Anda Perlu Lebih
daripada Kalsium untuk
tulang kuat dan sihat
Kalsium sahaja tidak mencukupi untuk memastikan
tulang kita sihat. Gabungan unik mineral-mineral
penting diperlukan untuk menyokong penghasilan
tulang yang lebih kuat untuk membantu mengekalkan
kesihatan dan berasa lebih muda ketika kita berumur.
1. Kalsium adalah mineral yang paling
banyak terdapat di dalam tulang kita.
• Bahan utama untuk menghasilkan tulang yang
kuat dan sihat.
• Mengekalkan ketumpatan tulang sepanjang
hidup.
• Disarankan untuk mengambil 1000mg
kalsium sehari dan jumlahnya meningkat bagi
wanita menopaus
2. Magnesium adalah kunci kepada
gabungan dan penggunaan kalsium di
dalam badan. Ia menyokong:
• Proses pengaktifan vitamin D supaya ia
boleh meningkatkan penyerapan kalsium.
• Disyorkan untuk mengambil
sekurang-kurangnya 300mg sehari untuk
perkembangan tulang yang sihat.
3. Vitamin D yang rendah di dalam tubuh
boleh menyebabkan kekurangan kepadatan
tulang dan kualitinya, serta meningkatkan
penuaan tulang. Vitamin D membantu:
• Merangsang penyerapan kalsium pada
saluran pencernaan.
• Mengekalkan paras kalsium dan fosfat
untuk proses penghasilan tulang yang
normal.
4. Boron ditemui di dalam tulang dan
tisu-tisu lain di seluruh badan.
• Ia mengelakkan tulang rapuh dengan
menyokong proses metabolik tulang yang
normal.
• Menyokong penggunan nutrien yang
terlibat di dalam penghasilan tulang yang
kuat secara effektif.
5. Mangan, Kuprum dan Zink
Kekurangan salah satu daripada mineral ini dikenalpasti akan menghalang pertumbuhan tulang
dan meningkatkan risiko osteoporosis di kemudian hari. Mineral ini penting untuk:
• Mengaktifkan enzim yang terlibat di dalam proses penghasilan tulang.
• Melindungi tulang anda daripada kerosakan oksidatif.
Bagaimana Mengekalkan Tulang Kuat ?
- Mula awal: Kerana penurunan ketumpatan tulang bermula pada usia 30 tahun, cara terbaik adalah bermula semasa anda masih muda.
- Lakukan Senaman Menahan Beratan (Weight-bearing): Senaman menahan beratan meningkatkan ketumpatan tulang anda kerana ia semakin kuat ketika diletakkan di bawah tekanan. Cuba angkat berat, berjalan kaki, berlari, mendaki, menari dan bermain tenis.
0 comments:
Catat Ulasan