Selasa, 18 Disember 2018

Percutian Pendek (Shortcation) Hat yai-Songhkla menggunakan Kereta, dua hari yang gembira di Hat yai Thailand, tempat murah di hat yai, songkhla

Percutian Pendek (Shortcation) Hatyai-Songkhla menggunakan Kereta 

Usai 2 hari kembara ringkas kami ke Hat yai-Songkhla dengan anak-anak kecil serta mak ayah. Pilihan check point semestinya Padang Besar, Perlis dan masuk ke Hat yai-Songkhla pada hari Khamis dan Jumaat sebab tidak mahu bersesak sesak. 

Maklumlah Hat yai-Songkhla di antara destinasi pilihan ramai terutamanya warganegara Malaysia. Melting pot!!! Confirm weekend penuh manusia...




Jam 7 pagi kami dah berada di CIQ Padang Besar. Kat CIQ Padang Besar ni mudah sikit, semua penumpang turun cop passport, immigration booth dekat dengan laluan kereta, around 5 minit proses clearance untuk semua 9 orang. Setel dengan gumbira!

Lepas selesai kat CIQ Padang Besar, ni yang agak mendebarkan, maklumlah first time bawak kereta masuk Siam.

Sampai kat immigration/customs Padang Besa Thailand ( ejaan dalam bahasa siam), mula-mula kami park kereta kat tempat yang disediakan.

White Card Thailand dah siap isi (printed lagi), beratur buat Thai Immigration clearance.

Hanya driver setelah cop passport bawak kenderaan melepasi immigration clearance, owner dan driver (sekiranya driver bukan owner) turun jalan kaki dekat jer terus pergi ke kaunter Customs untuk tunjukkan dokumen Siam Insurance dan beberapa dokumen yang diperlukan pihak berkuasa Thailand, lebih kurang 10 minit proses tersebut. Lepas tu Kastam Thailand akan bagi satu copy cetakan borang macam Permit masuk untuk simpan sebagai proof kenderaan ada permit dan dibenarkan masuk.

Selesai!!!

Terus ke Pekan Padang Besa Thailand, pekan ni kecil sahaja, beli sim card di kedai, murah tau  around 100 bhat jer. Tapi kemain laju line internet! MBPS..... sempat juga tukar duit baht di sini.


So, sebelum ke Hat yai-Songkhla pastikan anda setel kan tiga benda ni kalau nak bawak kenderaan sendiri:-

1. Insurance third party,siam insurance dan servis isi white card:RM148

2. Travel Insurance 9 penumpang:RM176

3. Hotel Lee Gardens 2 junior suite room: RM517.08 booking online awal awal

Yang tak sempat keluar duit kat sini memang banyak sangat ATM mesin, merata-rata



Selesai tiga benda ni boleh pergi Hatyai-Songkhla  dengan aman


 Tak breakfast kat sini sebab risau tak halal, yang bestnya air dalam fridge box semua FREE


Best air diorang ni

Sedikit tips memandu di hatyai:

  • Beli Sim Card Siam sebab murah dan internet terpantas, dah tak main GB depa dah jauh ke depan, MBPS
  • - Pakai tali pinggang termasuk semua penumpang
  • - Jangan langgar lampu isyarat sebab depa banyak kamera kecik-kecik
  • - Drive dengan berhemah sebab setiap kawasan ada zone limit
  • - Isi penuh tau minyak kereta sebab minyak depa mahal

Sepanjang perjalanan





Alhamdulillah sampai



Walaupun pun ke Hat yai-Songkhla dengan berkereta hanya tiga tempat sahaja kami gunakan kereta. Selebihnya kami park kereta di hotel, dan naik tuk tuk ke destinasi yang lain

Di antara destinasi yang sempat kami terjah sepanjang dua hari:

1. Hat yai Cable car dapat melihat permandangan Hat yai. Caj dewasa dalam 300 bhat. Kalau nak lagi murah korang naik cable car di Songkla 30 baht sahaja.


2. Chang Puak Camp, Hat Yai kalau minat nak naik gajah dan lihat pertunjukan Gajah/buaya, memang menarik. Siap boleh mandi bersama gajah, beli sourvenier atas gajah dan tengok gajah makan.


Naik gajah


Segala pakej ada


3. Masjid Songkhla rekaan masjid ni cantik, landskap nya seperti taj mahal. Taj Mahal Thailand



Solat maghrib di sini


4. Asean Night Market tempat membeli belah ade dua tingkat. Bahagian bawah tempat membeli baju, yang suka baju Hard Rock Hatyai leh beli di sini, seluar, kasut, beg, passport cover 100baht (letak nama dan satu champ), sourvenier dan macam-macam lagi. Bahagian atas ade di jual makanan. Pelbagai makanan ada. Memang rambang mata. Tapi sempat makan sushi di sini. Pastikan anda beli di kedai yang pamer tanda halal. Asean night market ni banyak makanan halal. Di sini ada juga tempat solat. Sempat singgah tempat solat sebab si kecil menjerit nak menyusu.


