Rabu, 22 April 2015

Bahaya MSG kepada makanan dan kesihatan kita, MSG memberi kesan jangka masa panjang kepada diri kita

Baru-baru ini suami saya ada mengadu tentang sakit kepala yang berdenyut-denyut. Bila di tanya dan diselidik katanya, mungkin makan tomyam di kedai makan, tomyam tu rasa sedap seperti ade perisa.Actually melalui pengamatan saya perkara ini memang pernah berlaku pun pada saya. terutama dulu masa time belajar confirm tak masak makan di kantin sahaja.

Pernah tak kes ini terjadi kepada anda? selepas makan di kedai sakit kepala berdenyut-denyut

Jadi saya pun cuba search beberapa article dan blog tentang MSG, setelah beberapa pembacaan dibuat MSG lebih banyak memberi komen buruk daripada komen yang baik.

Jadi sedikit kesimpulan dari saya ialah:
1. Buang semua product yang ade kandungan MSG di rumah (saya rasa tak rugi pun sebab ini untuk kebaikan kesihatan anda)
2. Makan di rumah
3. Semasa membeli barang keperluan tapis product product yang mengandungi MSG
4. Kawal pemakanan anda, jika anda peminat 'jajan' atau keropok, mee segera dan lain lain, beli sebulan sekali ke, tak pun terus tak payah beli)

Disini saya sediakan sedikit kesimpulan review dari beberapa blog yang menyokong bahayanya MSG ini.

Walaubagaimanapun melalui bacaan saya di web ajinomoto mereka menafikan beberapa dakwaan dibawah

1.MSG: Boleh menyebabkan rasa kebas di tengkuk, lengan, belakang, lemah denyutan jantung setiap 15-20 minit. Ini fakta kes Chinese Restaurant Syndrome yang berlaku di US. 

2.MSG: Boleh menyebabkan asma kronik. Ini adalah fakta kes berlaku di Sydney. 

3.MSG: Boleh menyebabkan tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil, usus besar, bawah kulit, perut dan otak. Ini adalah hasil kajian di Jepun pada 25 Oktober 1983 ke atas 84 ekor tikus. Kesannya dilihat selepas 16 bulan.

4.MSG: Membantutkan kebolehan otak bayi dan kanak-kanak untuk menerima pelajaran. Ia menyerang secara halus. 

Hasil carian imej untuk BETUL KE AJINOMOTO BAHAYA

Pertimbangkan ini : Dapatkah yogurt dari bahan organik yang dimakan oleh nenek anda membuatkannya mengalami Alzheimer lebih awal? atau adakah sup yang rajin buat setiap hari menyebabkan sakit kepala berat atau migran?

Dr. Russell Blaylock mengatakan semua hasil buruk ini kemungkinan karana penyedap rasa yang dikenal sebagai monosodium glutamate, atau MSG

Manusia ternyata lebih sensitif lagi, khususnya ketika mengambil MSG dalam waktu yang lama.

(Kajian terhadap haiwan yang di beri MSG)

Blaylock mengatakan : “Meski hanya dengan memberikan sedikit dos di awal hidupnya, kita memberi impak pada keseluruhan hidup binatang itu. Ketika kita melakukannya, kita melihat kerosakan yang dramatis pada otak binatang itu, bukan hanya pada pusat kegemukan namun pada pusat memori, belajar, interaksi sosial dan kendali sosial”.
Spesialis sakit kepala Dr. David Buchholz yakin bahwa MSG menyebabkan sakit kepala migran secara nyata bagi jutaan orang. Buchholz mengatakan, “Itu benar. Ini adalah eksitoksin, dan MSG menghidupkan mekanisme sakit kepala danmembuat anda merasa sakit yang amat sangat”.

Eksitoksin adalah substansi yang menguasai sel hingga mengalami kerosakan, bertindak seperti racun.
MSG secara langsung dapat memperburuk autisme, mengurangi kemampuan perhatian dan hiperaktif, dan bahaya juga khususnya bagi bayi yang berada di rahim dan pada awal-awal kehidupan.  ia juga menggangu hampir semua fungsi otak, dari hormon hingga tingkah laku dan kecerdasan.

Itulah yang terjadi terhadap janin tikus. Setelah diberi makan MSG, janin tikus tidak menunjukkan tanda-tanda kerosakan mental, hingga mereka semakin tua dan mulai gagal menyelesaikan tugas-tugas kompleks. Otak semakin tumpul, tikus semakin bodoh.


Manusia lima kali lebih sensitif terhadap MSG dibanding tikus, bayi bahkan lebih lagi. Blaylock percaya sebagai hasilnya adalah penderitaan dalam sisitem pendidikan, meski kemampuan terhadap murid-murid berbeza satu sama lainnya.

