Sabtu, 11 Julai 2015

Resepi kek lava yang mudah dan sedap untuk di jamu kepada tetamu

Kek Lava

Bahan-bahannya

Bahan A

100g dark coklat
5 sudu besar mentega

Bahan B

2 biji telur gred A
1 kuning telur
3 sudu besar gula
3 sudu tepung gandum/superfine
2 sudu kecil serbuk koko
secubit garam
4 bekas paper cup atau remekins - di sapu mentega

Cara-cara nya ialah:

Sebelum itu, korang panaskan oven 200 degree ye....

Then cairkan mentega dan coklat guna kaedah double boiler hokey

Campurkan telur dan gula gaul hingga sebati 3 minit gitu sampai gula korang larut

Campur dan kacau coklat panas ke dalam adunan telur tadi

Ayak tepung, koko dan garam

Campurkan semua bahan then sediakan bekas adunan

Bakar dalam 8-9 minit sahaja pada suhu 200 degree, jangan terlebih bakar nanti tak jadi lavanya


  • Nak lagi best korang makan dengan aiskrim vanila ye, lagilah terangkat
  • Sedap dimakan ketika panas-panas tau


Selamat mencuba 

p/s
Kalo jadi belanja gambar kat sini hokey



seee......lava dia mengalir dari kek..... 


4 remekins tersedia untuk di ngap


Read More

Jumaat, 10 Julai 2015

Tips dan petua menangani kanak-kanak yang hiperaktif, kenali adakah anak anda mempunyai simptom ADHD

Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Namun, tidak semua anak yang dilahirkan normal dan tidak memberi masalah kepada ibu bapa mereka. Ini semua adalah qadha dan qadar yang telah ditentukan, yang mana secara langsung dan tidak langsung menjadi suatu ujian kepada kedua ibu bapa. Kata orang, tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya kecuali tua dan mati, cuma ibu bapa perlulah mengetahui apakah masalah dan penyakit yang dihidapi oleh anak-anak mereka supaya mudah dicari ubatnya.

Di sebabkan keadaan persekitaran dan juga pemakanan sekarang ini, banyak kanak-kanak yang menjadi hiperaktif dan agresif. Perilaku hiperaktif ini bukannya perilaku normal kanak-kanak tetapi ia merupakan suatu penyakit yang perlu ditangani dan diubati. Perilaku hiperaktif ini dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) di mana kanak-kanak ini tersangat aktif dan lasak, ia boleh memahami dan berfikir tetapi sukar memberi tumpuan atau perhatian. Ini menyebabkan kanak-kanak hiperaktif ini sukar bergaul dalam masyarakat dan lemah dari segi akademiknya.

Perilaku hiperaktif dan agresif ini terjadi disebabkan oleh perubahan kimia (neurotransmitter) pada otak dan selalunya otaknya bersaiz lebih kecil (5-10%) daripada normal. Di antara punca penyebab anak hiperaktif ialah ibu yang merokok semasa hamil, faktor genetik, kelahiran pramatang (premature), mengalami kecederaan otak semasa dalam kandungan dan lain-lain

Di antara perilaku hiperaktif yang mudah dikenalpasti ialah kanak-kanak bersikap degil, lasak dan tidak tahu duduk diam, suka membantah, suka melanggar peraturan, leka dan sukar memberi tumpuan (terutama dalam pelajaran), sering tidak berpuas hati, mudah rasa tertekan, bermasalah dalam pelajaran dan hubungan sosial dengan kawan-kawan, sering berpeluh dan mengalami sakit perut atau cirit birit.

Hasil carian imej untuk adhd

Masalah perilaku hiperaktif di peringkat kanak-kanak ini jika tidak diubati atau ditangani dengan sewajarnya, mungkin penyakit ini akan berterusan hingga dewasa. Kanak-kanak hiperaktif ini selalunya melakukan sesuatu tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya, cuma ikut hatinya sahaja dan suka bermain bersendirian.

Perilaku hiperaktif ini boleh dirawati atau ditangani dengan pengurusan emosi yang berkesan, seperti tidak meninggalkannya bersendirian bergaul dengan kanak-kanak yang lebih muda kerana ditakuti dia akan menyakiti atau mencederakan mereka, jauhkan benda-benda yang tajam dan merbahaya supaya dia tidak mencederakan dirinya sendiri, perlu ditegur dan dididik serta didisplinkannya, jangan bercakap dan berlaku kasar di hadapannya kerana selalunya dia akan mengikut apa yang ibu bapa lakukan, perlukan perhatian dan tunjukkan kasih sayang yang lebih, dan jangan merendah-rendahkan dirinya di depan orang sehingga dia terasa tidak disayangi kerana ini kan memburukkan lagi keadaannya.

