Selasa, 18 Disember 2018

Percutian Pendek (Shortcation) Hat yai-Songhkla menggunakan Kereta, dua hari yang gembira di Hat yai Thailand, tempat murah di hat yai, songkhla

Percutian Pendek (Shortcation) Hatyai-Songkhla menggunakan Kereta 

Usai 2 hari kembara ringkas kami ke Hat yai-Songkhla dengan anak-anak kecil serta mak ayah. Pilihan check point semestinya Padang Besar, Perlis dan masuk ke Hat yai-Songkhla pada hari Khamis dan Jumaat sebab tidak mahu bersesak sesak. 

Maklumlah Hat yai-Songkhla di antara destinasi pilihan ramai terutamanya warganegara Malaysia. Melting pot!!! Confirm weekend penuh manusia...




Jam 7 pagi kami dah berada di CIQ Padang Besar. Kat CIQ Padang Besar ni mudah sikit, semua penumpang turun cop passport, immigration booth dekat dengan laluan kereta, around 5 minit proses clearance untuk semua 9 orang. Setel dengan gumbira!

Lepas selesai kat CIQ Padang Besar, ni yang agak mendebarkan, maklumlah first time bawak kereta masuk Siam.

Sampai kat immigration/customs Padang Besa Thailand ( ejaan dalam bahasa siam), mula-mula kami park kereta kat tempat yang disediakan.

White Card Thailand dah siap isi (printed lagi), beratur buat Thai Immigration clearance.

Hanya driver setelah cop passport bawak kenderaan melepasi immigration clearance, owner dan driver (sekiranya driver bukan owner) turun jalan kaki dekat jer terus pergi ke kaunter Customs untuk tunjukkan dokumen Siam Insurance dan beberapa dokumen yang diperlukan pihak berkuasa Thailand, lebih kurang 10 minit proses tersebut. Lepas tu Kastam Thailand akan bagi satu copy cetakan borang macam Permit masuk untuk simpan sebagai proof kenderaan ada permit dan dibenarkan masuk.

Selesai!!!

Terus ke Pekan Padang Besa Thailand, pekan ni kecil sahaja, beli sim card di kedai, murah tau  around 100 bhat jer. Tapi kemain laju line internet! MBPS..... sempat juga tukar duit baht di sini.


So, sebelum ke Hat yai-Songkhla pastikan anda setel kan tiga benda ni kalau nak bawak kenderaan sendiri:-

1. Insurance third party,siam insurance dan servis isi white card:RM148

2. Travel Insurance 9 penumpang:RM176

3. Hotel Lee Gardens 2 junior suite room: RM517.08 booking online awal awal

Yang tak sempat keluar duit kat sini memang banyak sangat ATM mesin, merata-rata



Selesai tiga benda ni boleh pergi Hatyai-Songkhla  dengan aman


 Tak breakfast kat sini sebab risau tak halal, yang bestnya air dalam fridge box semua FREE


Best air diorang ni

Sedikit tips memandu di hatyai:

  • Beli Sim Card Siam sebab murah dan internet terpantas, dah tak main GB depa dah jauh ke depan, MBPS
  • - Pakai tali pinggang termasuk semua penumpang
  • - Jangan langgar lampu isyarat sebab depa banyak kamera kecik-kecik
  • - Drive dengan berhemah sebab setiap kawasan ada zone limit
  • - Isi penuh tau minyak kereta sebab minyak depa mahal

Sepanjang perjalanan





Alhamdulillah sampai



Walaupun pun ke Hat yai-Songkhla dengan berkereta hanya tiga tempat sahaja kami gunakan kereta. Selebihnya kami park kereta di hotel, dan naik tuk tuk ke destinasi yang lain

Di antara destinasi yang sempat kami terjah sepanjang dua hari:

1. Hat yai Cable car dapat melihat permandangan Hat yai. Caj dewasa dalam 300 bhat. Kalau nak lagi murah korang naik cable car di Songkla 30 baht sahaja.


2. Chang Puak Camp, Hat Yai kalau minat nak naik gajah dan lihat pertunjukan Gajah/buaya, memang menarik. Siap boleh mandi bersama gajah, beli sourvenier atas gajah dan tengok gajah makan.