Blaylock mengatakan, “Jadi otak masih membentuk koneksinya, khususnya bahagian terpenting dalam hal sosial Prefrontal cortex, berlanjut hingga usia 25, 26, bahkan 27 tahun.
Namun bagaimana tentang pengaruh MSG yang menimpa otak orang yang lebih dewasa?.
Blaylock mengatakan MSG mungkin hanya menyumbang kepada faktor terjadinya penyakit otak, namun yang pasti dapat membuat penyakit saraf bertambah buruk :
  • Penyakit Alzheimer
  • Penyakit ALS yang sering disebut penyakit Lou Gehrig
  • Multiple Sclerosis
  • Stroke
  • Penyakit Parkinson
Semua penyakit ini berkaitan dengan eksitoksin.
Blaylock telah membuat buku tentang eksitoksin untuk khalayak umum. Dia juga terus memperbaharui informasi tersebut dalam satu buku kesihatan dan rahsia nutrisi. Dia mengatakan kuncinya adalah tetap menjauh dari MSG, namun memang bukan perkara mudah.

Dr. Buchholz mengatakan, “Itu semua ada dalam produk makanan komersial prosesan, dimana produk tidak akan memiliki cita rasa seperti itu jika tidak memiliki penyedap rasa yang ditambahkan pada produk. Penyedap rasa itu tidak selalu dilabel sebagai MSG atau monosodium glutamate. Itu dilabeli sebagai protein hidrolisa atau penyedap/ perisa makanan

Makanan yang mengandung MSG dapat ditemukan ketika Anda melihat label kandungan yang bertuliskan kata-kata “glutamate“. Blaylock mengatakan ada kebenaran yang sederhana :“Menghindari MSG dapat menjadi langkah paling baik yang anda lakukan untuk otak anda”. Jangan terkejut ketika organisasi kesihatan dan agen pemerintah membela MSG sebagai sesuatu yang aman. Dia mengatakan bahwa mereka tidak menyadari betapa otak yang kompleks itu amat mudah diserang MSG.

(credit to weblog)

Jadi untuk melahirkan generasi yang sihat, anak yang sihat, keluarga yang sihat jom sama sama kita hindari, jauhi, pangkahi MSG .


Read More

Sabtu, 18 April 2015

Adab yang perlu dipatuhi apabila kita menjalankan aktiviti lasak berkuda

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang kuda, jadi perkara pokok yang perlu anda tahu ialah tentang adab dengan kuda


Kuda adalah makhluk Allah yang sangat unik kerana ia mempunyai deria perasaan yang sangat kuat terhadap orang yang menunggangnya. Berdasarkan pengalaman saya membawa anak kecil yang menangis ketika menaiki kuda, rasa kelainan pada lenggok kuda, dia membawa kami dengan sangat perlahan kerana kuda faham dan tahu anak yang menangis itu takut menaikinya, dan kuda tersebut membawa dengan tenang dan buat yang terbaik kepada menunggangnya ...Allah hebatkan!!

Adab berkuda

  1. Jangan berdiri di belakang kuda dikuatiri kuda akan mengangkat kaki dan menendang kita
  2. Jangan gunakan flash apabila ingin mengambil gambar kuda, takut-takut haiwan ini akan terkejut
  3. Jika ingin mengusap kuda pastikan anda tidak memegang bahagian mulut kuda risau akan digigit kerana disangka makananmakanan

Jom saksikan video ni
bila kita confident di atas kuda
aura kita yang hebat tu akan diransfer kepada kuda
natijahnya dua dua nampak sangat Hebat!!!






Read More

Selasa, 14 April 2015

Memanah dan berkuda di Ladang Alam Warisan Kuala Pilah, kami berkumpul untuk berkasih-sayang kerana Allah, Family Day "Naila Super Power' bukti ukhuwah bukan sahaja dalam business tapi lebih dari itu

السلام عليكم (Assalamualaikum) pembuka bicara.....

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kepada Allah S.W.T atas nikmat Iman dan Islam, nikmat ukhuwah fillah ini, nikmat persahabatan yang tidak terjangkau oleh ku, Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad S.A.W, Semoga kita sama-sama membawa Sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita dan dapat amalkan Sunnahnya dari semudah-mudah sunnah hingglah sebesar-besar Sunnah. Amin Ya Rabb dengan izinNya.

Memetik dari sebuah Hadis Nabi S.A.W

لا يؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه

Maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kasih sayang dan persaudaraan adalah tuntutan Iman. Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam Islam amat tinggi nilainya, Ia adalah kekuatan kedua bagi umat Islam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.


