Penjagaan bayi dan kanak-kanak yang masih kecil sangat penting untuk mengelakkan pelbagai masalah berlaku. Pebagai kes kematian bayi dan kanak-kanak berlaku akibat kecuaian ibu dan bapa. Jadi, Ibu dan bapa terutamanya sangat perlu ilmu keibubapaan supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
1. Posisi tidur bayi yang selamat
Tidurkan bayi dalam keadaan terlentang, jika anada gunakan selimut pastikan selimut nipis, selimutkan bayi anda tidak melebihi paras bahu. Kemaskan kiri dan kanak selimut untuk mengelakkan selimut menutupi muka bayi.
Pastikan juga bayi tidak ditinggalkan berseorangan dan periksa bayi anda sekurang-kurangnya 15 mnit semasa bayi tidur
2. Penyusuan (jika guna botol susu)
Tinggikan kepala bayi ketika menyusu
Pastikan puting botol dipenuhi dengan susu supaya bayi tidak menghisap uada yang boleh menyebabkan kembung
Pastikan anda mensendawakan bayi selepas menyusu, ia sangat perlu untuk mengelakkan bayi dari tidak selesa
Sendawa bertujuan untuk melepaskan gelembung udara dalam badan
3. Penjagaan bayi di bilik air
Pastikan baldi air atau besen kosong (tiada air langsung)
Jangan tinggalkan anak anda dibawah 5 tahun di dalam bilik air berseorangan
Pastikan pintu bilik air sentiasa ditutup setiap masa
Apabila mandi pastikan anda merasa suhu air terdahulu sebelum memandikan bayi anda
4. Alat permaianan bayi dan kanak-kanak
permainan mereka hendaklah bersesuain dengan umur anak anda.
Elakkan beri permainan yang boleh mendatangkan bahaya seperti:
- Mudah tertelan
- Tajam dan meyebabkan kecederaan
- Mudah terbelit seperti tali
Pilih juga permainan yang tidak bertoksik iaitu tiada kandungan plumbum, merkuri dan kadmium serta mudah terbakar. Awasi anak ketika bermain.