Petua menangani kanak-kanak hiperaktif 


1) Tetapkan peraturan yang jelas untuk kanak-kanak hiperaktif dan untuk seisi keluarga. Jika perlu, tulis peraturan dan pampangkan di tempat yang boleh dilihat oleh semua ahli keluarga. Jangan fleksibel kerana kanak-kanak hiperaktif benar-benar memerlukan peraturan yang jelas dan menerima akibat apabila peraturan tersebut dilanggar. Beri penerangan dari mata ke mata tentang peraturan dan minta mereka mengulangi kembali apa yang kita katakan untuk memastikan mereka faham. Ini tidak bermakna kita tidak boleh menawarkan pilihan untuk kanak-kanak hiperaktif, tetapi tingkah laku yang tidak sopan seperti memukul , meludah atau mengejek patut menerima akibat yang telah ditetap. Bermakna kanak-kanak hiperaktif tahu bahawa mereka akan menghadapi hukuman sekiranya melanggar peraturan.

2) Rutin yang tetap boleh membantu kanak-kanak, termasuk kanak-kanak hiperaktif. Kebanyakan kanak-kanak cenderung untuk menghadapi  kesukaran apabila tidak ada rutin yang tetap dan konsisten. Jika kanak-kanak tahu bahawa waktu tidur adalah pada pukul 8:00 malam, maka secara semula jadi, itu akan menjadi tabiatnya. Sediakan rutin bagi aktiviti-aktiviti yang lain untuk  kanak-kanak hiperaktif, dan pastikan aktiviti-aktiviti tersebut tidak lebih dari 30 minit kerana kanak-kanak hiperaktif sukar untuk fokus untuk jangkamasa yang lama.

3) Gunakan masa lapang untuk membawa anak-anak hiperaktif keluar bersiar-siar ke taman permainan, membaca buku bersama-sama, atau sekadar bermain dan bergurau dengan mereka. Detik-detik seperti ini boleh membantu terutamanya untuk menjalin hubungan yang mesra dengan anak-anak hiperaktif. Anak-anak hiperaktif juga boleh dibenarkan bebas melakukan aktiviti sendiri selagi tidak melanggar peraturan yang telah dibuat.

Hasil carian imej untuk adhd


4) Kanak-kanak hiperaktif sangat bertenaga, menyebabkan tumpuan mereka menjadi sukar. Salah satu cara untuk membantu menangani tenaga tambahan ini adalah dengan memberi mereka banyak peluang untuk melakukan aktiviti fizikal. Walaupun kita tidak sepatutnya membiarkan anak sampai ke tahap terlalu letih, senaman adalah cara yang bermanfaat untuk membantu memfokuskan tenaga berlebihan itu secara positif.

5) Oleh kerana tenaga kinetik kanak-kanak hiperaktif agak tinggi, hukuman apabila melanggar peraturan tidak harus dibuat dengan menyekat mereka bergerak kerana ni mungkin memburukkan lagi keadaan. Menggunakan pengukuhan dan kata-kata perangsang yang positif mungkin lebih berkesan untuk jangka masa panjang, walaupun ia mungkin mengambil sedikit masa untuk melihat kesannya.

6) Dr Phil McGraw (psychologist) berkata, disiplin yang terbaik adalah dengan memfokuskan pada tingkah laku kanak-kanak yang positif. Kanak-kanak akan bertindak balas terhadap pujian, dan lebih cenderung untuk mendapatkan perhatian dengan melakukan sesuatu yang baik, jika kita memberi penghargaan setiap kali mereka berkelakuan baik. Kanak-kanak hiperaktif sering mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka dengan cara yang negatif, sama ada ibu bapa menjerit, membentak atau memukul disebabkan ibu bapa melabelkan mereka sebagai “buas”

7) Kebanyakan pakar mengesyorkan supaya mengelakkan daripada memberi terlebih rangsangan kepada kanak-kanak hiperaktif . Elakkan mereka daripada banyak menonton TV, dan jangan benarkan mereka menonton TV pada waktu malam. Bunyi TV yang kuat dan kadang-kadang mengkhayalkan boleh merangsang kanak-kanak hiperaktif. Pilih satu atau dua rancangan yang sesuai untuk mereka tonton. Kanak-kanak hiperaktif lebih mudah belajar dengan melakukan aktiviti bukan dengan duduk menonton. Jadi, sediakan banyak aktiviti yang memerlukan pergerakan untuk mereka.