"Selangkah ke alam semulajadi"


Memang mengasyikkan dan mengangumkan, pertama kali aku terpandang papan tanda "Ladang Alam Warisan" hatiku tertanya-tanya, apakah debaran yang bakal menantiku di sana. Melalui laman sesawang, pakej yang ditawarkan menarik perhatianku. Ada aktiviti menunggang kuda, memanah cara tradisional dan yang paling menarik, memanah sambil menunggang kuda. Selain itu, ada juga aktiviti memberi makan haiwan seperti rusa dan pelbagai spesis ayam dan burung. Aku rasa, pasti menarik aktiviti di sana nanti. Perjalanan sejauh 20km begitu cepat ku rasakan. Ladang yang terletak di kampung tengah ini menyajikan pandangan yang mengasyikkan. Jadi, kami pilih Ladang Alam Warisan yang terletak di Kuala Pilah Negeri Sembilan untuk kami beruhkuwah.
(Luahan penganjur program hari keluarga naila)

Kenapa saya bertahan begitu lama dalam Shaklee?


Perkara yang paling bertuah sepanjang saya menceburi business shaklee adalah bila kami satu "Family Business" dapat berkumpul beramai-ramai untuk Program "Family Day Naila Super Power", selama dua tahun berjinak-jinak dengan business shaklee, sangat lah tidak sangka medium business ini menjadi titik tolak betapa utuhnya tali silaturrahim yang terbina di antara kami.

Bayangkan sahabat-sabahat business saya ni sanggup datang dari jauh, sanggup korbankan masa, tenaga, wang ringgit semata-mata teruja untuk meraikan di antara satu sama lain. Allahu

Apa yang best dalam Family Day Naila kali ni?

Aktiviti paling best dan meruntun jiwa kali ini ialah berkuda dan memanah, kenapa berkuda dan memanah?


1) Berkuda

Kami dapat merasai pengalaman berkuda dengan tunjuk ajar coach berpengalaman, masih ku ingat kuda-kuda bernama awan dan thunder yang amat mesra dengan kami. Apa yang paling menarik trainner kami menerangkan bahawa bentuk lekuk badan belakang kuda) iaitu tempat di tunggang, baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Kerana apa pergerakkan rentak kuda berjalan menyebabkan tulang belakang manusia bergesel dalam keadaan harmoni.

2) Memanah

Perkara yang paling teruja ialah memanah, kami dapat merasai sendiri memegang busur dan anak panah. Masing-masing teruja untuk memanah seperti pahlawan Melayu lama. Memanah juga melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Jika emosi tidak stabil pasti anak panah tak kene pada sasarannya, Jadi, tips apabila nak memanah wajib rilek, tak gopoh then shoot!!! confirm tepat ke sasaran!! Sungguh Teruja!!

Secebis kenangan gambar-gambar untuk tatapan semua, betapa bestnya berkuda dan memanah ini.


Penuh dengan aksi pahlawan Islam gitu

Sedang feel naik kuda dengan si kecik anak ku Izzah
Adab berkuda klik sini


Nanny shaklee saya (tudung gray)


 
Allahuakbar pahlawah muslimah bersedia, teknik memanah kene betul baru kene target


Anak- anak kami pun join sekali, pupuk dari kecil untuk
 jadi orang yang hebat
khusyuk dengar penerangan Abang Ammar tentang memanah
 Adab memanah klik sini


Aksi cilik

Memberi makanan kepada rusa

Keterujaan mereka kegembiraan kami

Tadaa....sahabat-sahabat business shaklee saya


Makan bersama, masakan paling sedap daging salai masak lomak nogori, keli salai dan telur itik masak lemak, makanan tradisi nogori


Paling best dalam shaklee ni, anak anak adalah 
keutamaan kami


Orang kuat i reach (kak Lyna) dan naila (kak Ainul)


Yeah...aktiviti paling dinanti nanti 
*cabutan hadiah
*reward untuk uv (point)
*tukar tukar hadiah


Kami satu Family 
"Semoga kami berjaya dunia akhirat
ukhuwah fillah"


Gambaran keseronokan sepanjang aktiviti family day naila


Muka muka trainner Ladang Alam Warisan yang
bersama-sama kami menjayakan aktiviti family day naila


Bertemu dan berpisah adat manusia biasa 
Hilang dimata dekat dihati tidak lupa
Berdoalah kita pada tuhan yang berkuasa
Semoga kita berjumpa lagi lain masa (sedih lah pulak) sambil layan perasaan....

Pastinya secebis kenangan ini tersemat kukuh di hati sanubari dan kami semua tidak sabar untuk kembali ke Ladang Alam warisan ini bagi merasa sendiri pengalaman "bersatu dengan alam" dikesempatan akan datang

ENDS....