Shopping




100 baht sahaja


5. Lee Garden Market sebab kami booking hotel di lee garden so senang. Turun hotel je zasss... macam-macam makanan di jual. Dekat dengan pasaraya besar, nak makan pun senang, Stragetik sungguh kedudukan hotel ni. Sempat juge beli kacang gajus rangup, pulut manggo, coconut aiskrim, maggie sup, sotong bakar. Dekat lee garden pun ade restoran makanan thai yang sedap. Sempat makan lunch di restoran salma makanan nya agak sedap juge. 


Permandangan dari tingkat 22





 Syurga makanan 


6. Samila Beach, samila beach ni ade 3 tempat bergambar yang menarik, sempat singgah bergambar di the great serpent naga, duyung, pulau cat vs mouse. Anak anak sempat naik kuda di Samila Beach. Ha sape yang nak beli key chain, friged magnet dan small beg sebagainya beli di samila beach, harganya lebih murah berbanding Asean Night Market.
Sempat saya sambar satu beg kraftangan yang murah sangat di Samila Beach Semua sourvenier 8 =100baht / Porch beg 9 = 200baht


Belakang tu ada patung duyung


cat vs mouse


Naga

7. Kim Yong Market dekat sangat dengan Lee Gardens Plaza Hotel, jalan kaki dalam 5 minit jer, kalau korang nak beli barang barang makanan boleh singgah sini, sempat singgah sini beli longan kering, ikan bilis, buah kabung kering, buah anggur dan pelbagai buah lagi, pes tomyam dan maggie thai.


Boleh buat kerabu maggie


Raga kraftangan ni murah sangat



Pes ni wajib beli

8. Klonghae Floating Market - Wajib ke sini sebab keunikan penjual berjual beli di atas perahu. Macam-macam makanan ada di sini. Kami datang awal sedikit jam 1 pm dah sampai, so sempat lah menjamu mata survey-survey harga songket dan batik thai yang murah. Di sini juga ada disediakan tempat solat. Floating market ni hanya buka pada hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja. Di sini juga harga pes tomyam, maggie, buah-buahan agak murah berbanding pasar lain yang kami pergi. Tokoyaki dan buah nanas kecil kat sini perg! terbaik! Mula berniaga jam 3 pm







Borong kerepek labu



Manis sangat!


Minum air dalam buluh ni winnn sangat

9. Dimsum chabura

Tempat makan yang wajib korang datang, saya siap borong miang kam sebab boleh tapau bawak balik!



Sedap sangat!



Miang kam



Somtam nye sangat sedap!


Nak merasa makan tomyam dalam kelapa

10. Selain tu tempat lain yang menarik untuk pergi adalah Songkla zoo tapi tak sempat singgah. Apa yang best songkla zoo ni korang boleh naik kereta sendiri dalam zoo kalau bawa kereta.


  • Sempat juga singgah kat buddha tidur, di wat phranon singgah ambil gambar sahaja 

  • Bergambar juga di songkhla aquarium

  • Naik tuk tuk ke songkhla lake ferry

Naik ferry


Naik tuk tuk nama nya Imran orang Islam. Bagus orangnya

Oh terlupa pulak di hat yai ni terkenal juga dengan tips, jangan lupa diorang ni suka benor kalo kita bagi duit tips, contoh angkat barang ke bilik hotel - services bell boy, time saya pergi ni pekerja hotel pun buat muka kalau tak bagi tips. Sabar je lah kan.  Lagi lagi tengok pelancong Malaysia, So bagi je lah anggap sedekah. hihi

Alhamdulillah seronok sebenarnya ke negara orang ni, banyak pengalaman berharga di sini, ha korang yang nak ke hat yai ni jangan lupa belajar sikit bahasa sana, sangat mudah tau bila boleh sikit-sikit cakap thailand ni. yang simple simple je, terima kasih, boleh tak bagi diskaun, berapa harga, sapaan dan sebagainya.

Overall best kat sini sebab dapat makan makanan feveret! best pulak tengok jejantas untuk pejalan kaki tu bukan tangga tapi eskalator di hat yai.....

In sha allah next kembara TURKEY

Salam sayang 

Aini


Read More

Jumaat, 19 Oktober 2018

Bangun setiap hari dengan mata yang lebih cerah, tiada kedutan dan kelihatan muda, selamat tinggal mata panda

BANGUN SETIAP HARI DENGAN MATA YANG LEBIH CERAH, TIADA KEDUTAN DAN KELIHATAN LEBIH MUDA!