8) Adalah penting untuk menyedari bahawa kanak-kanak hiperaktif tidak selalu mempunyai kawalan seperti kanak-kanak lain. Jangan menyalahkan mereka atas apa yang tidak mampu mereka kawal. Sesetengah guru gemar mengatakan bahawa jika kanak-kanak boleh berkelakuan baik sekali, mereka akan boleh berbuat demikian di lain kali tetapi ini tidak tepat untuk kanak-kanak hiperaktif. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi keupayaan kanak-kanak hiperaktif untuk mempamerkan kawalan diri. Kita perlu peka terhadap faktor-faktor luaran yang boleh membuatkan kawalan diri menjadi lebih sukar, seperti ketegangan antara ibu dan bapa, kematian haiwan kesayangan, tidak cukup tidur dan sebagainya. Kanak-kanak yang tidak sihat sering buat perangai dan ini tidak terkecuali pada kanak-kanak hiperaktif juga.

sumber:
ibubapacemerlang2012.blogspot.com


Hasil carian imej untuk adhd



Read More

Osteoprosis, tulang rapuh, gigi reput dan patah, kekejangan, sembelit tanda anda kekurangan kalsium dalam badan

Susu adalah di antara sumber kalsium, kalsium sangat penting untuk tulang dan gigi manusia, walaupun semua perkara ini kita sudah sedia maklum, tetapi masih ada lagi segelintir mereka yang tidak mengambil berat tentang keperluan kalsium mereka. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan keperluan kalsium anak anda mencukupi terutama anak yang sedang membesar di usia 7 hingga 12 tahun. Banyak kesan boleh berlaku jika kita tidak menitikberatkan keperluan nutrien dalam badan kita. Bertindak segera sebelum terlambat

Kesan kekurangan kalsium boleh menyebabkan perkara berikut:

  • osteoporosis
  • gigi rapuh patah
  • tulang rapuh
  • sembelit
  • insomnia
  • lenguh sendi
  • Kejang semut
  • gusi kerap berdarah
  • selalu atau kerap terkena simpul biawak

Hasil carian imej untuk tulang reput


Tahukah anda kalsium di antara mineral yang paling banyak diperlukn oleh badan anda, jadi kenapa masih ragu-ragu dengan pengambilan kalsium 

Bagi yang susah minum susu boleh ambil tablet

Siapa yg perlu kalsium:

  • Warga emas
  • orang dewasa
  • kanak kanak (minum susu)
  • Ahli sukan
  • tak suka minum susu
  • ingin sihat
  • Ibu mengandung,menyusu dan berpantang

Komposisi Ostematrik


  • 1000mg unsur kalsium daripada sumber tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap
  • 400mg magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400mg vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium


Di datangkan dalam bentuk kaplet yang mudah ditelan

Keistimewaan ostematrik


  • Kalsium - Penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat.
  • Vitamin D - Membantu meningkatkan penyerapan kalsium. Bagi meninggikan ketumpatan tulang dan menguatkan rangka badan
  • Magnesium - Meningkatkan komposisi dalam tulang dan rawan. Membantu meningkatkan rembesan enzim untuk hasilkan tenaga. Menghalang endapan kalsium dengan melarut dan mengurangkan pembentukan batu karang dan batu hempedu
  • Zink , Boron, Manganese, Kuprum- memantau dan mengekalkan metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, Mengawal enzim yang diperlukan untuk tulang dan rawan.


Hubungi saya 0136288543
Ingat jangan dah rapuh semuanya baru nak tersedak

Ostematrik

Jom cek keperluan kalsium anda




Oh tidak!!!!

Read More

Khamis, 9 Julai 2015

6 juta warga malaysia menghadapi masalah kolestrol tinggi, Adakah anda tergolong dalam golongan berkolestrol tinggi

Kolestrol??

Kolestrol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting.

Dianggarkan 1:3 orang dewasa di malaysia mempunyai paras kolestrol yang tinggi. Kandungan kolestrol yg tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius di mana ia boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan ia memberikan impak jangka masa yang panjang yang negatif terhadap kesihatan jantung dan kardiovaskular, tetapi yang membimbangkan ramai individu masih tidak menyedari bahawa paras kolestrol mereka terlalu tinggi.

Sumber utama kolestrol?

  • Kolestrol dihasilkan semulajadi oleh hati tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian kita. 
  • Kolestrol yang kita makan akan meningkatkan paras kolestrol dalam darah kita. Kandungan kolestrol yang tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Jenis kolestrol dalam badan?

