Selasa, 24 April 2018

Penjagaan keselamatan bayi dan kanak-kanak

Penjagaan bayi dan kanak-kanak yang masih kecil sangat penting untuk mengelakkan pelbagai masalah berlaku. Pebagai kes kematian bayi dan kanak-kanak berlaku akibat kecuaian ibu dan bapa.  Jadi, Ibu dan bapa terutamanya sangat perlu ilmu keibubapaan supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. 

1. Posisi tidur bayi yang selamat

Tidurkan bayi dalam keadaan terlentang, jika anada gunakan selimut pastikan selimut nipis, selimutkan bayi anda tidak melebihi paras bahu. Kemaskan kiri dan kanak selimut untuk mengelakkan selimut menutupi muka bayi.

Pastikan juga bayi tidak ditinggalkan berseorangan dan periksa bayi anda sekurang-kurangnya 15 mnit semasa bayi tidur

2. Penyusuan (jika guna botol susu)

Tinggikan kepala bayi ketika menyusu 
Pastikan puting botol dipenuhi dengan susu supaya bayi tidak menghisap uada yang boleh menyebabkan kembung

Pastikan anda mensendawakan bayi selepas menyusu, ia sangat perlu untuk mengelakkan bayi dari tidak selesa 

Sendawa bertujuan untuk melepaskan gelembung udara dalam badan

3. Penjagaan bayi di bilik air

Pastikan baldi air atau besen kosong (tiada air langsung)

Jangan tinggalkan anak anda dibawah 5 tahun di dalam bilik air berseorangan

Pastikan pintu bilik air sentiasa ditutup setiap masa

Apabila mandi pastikan anda merasa suhu air terdahulu sebelum memandikan bayi anda


4. Alat permaianan bayi dan kanak-kanak

permainan mereka hendaklah bersesuain dengan umur anak anda.

Elakkan beri permainan yang boleh mendatangkan bahaya seperti:

  • Mudah tertelan
  • Tajam dan meyebabkan kecederaan
  • Mudah terbelit seperti tali 
Pilih juga permainan yang tidak bertoksik iaitu tiada kandungan plumbum, merkuri dan kadmium serta mudah terbakar. Awasi anak ketika bermain.








Read More

Isnin, 23 April 2018

Jus buah segar, 100% pure, tiada air dan gula tambahan, buah-buahan berkualiti dan di buang kulit semasa diproses

JUS BUAH SEGAR 😊😊😊

#Fresh#Yummy
# 新鲜#美味

•  JUS ISTIMEWA : HALIA, LEMON & MADU RM8.00
Baik untuk pencernaan, penurunan berat badan dan membuang toksik dalam badan

• JUS FANTASTIK : EPAL MERAH & KAYU MANIS RM7.00
Kaya dengan vitamin untuk badan

•  JUS DIET: EPAL HIJAU,TIMUN & LEMON RM8.00
Memberi kesegaran pada badan

• JUS CERIA : LOBAK MERAH, OREN & EPAL MERAH RM8.00
Kaya dengan vitamin A

•  JUS DIET: TEMBIKAI SUSU & ANGGUR HIJAU RM9.00
Membantu penurunan berat badan

•  JUS DETOX: NANAS, EPAL MERAH & PEAR RM8.00
Baik untuk sistem penghadaman

•  JUS FRESH: EPAL HIJAU, PEAR, TIMUN & LEMON RM8.00
Memberi kesegaran pada badan

•  JUS SIHAT: EPAL MERAH & OREN RM7.00
Kaya dengan vitamin untuk tubuh badan

Selain itu kami juga ada menyediakan JUS TEMBIKAI, JUS BUAH NAGA DAN JUS NANAS


  No added sugar & water
  Buah berkualiti & kulit dikupas
  100% pure ingredient

150 ml sebotol
Jus pure tahan 3 hari sahaja di dalam peti ais

🍏🍎🍉🍌🍒🍑🍅🥕🥑🍍

#GoSupportUs
#快来支持我们

Sebarang tempahan
Info dan order
0136288543




















Read More

Ahad, 22 April 2018

5 sebab mengapa kita perlu mengambil kolagen hari ini?

