Selasa, 17 Disember 2019

Musafir kembara perjalanan 4000 kilometer lebih kurang, trip eropah 6 negara, transit di Oman dan UAE

Alhamdulillah setelah beribu-ribu kilometer, akhirnya kembali ke pangkuan negara tercinta Malaysia. Home sweet home!

Travel kali ni agak rare sikit bagi kami sekeluarga, maklumlah orang kampung 1st time pergi eropah kan, bawa pula sekali anak-anak memang menguji mental dan fizikal sungguh tapi alhamdulillah moga bonding time bersama keluarga itu yang paling best untuk dikenang kan.

Last perhentian kami adalah di Dubai.

Musafir kembara kami kali ini KL-*OMAN-FRANCE-SWITZERLAND-GERMANY-HOLAND-BELGIUM-UK-UAE*- KL

Secara ringkas trip europe kali ini lebih kurang perjalanannya 4000 kilometer, hehe fengsan bila tau KM nye. Secara driving. Bila bawa anak-anak kecil ni berbaloi dengan driving berbanding nak backpack or menggunakan pengangkutan awam. Fening tau nak mengangkut beg bagai, jika tiada kenderaan yang sesuai. Walaupun most of the time dalam kereta sebenarnya banyak tempat dan perkampungan yang boleh singgah semasa perjalanan. Nanti in sha allah saya share video permandangan yang menarik sepanjang perjalanan driving ke setiap negara.

Trip kali ini (driving):
  • Paris ke Colmar - 5 jam
  • Colmar ke Swiss - 2 jam 30 minit
  • Swiss ke Stuttgart - 3 jam setengah
  • Stuttgart ke Koln - 4 jam
  • Koln ke Netherlands - 4 jam setengah
  • Netherlands ke Belgium - 2 jam 30 minit
  • Brussels ke Bruges - 1 jam 30 minit
  • Bruges ke Dover - 1 jam 30 minit
  • Bruges, belgium ke Dunkirk - 1 jam
  • Dunkirk ke Dover (via ferry) - 2 jam
  • Dover ke London - 2 jam 30 minit
  • London ke dover - 2 jam 30 minit
  • White Cliff of Dover ke Dunkirk (via ferry) - 2 jam
  • Dunkirk ke paris - 3 jam

*EROPAH 6 NEGARA* lebih kurang 11 hari

Day 1: Paris free & easy. 
Eiffel Tower > Champ Elysse > Louvre Museum, Notre Damme > Masjid Besar Paris. Penginapan di hotel bajet Premiere Classe Villepinte Roissy.

Day 2: Paris > Colmar. 
Jalan kaki ronda Colmar Alsace yang original. Menginap di Grand Hotel Munster. 

Day 3: Colmar > Swiss Alps. 
Ke Interlaken, Wilderswil, Lauterbrunnen dan sekitar. Santai. Menginap di Gasthaus Steinbock. 

Day 4: Swiss > Stuttgart.
Free & easy, Naik ke Jungfrau puncak tertinggi di Eropah, atau ke Murren, petang ke Stuttgart, menginap di B&B Hotel Stuttgart Airport. 

Day 5: Stuttgart > Koln (Cologne).
Pagi boleh ronda ke Mercedes Museum > Porsche Museum > Stuttgart City Centre > Metzingen Factory Outlet . Petang gerak ke Koln. Penginapan di B&B. Solat di masjid Koln yang unik dan kontroversi. Shopping!

Day 6: Koln > Amsterdam.
Amsterdam city > Zaanse Schanse cultural village > Masjid Zaandam. Menginap di Hotel De Lis (Lisse). 

Day 7: Amsterdam.
Free & Easy, ke Volendam > Giethoorn (pekan tanpa kereta). Shopping!

Day 8: Amsterdam > Brussels > Bruges.
Brussels city > atomium > Bruges town. Menginap di Hotels Zeegalm.