MEMPERKENALKAN YOUTH™ Restoring Eye Treatment, produk pelbagai fungsi yang memberikan manfaat anti-penuaan hebat dan solusi yang jelas dilihat untuk mata letih, kering atau sembap. Ianya bukan sekadar untuk mata!



Keistimewaan Shaklee:

 100% VEGAN 
 TANPA PARABEN 
 DIUJI SECARA DERMATOLOGI


Keliru dengan pelbagai jenis krim mata di pasaran? Krim ini memenuhi semua ciri di bawah:

  • MENGURANGKAN PENAMPILAN GARIS HALUS, KEDUTAN DAN KEDUTAN DI SISI LUAR LIPATAN MATA 
  • MENGURANGKAN SEMBAP DAN LINGKARAN HITAM MATA 
  • MEMBANTU MENEGANGKAN KULIT DI SEKELILING MATA 
  • MENEGANGKAN DAN MENGHIDRAT 
  • MELEMBAPKAN DAN MELINDUNGI

Mengembalikan

• Peptide Blend unik mengembalikan sistem isyarat kulit dan menyokong penghasilan kolagen 
• Melembapkan dengan mengekalkan air pada kulit 
• Menyerap sehingga 1,000 x beratnya di dalam air untuk melembapkan

Mengurangkan

• Garis Halus 
• Kedutan 
• Kedutan di Sisi Luar Lipatan Mata 
• Sembap 
• Lingkaran Hitam

Menyegarkan

Cooling tip merangsang peredaran mikro untuk: 
• Mengekalkan mata yang segar 
• Mengurangkan kemerahan di bawah mata 
• Mengurangkan mata yang sembap



Bahan-bahanya:

  • Peptide Blend 
Membantu menyokong penghasilan kolagen dan mempercepat pembaharuan sel kulit.
  • Lotus Japonicus ditambah dengan Schisandra Chinensis fruit extract 
Membantu menyokong penghasilan kolagen, elastin, dan fibrillin; membantu memberikan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit secara berstruktur
  • Licorice extract
Membantu mencerahkan kulit di bahagian bawah mata untuk mengurangkan lingkaran hitam.
  • Hyaluronic Acid 
Menghidrat dengan mengekalkan air pada kulit. Menyerap sehingga 1,000x beratnya di dalam air untuk melembapkan.
  • Vital Repair+® dan polifenol Muscadine Grape 
Membantu mengurangkan kesan radikal bebas dengan melindungi sel DNA; melindungi kerosakan kolagen dan elastin.


DUA CARA KEGUNAAN YOUTH™ RESTORING EYE TREATMENT






Harga ahli: RM195.00 
Harga runcit RM243.75




Info dan order
0136288543
Aini
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan
Leader & Founder Fantastic Group


Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan tambahan dengan business shaklee? cari saya segera!


Vitamin bukan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit, ia sekadar ikhtiar untuk anda, cegah sebelum parah, dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.

Read More

Rabu, 19 September 2018

Tombong atau peranakan atau rahim jatuh kerap berlaku kepada wanita

Tombong atau peranakan atau rahim jatuh

Tombong atau peranakan atau rahim jatuh kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki, tombong boleh berlaku kepada anak dara atau wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak. Tetapi kekerapan yan kita sering dengar berlaku kepada wanita yang telah bersalin.

Ramai wanita yang sangat takut dan ngeri jika perkara ini berlaku kepada diri mereka. Kerana ia menyebabkan ketidakselesaan dan mungkin juga penderaan emosi wanita tersebut.

Namun jangan risau kerana ada beberapa langkah yang boleh dibantu jika perkara ini berlaku. Namun cegah sebelum ia terjadi itu amatlah di galakkan. 

Diantara pencegahan nya ialah:

1. Berpantang dengan betul bagi wanita selepas melahirkan anak

2. Berurut dengan bidan yang pakar

3. Tidak mengangkat barang yang berat

4. Senaman kemut

5. Bertunku dengan cara yang betul

6. Suplemen seperti alfalfa dan ESP yang baik untuk wanita (ingin mendapatkan suplemen ini boleh klik disini   Set untuk masalah wanita )






Info dan order
0136288543
Aini
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan
Leader & Founder Fantastic Group


Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan tambahan dengan business shaklee? cari saya segera!


Vitamin bukan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit, ia sekadar ikhtiar untuk anda, cegah sebelum parah, dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.









Read More

Ahad, 9 September 2018

Anda perlu lebih daripada Kalsium untuk tulang kuat dan sihat

Anda Perlu Lebih daripada Kalsium untuk tulang kuat dan sihat


Kalsium sahaja tidak mencukupi untuk memastikan tulang kita sihat. Gabungan unik mineral-mineral penting diperlukan untuk menyokong penghasilan tulang yang lebih kuat untuk membantu mengekalkan kesihatan dan berasa lebih muda ketika kita berumur.