5 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS MENGAMBIL KOLAGEN HARI INI

Kolagen terkenal dengan manfaatnya terhadap kesihatan, terutamanya kulit. Ketahui mengapa kita perlu mengekalkan tahap kolagen optimum dalam badan dan kenapa kita perlu bermula hari ini.


1) KOLAGEN ADALAH BAHAN UTAMA UNTUK KULIT YANG LEBIH TEGANG 

30% protein dalam badan anda adalah kolagen. Ia memegang semua sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit tetap kuat. Pendedahan kepada pelbagai faktor termasuk umur boleh menyebabkan kulit anda secara beransur-ansur hilang keanjalan dan ketegangan. Tambahkan suplemen kolagen ke dalam rejim suplemen harian anda supaya anda boleh mengatakan tidak kepada kulit kendur dan berkedut.

2) KOLAGEN MENYOKONG KESIHATAN SENDI

Disebabkan kolagen membentuk blok bangunan asas sendi, ia memainkan peranan penting untuk menyokong kekuatan, fleksibiliti dan pergerakan sendi. Ia kaya dengan asid amino untuk memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen untuk menyokong gaya hidup aktif anda. 


3) KATAKAN YA KEPADA RAMBUT DAN KUKU SIHAT

Rambut dan kuku kita memerlukan kolagen untuk kekuatan dan keanjalan. Dengan mempunyai gudang penyimpanan kolagen yang mencukupi, ia menyokong penyerapan nutrien pada kulit kepala dan membina semula struktur asas kuku, supaya mereka tumbuh sihat, memberikan anda rambut berkilat dan kuku yang kuat.

4) OH TIDAK! PENGHASILAN KOLAGEN BERKURANGAN SETIAP TAHUN

Menurut Pembantu Profesor dermatologi di University Of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihatan Kulit, selepas umur 20 tahun, badan anda menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya. Pengurangan ini membawa kepada garis halus, kedutan, dan kulit yang kering serta kusam. Ini tidak sepatutnya menghalang anda daripada kelihatan dan berasa lebih muda tahun demi tahun, jadi mula ambil kolagen sekarang.

5) KOLAGEN ANDA ROSAK SETIAP HARI

Pencemaran alam sekitar, bahan kimia berbahaya dan sinar UV menghasilkan radikal bebas di bawah kulit anda, menyebabkan kerosakan termasuk kolagen. Pendedahan berterusan kepada faktor ini dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan tahap kolagen menjadi rendah, menyebabkan penuaan pramatang. Walaupun anda tidak boleh mengelakkan diri dari pencemaran ini dan sinar UV, anda boleh mengekalkan tahap optimum kolagen untuk kulit yang sihat, muda melalui pengambilan harian kolagen.






Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih? wassap segera

Read More

Jumaat, 20 April 2018

Pemakanan sihat untuk kanak-kanak cergas dan bijak, info ringkas snek sihat untuk anak-anak

Selain menyediakan anak-anak untuk ke sekolah dengan baju baru, buku dan peralatan sekolah. Kita mungkin mengabaikan bahagian yang paling penting dalam memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat – pemakanan. 

Vitamin dan mineral adalah nutrien penting untuk perkembangan tubuh anak anda bagi membantu mereka memberi tumpuan dalam kelas, menguatkan memori dan tenaga untuk bermain. Bekalkan makanan tengahari yang sihat atau snek yang enak untuk anak-anak anda boleh menjadi lebih mudah. 