Naik gajah


Segala pakej ada


3. Masjid Songkhla rekaan masjid ni cantik, landskap nya seperti taj mahal. Taj Mahal Thailand



Solat maghrib di sini


4. Asean Night Market tempat membeli belah ade dua tingkat. Bahagian bawah tempat membeli baju, yang suka baju Hard Rock Hatyai leh beli di sini, seluar, kasut, beg, passport cover 100baht (letak nama dan satu champ), sourvenier dan macam-macam lagi. Bahagian atas ade di jual makanan. Pelbagai makanan ada. Memang rambang mata. Tapi sempat makan sushi di sini. Pastikan anda beli di kedai yang pamer tanda halal. Asean night market ni banyak makanan halal. Di sini ada juga tempat solat. Sempat singgah tempat solat sebab si kecil menjerit nak menyusu.


Shopping




100 baht sahaja


5. Lee Garden Market sebab kami booking hotel di lee garden so senang. Turun hotel je zasss... macam-macam makanan di jual. Dekat dengan pasaraya besar, nak makan pun senang, Stragetik sungguh kedudukan hotel ni. Sempat juge beli kacang gajus rangup, pulut manggo, coconut aiskrim, maggie sup, sotong bakar. Dekat lee garden pun ade restoran makanan thai yang sedap. Sempat makan lunch di restoran salma makanan nya agak sedap juge. 


Permandangan dari tingkat 22





 Syurga makanan 


6. Samila Beach, samila beach ni ade 3 tempat bergambar yang menarik, sempat singgah bergambar di the great serpent naga, duyung, pulau cat vs mouse. Anak anak sempat naik kuda di Samila Beach. Ha sape yang nak beli key chain, friged magnet dan small beg sebagainya beli di samila beach, harganya lebih murah berbanding Asean Night Market.
Sempat saya sambar satu beg kraftangan yang murah sangat di Samila Beach Semua sourvenier 8 =100baht / Porch beg 9 = 200baht


Belakang tu ada patung duyung


cat vs mouse


Naga

7. Kim Yong Market dekat sangat dengan Lee Gardens Plaza Hotel, jalan kaki dalam 5 minit jer, kalau korang nak beli barang barang makanan boleh singgah sini, sempat singgah sini beli longan kering, ikan bilis, buah kabung kering, buah anggur dan pelbagai buah lagi, pes tomyam dan maggie thai.


Boleh buat kerabu maggie


Raga kraftangan ni murah sangat



Pes ni wajib beli

8. Klonghae Floating Market - Wajib ke sini sebab keunikan penjual berjual beli di atas perahu. Macam-macam makanan ada di sini. Kami datang awal sedikit jam 1 pm dah sampai, so sempat lah menjamu mata survey-survey harga songket dan batik thai yang murah. Di sini juga ada disediakan tempat solat. Floating market ni hanya buka pada hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja. Di sini juga harga pes tomyam, maggie, buah-buahan agak murah berbanding pasar lain yang kami pergi. Tokoyaki dan buah nanas kecil kat sini perg! terbaik! Mula berniaga jam 3 pm







Borong kerepek labu



Manis sangat!


Minum air dalam buluh ni winnn sangat

9. Dimsum chabura

Tempat makan yang wajib korang datang, saya siap borong miang kam sebab boleh tapau bawak balik!



Sedap sangat!



Miang kam



Somtam nye sangat sedap!


Nak merasa makan tomyam dalam kelapa

10. Selain tu tempat lain yang menarik untuk pergi adalah Songkla zoo tapi tak sempat singgah. Apa yang best songkla zoo ni korang boleh naik kereta sendiri dalam zoo kalau bawa kereta.


  • Sempat juga singgah kat buddha tidur, di wat phranon singgah ambil gambar sahaja 

  • Bergambar juga di songkhla aquarium

  • Naik tuk tuk ke songkhla lake ferry

Naik ferry


Naik tuk tuk nama nya Imran orang Islam. Bagus orangnya

Oh terlupa pulak di hat yai ni terkenal juga dengan tips, jangan lupa diorang ni suka benor kalo kita bagi duit tips, contoh angkat barang ke bilik hotel - services bell boy, time saya pergi ni pekerja hotel pun buat muka kalau tak bagi tips. Sabar je lah kan.  Lagi lagi tengok pelancong Malaysia, So bagi je lah anggap sedekah. hihi

Alhamdulillah seronok sebenarnya ke negara orang ni, banyak pengalaman berharga di sini, ha korang yang nak ke hat yai ni jangan lupa belajar sikit bahasa sana, sangat mudah tau bila boleh sikit-sikit cakap thailand ni. yang simple simple je, terima kasih, boleh tak bagi diskaun, berapa harga, sapaan dan sebagainya.

Overall best kat sini sebab dapat makan makanan feveret! best pulak tengok jejantas untuk pejalan kaki tu bukan tangga tapi eskalator di hat yai.....

In sha allah next kembara TURKEY

Salam sayang 

Aini


About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan