Sabtu, 1 Ogos 2015

Luka bersalin lambat sembuh?Petua luka bersalin cepat sembuh cara rawatan moden dan tradisional

Luka bersalin

Siapa yang boleh duduk selesa bila luka bersalin masih tidak sembuh. Hendak duduk salah, hendak berdiri pun tak selesa. Pendek kata buat apa pun serba tak selesa.  Selain makan dan menyapu ubat yang dibekalkan oleh doktor, ibu-ibu boleh juga mencuba petua tradisional yang diajarkan oleh nenek moyang sejak zaman berzaman.

Jangan risau, kerana kebanyakan petua tradisional ini dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat diamalkan


  • Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

  • Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.

  • Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

  • Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

  • Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

  • Selamat mencuba!
Hasil carian imej untuk daun jambu

Saya dapat petua ini dari majalah pa&ma

Selain itu rawatan moden yang diakui dapat membantu luka bersalin cepat sembuh ialah dengan pengambilan zinc kerana ia akan mempercepatkan proses penyembuhan luka. So jika anda kurang masa untuk membuat petua diatas, anda boleh memilih untuk menggunakan rawatan moden.

Hasil carian imej untuk zinc shaklee


Love,
Aini
(Pengedar Shaklee Negeri Sembilan)
0136288543


Read More

Ibadah korban: Hari raya Aidiladha atau Hari Raya Haji

Pengertian korban


  • Korban ialah menyembelih binatang ternakan ( Al-an’am ) pada hari Raya Aidiladha atau hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan menghampirkan diri kepada Allah.

Hukum korban

  • Sunat muakad: bagi orang Islam yang mampu
  • Wajib: bagi orang yang bernazar

Cara pembahagian daging korban

  • Daging korban sangat afdal diberikan dalam keadaan mentah kepada fakir miskin Islam.
  • 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah.
  • 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan.
  • 1/3 daging dimakan oleh orang yang mengorbankan binatang tersebut.
Hasil carian imej untuk pembahagian korban

Cara penyembelihan korban

  • Binatang yang hendak dikorban dihadapkan ke arah kiblat.
  • Binatang itu diikat kakinya dan direbahkan di bahagian rusuk kiri.
  • Kemudian, letakkan mata pisau di bahagian leher binatang itu dan berniat korban kerana Allah Taala.
  • Selesai sahaja berdoa, teruslah sembelih binatang itu dengan pantas.
Hasil carian imej untuk korban kartun

Hikmah/kelebihan/faedah korban

  • Mengingati dan menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail
  • Memberi peluang fakir miskin menikmati daging korban
  • Menimbulkan rasa kesyukuran kepada Allah
  • Memupuk sifat ikhlas dan menambah taqwa
  • Memupuk semangat berkorban menegakan syiar Islam
  • Merapatkan silaturrahim di kalangan umat Islam
Hasil carian imej untuk korban


Read More

Wanita adalah perhiasan dunia: ketahui perhiasan yang dilarang dalam Islam

Adab berhias dalam Islam

1. Mandi

  • Islam menggalakkan umatnya mandi untuk membersihkan diri.
  • Mandi menjadi wajib ketika hendak menyucikan diri dari hadas besar.
  • Mandi menjadi sunat pada hari tertentu seperti pada pagi hari raya dan pagi jumaat.

2. Bersugi/gosok gigi

  • Bersugi adalah amalan yang sangat dititikberatkan oleh Islam
Hasil carian imej untuk sugi

3. Memakai bau-bauan

  • Orang lelaki sunat memakai wangian apabila hendak ke masjid
  • Wanita haram memakai bauan yang berlebihan dengan tujuan menarik perhatian lelaki bukan mahram (memakai wangian cukup sekadar menghilangkan bau badan, tidak berlebihan)

4. Menyikat rambut amat perlu agar kelihatan kemas dan terurus 

Hasil carian imej untuk cara berpakaian dalam islam


5. Memotong kuku dan mencabut bulu

Hasil carian imej untuk cara berpakaian dalam islam


6. Menghias muka (mekap tidak tebal)

7. Cara berpakaian

  • Berniat untuk menzahirkan mensyukuri nikmat allah
  • Bukan bertujuan berbangga diri
  • Bertujuan menutup aurat
  • Tidak jarang yang menampakkan aurat
  • Tidak ketat yang boleh melihatkan susuk tubuh badan
  • Tidak menyerupai pakaian upacara agama bukan Islam

Hasil carian imej untuk cara berpakaian dalam islam


Perhiasan yang dilarang dalam Islam

  • Memakai emas dan sutera tulen bagi lelaki
  • Berpakaian berlawanan jantina
  • Menyambung rambut / memakai rambut palsu
  • Membuat tatu pada tubuh
  • Pembedahan anggota untuk lebih cantik


Hasil carian imej untuk cara berpakaian dalam islam


Read More

Adab menjaga orang sakit yang perlu kita tahu supaya pesakit akan rasa selesa

Adab menjaga orang sakit yang perlu kita tahu supaya pesakit akan rasa selesa

Aspek Rohani


  • Memberi peringatan bahawa sakit adalah sebahagian daripada ujian Allah.
  • Menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah.
  • Mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu.
  • Membantu pesakit menjalankan kewajipan kepada Allah seperti membantunya mengambil wuduk
  • Mengingatkan pesakit supaya sentiasa mengingati Allah.

Aspek Emosi

  • Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut 
  • Memahami keperitannya menanggung kesakitan.
  • Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka manis
  • Sabar mendengar rungutan dan tingkah laku pesakit.
Hasil carian imej untuk orang sakit

Aspek fizikal

  • Memastikan pesakit bersih tubuh badan,pakaian dan tempat
  • Menghantar pesakit ke tempat rawatan yang sesuai
  • Mengingatkan pesakit supaya makan ubat dan supplement seperti yang dijadualkan.
  • Memberi kerehatan secukupnya.
  • Bertanya tentang keinginan dan keperluannya.
Hasil carian imej untuk orang sakit

Kelebihan menjaga orang sakit

  • Mewujudkan silraturrahim sesama islam
  • Meringankan penderitaan yang dialami pesakit 
  • Memenuhi tanggungjawab diri kepada keluarga sahabat dan jiran yang sakit.
  • Melahirkan sifat perhatin kepada golongan yang memerlukan bantuan

Hasil carian imej untuk orang sakit solat

Read More