Jadikan Sarapan Keutamaan 

Mulakan hari dengan sarapan yang berkhasiat. Galakkan anak-anak anda untuk bersarapan sebelum ke sekolah, duduk dan makan bersama mereka. Tidak perlu makanan panas yang rumit, cukup sekadar makanan biasa yang mudah dibuat seperti telur dan roti bakar, bijirin gandum penuh dengan susu atau oat dengan buah-buahan adalah pilihan yang sihat untuk sarapan cepat dan berkhasiat

Jadikan Makan Tengahari Saat Menyeronokkan

Walaupun sekolah menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman, dinasihatkan untuk memberi bekalan snek sihat untuk anak-anak anda supaya mereka mendapat semua nutrien yang mereka perlukan sepanjang pagi. Tukar sandwic yang membosankan menjadi makanan yang sihat dan menyeronokkan dengan menukar roti putih kepada roti gandum penuh atau gulungan tortilla gandum. Selain salad, cuba tambah parutan lobak merah atau kepingan avokado dengan daging ayam 

Pek Snek Sihat 

Anak-anak anda mungkin lapar pada waktu akhir persekolahan. Anak-anak yang lapar berkemungkinan besar akan makan snek tidak sihat atau cenderung makan terlalu banyak. Jadi bekalkan snek sihat untuk mengurangkan rasa lapar mereka. Pilihan terbaik adalah kekacang seperti walnut atau badam dan buah-buahan seperti epal dan pisang. Dengan cara ini, anak-anak anda tidak akan berasa terlalu kenyang ketika sampai di rumah untuk makan 


Suplemen Bijak 

Walaupun makanan menyediakan anak-anak anda tenaga yang mereka perlukan, agak sukar apabila anak-anak anda memilih makanan. Lebih-lebih lagi jika anda sentiasa sibuk dan mempunyai sedikit masa untuk menyediakan makanan sihat untuk anak-anak anda. Apabila anak anda tidak mahu atau tidak boleh makan mengikut hidangan yang disyorkan, beralih kepada suplemen untuk menutup jurang nutrien. Pilih Shaklee Vita-Lea® For Children, lengkap dengan 18 vitamin dan mineral penting, memberikan spektrum mikronutrien yang luas untuk kekal kuat dan sihat!

Diformulasi dengan 18 vitamin and mineral penting:

• Vitamin A • Vitamin C • Vitamin D • Vitamin E • Thiamin • Riboflavin • Niacinamide • Vitamin B6 • Folate • Vitamin B12 • Biotin • Asid Pantothenic • Kalsium • Besi • Iodin • Magnesium • Zink 
 • Tembaga


Keistimewaan vita-lea untuk kanak-kanak
  • Tanpa tambahan pengawet
  • Pemanis atau perasa tiruan
  • Dimaniskan secara semulajadi menggunakan xylitol yang tidak menyebabkan kerosakan gigi 
  • Bebas gluten 
  • Berperisa anggur lazat yang pasti digemari oleh si manja 





Read More

Khamis, 19 April 2018

Bahan untuk menyejukkan badan (panas dalam), melawaskan, membuang toksin dan lancarkan penyusuan ibu

Baru-baru ini, saya berpeluang belajar dengan rakan saya yang suami nya cina muslim tentang bahan-bahan untuk minuman sejukkan badan yang sesuai untuk semua, tak kira anak kecil, ibu mengandung atau ibu menyusu.

Cara sejukkan badan ini adalah mengikut kaum cina dan ia sangat berkesan bagi panas dalam.

Bahan-bahan nya ialah:

1. White fungus
2. Buah kundur
3. Gula batu
4. Biji teratai
5. Goji berry
6. Biji anggur
7. Kurma merah
8. Longan kering





Tips dan trick:

  • Mesti guna satu paket supaya lebih kaw kata auntie di kedai ubat sensei semasa saya beli bahan ini. Thank you auntie
  • Basuh dahulu semua bahan sebelum merebus selama satu jam setengah untuk bahan lebih lembut dan sebati
  • Belah biji teratai dan buang biji hijau di dalamnya untuk mengelakkan rasa pahit air apabila merebus
  • Buah longan masuk akhir sekali di dalam air rebusan setelah api di tutup untuk mengekalkan rasa manis buah longan
  • Boleh minum sejuk atau panas tau, segar sangat.

Jom saksikan video ini

Selamat mencuba semua..
Read More