Yang benar,
Nur Aini Amran
Your favourite SID (near to you)
Selasa 2.15 Petang

Ladang Alam Warisan
Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Wanna be part of our shaklee family??
klik sini














Read More

Rabu, 8 April 2015

Bahaya penyakit kencing manis kerana pengidap kencing manis sangat terdedah dengan penyakit jantung, darah tinggi dan buah pinggang

Bahaya nya kencing manis dan jenis jenis kencing manis yang perlu anda tahu kerana kita semua sangat terdedah dengan penyakit ini (DIABETES MELLITUS) 

Kenapa kencing manis bahaya?

1) Darah menjadi pekat dan gelap - Kandungan glukos dan toksik yang tinggi di dalam darah menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama. Oleh itu darah akan menjadi gelap dan melekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.

(2) Kerap dahaga dan kepanasan - Kepekatan glukos yang tinggi di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air.

(3) Sering letih dan mengantuk - Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak menerima bekalan oksigen yang mencukupi, pengidap penyakit kencing manis akan kerap berasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan mengantuk, terutama pada waktu petang.

(4) Lemah tenaga batin atau mati pucuk - Tanpa mengira jantina, penyakit kencing manis akan menyebabkan gangguan hormon dan akhirnya akan mengganggu kemahuan seksual seseorang

(5) Tompokan pada kulit, gatal dan kebas - Oleh kerana glukos tidak dapat diserap oleh sel, sel akan menjadi semakin berkurang dan glukos akan berkumpul dalam darah kerana tidak diserap masuk oleh sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.

(6) Sel kulit terutamanya kaki akan mula mati dan mengeras - Pengerasan darah menghalang bekalan oksigen ke sel-sel kulit menyebabkan kematian sel

(7) Gangrene bernanah pada jari kaki - Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai biasanya dah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan yang 'perfect' untuk pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit. Tentera bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat...

(8) Jangkitan merebak - Jangkita gangrene yang semakin teruk akan menyebabkan kaki jadi busuk. Penyelesaian paling mudah adalah dengan memotong kaki pesakit. Namun, ia tidak akan menghentikan penyakit. Kalau potong masih bernanah, lepas tu potong lagi, nanah lagi, potong lagi..

(9) Penglihatan jadi kabur - Kapilari darah pada mata adalah sangat halus. Umumnya apabila pengaliran darah terjejas kapilari akan membengkak dan boleh pecah. Ia boleh menyebabkan katarak atau buta

(10) Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder - Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat kencing manis. 


Saya highlight disini kerana penyakit ni agak kronik sangat, so beware jika anda pengidap kencing manis anda sangat terdedah dengan penyakit jantung, darah tinggi dan buah pinggang.


Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :-


1. Diabetes bersandar insulin - Jenis pertama (Type I diabetes)

* Diabetes jenis pertama (Type I diabetes) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja.* Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos.* Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat.* Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga.* Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I.* Mereka yang berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik, dan alam sekeliling.* Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak.* Lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat.* Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur.* Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes.* Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebaliknya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.


2. Diabetes bebas insulin - Jenis kedua. (Type II diabetes)

* Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua).* Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi.* Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia.


3. Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)

* Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung.* Diabetes ketika hamil sering didapati dalam kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes.* Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.


4. Diabetes bentuk lain

* Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.




Bagi ibu-ibu yang mengandung yang mengalami kencing manis dan ingin mencuba makanan kesihatan set shaklee saya suggestkan set ini untuk anda








Preview



PENGEDAR SAH SHAKLEE N9
NUR AINI AMRAN
0136288543
excellence84@hotmail.my
Read More

Isnin, 16 Mac 2015

tujuh khasiat ESP shaklee atau soy protien isolate powder yang perlu anda baca dan tahu

Pengenalan tentang ESP

ESP adalah serbuk protein berkualiti tinggi yang telah melalui kajian klinikal yang paling banyak. Ia mengandungi kacang soya non -GMO dan mengandungi 22 jenis asid amino, yg penting rendah lemak dan rendah kolestrol. Badan kita ni full of cells..kuku, kulit, otot2 dan lain2 yang mane semuanya berasal daripada protein. Jadi, secara ringkasnya,

SEL --> TISU --> ORGAN --> SISTEM --> BADAN ANDA 

Dan disebabkan itu, badan kita sangat memerlukan protein. Sebabnya makanan utama bagi sel ialah protein. Sel yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat.

Apa faedah ESP?
Faedah ESP banyak. Antaranya: 

1. Kekal Muda : Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 
 
2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Jom consume anda dah tahu kelebihan ESP

Info dan order
0136288543 Aini
COD negeri sembilan


Read More