nama pun ringkas kan, so ringkas ya amat🥰🥰🥰
(Trip ringkas ke langkawi)
~Jumaat, sabtu dan ahad~
Staycation ringkas dengan anak-anak
Nama pun ringkas kan, so ringkas ya amat🥰🥰🥰
Kami sekeluarga sebenarnya ada event wajib kat langkawi last week, Family day office suami, meeting dan sebagainya, so alang-alang dah datang langkawi, acara wajib of course lah kene pusing-pusing Pulau Langkawi. Lagi pun kami bukan fokus nak shopping walaupun dah terbeli cokelat sampai RM300 lebih, tu pun ole-ole untuk adik beradik dan sahabat terdekat sahaja😅
So bila fokus nak lihat pulau, nak santai, nak rehat- rehat sahaja dan of course acara wajib lagi satu JALAN-JALAN CARI MAKAN😅. Jadinya tak dapat pusing setengah pulau, suku pulau pun not bad lah.
Kami ke langkawi naik Malindo (ATR) kat subang, kami tak pilih driving ke sana, sebab bawa anak kecil satu, so rasa macam penat sangat dari seremban kot, oh ya, kebetulan saja lah nak test aurora 1st time naik flight, alhamdulillah tak meragam, gumbira lagi ade lah dia. The best pengangkutan yang ada flight kan. Setel masalah, penat pun tidak, emosi anak-anak pun tak meragam, nama pun aktiviti santai😎
Kat subang airport
Permandangan dari atas awan
So perjalanan ringkasnya:
- Jumaat ~ sampai kat De Baron hotel, Kuah check in, then rehat-rehat sahaja, view hotel ni menghadap laut
- Sabtu ~ Full day tour
Kami guna khidmat ~Sendi Pertiwi Travel & Tours Sdn Bhd~
Paling best tiga hari di Langkawi diorang bagi pengangkutan Vellfire, terkezut sangat Vellfire sampai. Ini sudah jadi percutian taraf 5 stars. Selesa sangat. Haha merasa lah naik kerete besar syiok eh.
Pakej yang kami ambil:
- Bird Park nama dulu sekarang dah jadi Langkawi Wildlife Park, entrance RM18 (dewasa) sahaja sebab guna goverment rate, sesuai sangat untuk anak-anak tempat ni.
- Mangrove
Pakej ni kami ambil boat private pusing-pusing Pulau Gorila, tengok Pulau Kasut, masuk dalam Gua Kelawar, ambil gambar di Gua Buaya
Pusing suku pulau Langkawi
Gua buaya
Gorila
Monyet
Kasut
Paling best eagle feeding live nampak helang putih dan merah, tengok perkampungan monyet di tengah paya bakau then makan seafood atas LAUT kat Fish Farm restaurant (konsepnye senang kita tangkap sendiri apa yang kita nak contoh ikan ke, lobster ke, sotong, udang, kerang dan macam macam lagi makanan laut), then pilih masakan apa yang korang nak, step yang terakhir tunggu sampai makanan sampai, ngap dengan riang hehe. Harga korang faham-faham lah sendiri ya, atas laut memang mahal.
Selesai tawaf suku pulau Langkawi, kami ke haji Ismail untuk shopping ole-ole semestilah coklat, then balik hotel. Tak lupa juge bergambaq kat dataran helang. Malam nya attend dinner.
- Ahad hari terakhir tu sebelum sampai airport kami pi pekena laksa ikan sekoq dan laksa sotong, haish sedap bukan main. Dekat je dengan airport, makan pulak tepi laut, sambil hirup air kelapa, Allah nyaman sungguh.
Laksa ikan sekoq
Laksa sotong
Ringkasnya lebih kurang RM1000 all in pakej:
- Kenderaan Vellfire pengangkutan dan airport pergi dan balik
- Bergambar di dataran helang
- Langkawi wildlife park
- River cruise
- Bat cave
- Eagle watching and feeding
- Gorilla mountain (gambar)
- Gua buaya (gambar)
- Pulau kasut (gambar)
- Fish farm restaurant
- Shopping di HIG (jangan rambang mata sudah)
Aktiviti tamat. Sekian laporan last week