1. Kalsium adalah mineral yang paling banyak terdapat di dalam tulang kita. 

•  Bahan utama untuk menghasilkan tulang yang kuat dan sihat. 
•  Mengekalkan ketumpatan tulang sepanjang hidup. 
• Disarankan untuk mengambil 1000mg kalsium sehari dan jumlahnya meningkat bagi wanita menopaus 


2. Magnesium adalah kunci kepada gabungan dan penggunaan kalsium di dalam badan. Ia menyokong: 

• Proses pengaktifan vitamin D supaya ia boleh meningkatkan penyerapan kalsium. 
• Disyorkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 300mg sehari untuk perkembangan tulang yang sihat. 


3. Vitamin D yang rendah di dalam tubuh boleh menyebabkan kekurangan kepadatan tulang dan kualitinya, serta meningkatkan penuaan tulang. Vitamin D membantu: 

• Merangsang penyerapan kalsium pada saluran pencernaan. 
• Mengekalkan paras kalsium dan fosfat untuk proses penghasilan tulang yang normal. 


4. Boron ditemui di dalam tulang dan tisu-tisu lain di seluruh badan. 

• Ia mengelakkan tulang rapuh dengan menyokong proses metabolik tulang yang normal. 
• Menyokong penggunan nutrien yang terlibat di dalam penghasilan tulang yang kuat secara effektif.


5. Mangan, Kuprum dan Zink Kekurangan salah satu daripada mineral ini dikenalpasti akan menghalang pertumbuhan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis di kemudian hari. Mineral ini penting untuk: 

• Mengaktifkan enzim yang terlibat di dalam proses penghasilan tulang. 
• Melindungi tulang anda daripada kerosakan oksidatif.


Bagaimana Mengekalkan Tulang Kuat ?

  • Mula awal: Kerana penurunan ketumpatan tulang bermula pada usia 30 tahun, cara terbaik adalah bermula semasa anda masih muda.

  • Lakukan Senaman Menahan Beratan (Weight-bearing): Senaman menahan beratan meningkatkan ketumpatan tulang anda kerana ia semakin kuat ketika diletakkan di bawah tekanan. Cuba angkat berat, berjalan kaki, berlari, mendaki, menari dan bermain tenis. 

  • Buat Pilihan Yang Sihat: Jalani gaya hidup dan kekalkan berat badan yang lebih sihat.






Read More

Khamis, 6 September 2018

Awas HFMD, Cegah daripada Jangkitan. Kuatkan Sistem Imun anda sekeluarga

Cegah Daripada Jangkitan. Kuatkan Sistem Imun Anda.

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah jangkitan virus yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan tersebar melalui hubungan langsung seperti tangan yang kotor atau permukaan yang tercemar dengan virus. Orang dewasa, terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang dijangkiti HFMD, berisiko untuk dijangkiti sekiranya sistem imun mereka lemah. Tiada ubat untuk HFMD, selain menjaga kebersihan, adalah penting untuk mempunyai sistem imun yang optimum supaya anda kekal kuat dan dilindungi. Cuba perangsang imunisasi semula jadi dari Shaklee sekarang!



1. Vitamin C - komponen penting dalam sistem imun Ia membantu merangsang penghasilan dan fungsi sel darah putih untuk meningkatkan sistem imun. 

KEISTIMEWAAN SHAKLEE 

• Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. 

• Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.


2. Bawang Putih - memiliki fungsi antiengandungi sifat antimikrob Alisin, fitonutrien yang terdapat di dalam bawang putih, membantu dalam penyelenggaraan badan yang sihat.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE 

• Menggabungkan manfaat kesihatan bawang putih dan rosemary sebagai antioksidan. 

• Bau dan rasa bawang putih yang minimum.


3. Protein - membina dan memperbaiki tisu Ia adalah blok bangunan dalam badan anda dan berfungsi sebagai rangsangan semulajadi untuk sistem imun.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE 

• Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0, penarafan yang tertinggi. 

• Membekalkan 9 asid amino penting 

• Menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai secara genetic (non-GMO).




4. Polifenol - melawan radikal bebas Tinggi dengan aktoksida, polifenol mengoptimakan prestasi sel anda. 

KEISTIMEWAAN SHAKLEE 

• Campuran proprietari saintifik termaju kami adalah berasaskan anggur muscadine – salah satu buahbuahan semula jadi paling sukar diperolehi dan paling berkuasa. 

• Mengandungi kepekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat. 





Info dan order
0136288543
Aini
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan
Leader & Founder Fantastic Group


Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan tambahan dengan business shaklee? cari saya segera!


Vitamin bukan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit, ia sekadar ikhtiar untuk anda, cegah sebelum parah, dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.


Read More