  • LDL kolestrol jahat
  • HDL kolestrol baik

Oleh itu jaga pemakanan anda ye.

Sebab utama kolestrol tinggi?

Makanan rakyat malaysia yang tinggi lemak dan kalori punca masalah kolestrol tinggi.

Bagi membantu mencegah kolestrol anda boleh mencuba  produk shaklee yang baru dilancarkan juga

Keistimewaan produk ini dapat membantu menurunkan kolestrol secara semulajadi
(Block KOLESTROL)

So jom cek paras kolestrol dalam badan kita bermula hari ini.
Jom sahut cabaran sihat bersama saya!!!

Ciri-ciri yang saya sebutkan kan ini...sila cek kolestrol anda:
  • berat berlebihan
  • banyak makan fast food
  • merokok
  • terlebih caffien
  • tidak bersenam
  • diet yang salah
  • stress
  • diabetis
# eh...orang kurus pun mesti cek jugak paras kolestrol dalam badan tau...
tak semestinya anda kurus anda sihat


Hasil carian imej untuk pyhtocol st

Phytocol-st sangat larut dengan cepat dalam air, kurang dari 30 saat apabila dimasukkan ke dalam air ia mula melarut. bermakna phytocol sangat mudah larut dalam badan kita, so kita boleh consume, phytocol immediately selepas makan atau sedang makan untuk blok semua kolestrol.


Hasil carian imej untuk pyhtocol st

Fungsi fitosterol?

  • Menurunkan paras kolestrol LDL kolestrol jahat

Hasil carian imej untuk fungsi fitosterol

Read More

Tips melayan tetamu hingga tetamu happy sangat datang rumah kita sempena sambutan hari raya aidilfitri yang bakal tiba

Assalamualaikum

Salam ceria, salam manis pembuka bicara 

Di sini saya nak share ka sedikit tips semasa menerima tetamu di rumah kita, jangan takut untuk menerima tetamu kerana tetamu itu membawa rahmat dan rezeki dalam rumah kita. so ada adab-adab yang boleh dijadikan panduan untuk anda. Semoga bermanfaat

Siapakah tetamu?


Tetamu ialah orang yang menziarahi orang lain sama ada dijemput ataupun tidak dijemput. Menerima dan melayan tetamu adalah amalan yang digalakkan Islam.

Hasil carian imej untuk tetamu

Hukum melayan tetamu


Wajib melayan tetamu secara istimewa mengikut kemampuan tuan rumah terutama pada hari pertama datang.

Hasil carian imej untuk tetamu

Tips melayan tetamu hingga tetamu rasa happy datang rumah kita


1. MEMBERI LAYANAN YANG BAIK

  • Menyambut tetamu
  • Bersalaman
  • Mempersilakan masuk
  • Menyediakan tempat selesa

2. BERSIFAT IKHLAS DAN BERLAPANG DADA

  • Gembira tetamu datang
  • Tidak berasa kedatangan tetamu menggangu aktiviti harian

3. BERMUKA MANIS:

  • Sentiasa senyum 
  • Berbual-bual
  • Tutur kata tidak menyinggung perasaan

4. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG BAIK KEPADA TETAMU

  • Terutama apabila tetamu hendak bermalam

Batas pergaulan bersama tetamu


  • Pakaian bersih, menutup aurat dan kemas
  • Jaga suasana rumah supaya tidak menganggu ketenteraman tetamu
  • Elak melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah tetamu
  • Maklumkan tetamu sekiranya ingin meninggalkan rumah kerana ada tugas 

Tips berkunjung ke rumah orang


  • Berkunjunglah mengikut masa yang sesuai.
  • Berilah salam terlebih dahulu sebelum masuk.
  • Masuk setelah dijemput dan duduk di tempat yang disediakan dengan sopan.
  • Elakkan diri daripada  memandang liar ke arah peralatan di dalam rumah.
  • Makan makanan yang disediakan dengan sopan apabila dijemput.
  • Ucapkan terima kasih terhadap layanan yang diberikan.
  • Ucapkan salam sebelum pulang.
  • Bermalam tidak melebihi tiga hari.
  • Tidak membawa orang lain bersama sebelum mendapat kebenaran tuan rumah

Kelebihan melayan dan menerima tetamu


  • Mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah SWT.
  • Murah rezeki, dirahmati, dan diberkati Allah 
  • Bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah yang dikunjungi.
  • Mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat perpaduan.
  • Membantu perkembangan institusi pelancongan.


Read More