Day 9: Bruges > London.
Dunkirk port > feri ke UK > Dover. Terus ke London. London Tower Bridge, Buckingham Palace, Malaysian Hall, Trafalgar Square, London Tower Bridge dan Oxford Road. Shopping!
Menginap di Premiere Inn Heathrow Terminal 4. 

Day 10: London Free & Easy.

Day 11: London > Paris
Feri port di Dover. Naik feri ke Paris. Menginap di Paris hotel

Day 12: Trip tamat. Alhamdulillah, terus ke Dubai

Punya lah banyak sampai lebih kurang 11 hotel kami menginap, jenuh packing barang, sebab asyik menambah barang baru je. hehe, layannnnn

  • 1 hotel di Oman
  • 2 hotel di Paris 
  • 1 hotel di Colmar
  • 1 hotel di Swiss
  • 1 hotel di Sttugart
  • 1 hotel di Amsterdam
  • 1 hotel di Belgium
  • 1 hotel di London
  • 1 hotel di Paris (dua kali singgah paris)
  • 1 hotel di UAE

Walaupun tak dapat melawat semua masjid at least setiap negara dapat solat di masjid dan tempat solat yang disediakan



Belanja sikit gambar di setiap negara


Di Oman


Asyik eiffel tower je kan, ni pun kat paris


Colmar , Paris



Di Swiss


Top of europe! Swiss


Sejuk wei sampai tulang. Wajib telan omega kasi panas
Suplemen untuk anak, saya memang bawa vitamin c, omega dan nutiferon

Fungsi: tiga-tiga tu ade fungsi untuk imunisasi badan

Vitamin c: lembapkan kulit, so kulit tak kering
Omega: pelincir sendi, sebab sentiasa bergerak, elak batuk
Nutriferon: boost up imun sistem dan elak selesema dan demam


Stuttgart


Amsterdam


Belgium


Dalam London eye




Dubai

Letih jangan cakap lah, mengangkut 4 beg besar, handle anak-anak lagi. Tapi berbaloi. Oh ya kos untuk perhead lebih kurang RM8900. Korang darab bahagilah. Tapi boleh lagi murah tu, kalau korang dapat cari tiket flight yang murah. Kami naik oman airline dan emirate. Oh ya duit bab makan tu bila bawa anak ni memang tak boleh berkira, so pejam mata je lah keluar duit. Bawalah duit lebih-lebih. Yang penting pengalaman tu lagi mahal kan.

Makanan halal? Rasa tidak lah payah sangat nak mencari tapi nasi tu tak lah dapat selalu, saya memang dah train anak makan roti. So tak de lah diorng ni craving nasi hehe. Makanan turki memang banyak, merata yang jual. Korang boleh juga bawa produk BRAHIM ade nasi lemak, nasi goreng supaya boleh alas perut dengan nasi. Kat europe ni shopping makanan basah dan pakaian memang murah ya amat. Tapi korang jangan convert lah. Hahah. Best betul, telur, air, buah, roti semua murah. Pakaian pula baju, kasut semualah murah.


Borong baju anak-anak. Kualiti baik tau


Kebab, sedap kebab kat sana. Lebih sedap dari di malaysia
So rugi kalau tak makan



Dapat juga makan nasi kat kedai pak arab

Bab yang paling pening ialah air dalam tandas time nak membuanh hehe, tapi jangan risau ada solusinya. Sentiasa lah bawa cup or botol air yang kosong. Senang isi kat sinki. Selepas tu, korang akan lega dapat guna air semasa melabur tu.

Walaupun pakej ni nampak macam touch and go, hakikatnya nak meround semua tempat bukan senang, budget lagi kan, tak sempat semua lah pendek kata. Kecuali kalau korang fokus satu satu negara should be ok lah merata boleh jalan. Tapi saya puas hati sangat melihat negara orang dalam masa 14 hari. Alhamdulillah.

In sha allah saya akan share lagi. So tungguuuuu hehe




Jom baca juga

Transit di Oman 14 jam

Transit di Dubai 14 jam

About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan