Sabtu, 12 November 2016

Dr forest shaklee biodata

Rupa Dr Forest Shaklee ni lahir bulan November 1894 dan saya juga lahir bulan November 1984. So nak sharing sikit siapakan Dr Forest Shaklee

Hebat. So tiada salahnye kita menggunakan product yang terbaik.

Teringat pula kisah Nabi Besar Muhammad S.A.W dia hantar oleh ibu nya Aminah ke pedalaman untuk disusukan oleh 2 orang ibu susuan baginda. Kerana di pedalaman lebih bersih udara. Nutrisi sihat. Menghasilkan tubuh badan yang sihat.

Forrest C. Shaklee merupakan seorang pelabur, visionary, usahawan, pakar tulang, penulis dan juga DJ radio. Dr Forrest Shaklee telah berjaya dalam beberapa peranannya sepanjang hayatnya. Malah sehingga kini Dr Forrest C. Shaklee masih menjadi inspirasi kepada berjuta-juta ahli Shaklee di seluruh dunia. Selain itu, beliau juga mempunyai ijazah dalam bidang nutrition, biochemistry, philosophy and divinity.

Dilahirkan di Iowa, 1894, Forrest C. Shaklee telah dikenalpasti menghidap penyakit Tuberculoris semasa zaman kanak-kanaknya. Kedua ibubapanya telah diberitahu oleh doktor bahawa beliau tidak akan dapat hidup lama disebabkan oleh penyakitnya. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang menjangkakan yang si kecil berpenyakit ini akan menjadi seorang yang doktor pakar tulang dan pemilik perniagaan yang berjaya dan dapat hidup lebih daripada 90 tahun.

Oleh kerana kedua ibu bapanya begitu percaya akan kekuatan alam semulajadi, mereka telah berpindah ke Utara Amerika di mana tanah pamah di situ begitu kaya dengan nutrien yang tinggi dan berkualiti. Shaklee pun ada di Canada.

Pada tahun akhir 1800, satu-satunya cara untuk merawat penyakit Tuberculorisis adalah daripada udara bersih, makanan yang bernutrisi tinggi dan juga rehat yang mencukupi. Ekoran daripada itu, pemuda ini telah banyak menghabiskan masanya dengan melakukan akitiviti riadah dan menerokai alam semulajadi serta membina rasa hormat dan cintanya terhadap alam sekitarnya. 

Hasil daripada makanan yang bernutrisi tinggi dan juga persekitaran yang bersih telah membantunya sembuh daripda penyakit tersebut. Berikutan daripada rasa hormat dan cintanya kepada alam sekitar mendorong beliau untuk membuka syarikat produk nutrisinya, iaitu Shaklee Corporation berdasarkan Golden Rule pada tahun 1956.

Selain daripada pengalaman penyakitnya semasa zaman kanak-kanak, beliau juga mempunyai pengalaman penyakit  pada zaman mudanya iaitu ketika usianya 24 tahun, beliau telah disahkan menghidap kanser tulang disebabkan oleh pekerjaannya sebagai doctor chiropractor yang sentiasa terdedah kepada sinaran radiography. Ekoran daripada itu, beliau telah menggunakan prinsip yang sama iaitu pemakanan yang baik, persekitaran yang baik dan senaman bagi merawat penyakit tersebut. Akhirnya ,beliau  berjaya sembuh daripada penyakitnya dan dapat meneruskan hidupnya sehingga usia 92 tahun.

Dr Forrest Shaklee pernah berkata, kemajuan dalam tahap kesihatannya adalah bukan suatu keajaiban separti mana yang diperkatakan oleh orang lain, akan tetapi  ianya mengambil masa dan ianya pasti. Pada seawalnya dia percaya bahawa kesihatan dan kesejahteraan mempunyai hubungkait dengan nutrisi pemakanan yang baik, persekitaran yang sihat dan senaman.

Ekoran daripada minatnya kepada dunia perubatan, Dr Shaklee telah melanjutkan pelajaran dalam bidang chiropractor. Semasa beliau ditanya akan alasan memilih perubatan chiropractor, berbanding menjadi seorang doctor perubatan, beliau berkata “ saya tidak memperkecilkan profesion sebagai seorang doctor perubatan, akan tetapi kami adalah dua bidang yang berlainan, Mereka dilatih untuk merawat penyakit, akan tetapi saya berminat untuk membina kesihatan”.

Dr Forrest Shaklee telah membuka klinik pertamanya di Rockwell City, Iowa pada tahun 1915 di mana beliau mempelajari merawati pesakit untuk kesihatan yang baik memerlukan sumber nutrisi yang baik , bukannya hanya merawat menggunakan ubat-ubatan sahaja.  Dia sentiasa bercakap kepada pesakitnya mengenai diet yang seimbang, yang mana ketika itu istilah diet adalah begitu asing buat mereka. Dr Shaklee juga telah mencipta diari nutrisi untuk mengikuti  perkembangan kesihatan pesakitnya.

Perciptaan Multivitamin yang pertama

Produk pertama yang dihasilkan olehya pada tahun 1915 diberi nama “ Vitalized Minerals” di mana beliau telah mengasingkan sebatian semulajadi daripada sayuran bagi mendapatkan nilai mineralnya. Seorang rakannya yang merupakan ahli biocehemist, Casimir Funk telah memanggil produknya sebagai “vitamins” yang mana ketika itulah perkataan vitamin pertama kali digunapakai

Penubuhan Shaklee Corporation

Dr Shaklee memulakan jualan formula makanan tambahan pada tahun 1924 di Iowa. Pada tahun 1956, beliau bercadang untuk memperkembangkan produk makanan tambahan nya ke serata Utara Amerika melalui suatu sistem yang dicipta olehnya iaitu pemasaran berangkai dengan bantuan kedua orang anaknya iaitu Forrest Jr. dan Raleigh Shaklee. Impiannya adalah berkongsi produknya kepada semua orang di dunia ini agar semuanya akan memperolehi kesihatan yang baik. Beliau juga menginginkan sebuah syarikat yang mampu memberikan tiga kebaikan kepada pengguna nya iaitu nilai kesihatan, kemewahan dan kegembiraan yang mana orang ramai boleh memperolehinya daripada Shaklee Corparation.

Dr Shaklee dan keluarganya mengasas perniagaannya bukannya  untuk mengaut keuntungan, tetapi ingin menolong orang untuk hidup lebih sihat .  Prinsip utama Dr Shaklee adalah produknya haruslah menjadi yang terbaik dan memenuhi kehendak sebenarnya dan bukan semata-mata secara luarannya.

Prinsip kedua, daripada pengalamannya bekerja secara seorang ke seorang pesakitnya membawa kepada konsep sales model. Beliau percaya komunikasi secara individu merupakan cara yang terbaik untuk menerangkan kelebihan aspek kesihatan. Dr Shaklee berkata “We teach some, and they teach other to teach other to teach other” . Mereka bercakap, orang mendengar dan memberitahu yang lain. Walaupun bukan nya memerlukan jurujual secara rasmi, tetapi maklumat dapat disebarkan dengan berkesan.

Inovasi Dr Shaklee tidak berakhir dengan nutrisi sahaja, bahkan dia mempraktikkan konsep” living with harmony with nature” dalam penjagaan rumah, memperkenalkan rangkain pencuci yang boleh dibiodegrasi sebelum kempen pemeliharaan alam sekitar di war-warkan di serata dunia.

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#promobestbulanini


Read More

Restu penting untuk kita berjaya

Jika nak buat sesuatu tak kisah apa yang kita nak buat. Tapi perkara penting yang kita perlu dapat adalah RESTU terutama dari orang yang terdekat dan tersayang ibu bapa atau suami.

Selalu kita dengar kan jika nak kawin mesti minta restu mak ayah. Barulah perkahwinan berkat dan bahagia.

Masa nak buat biz shaklee dulu mujur udah minta restu dari suami. Maklum lah hobi berniaga ni dah sebati dalam diri. Susah dah nk dikikis. Dari sekolah dah teman berniaga secara tak langsung. Minat. Bila suami dah restu lega rasa. Rezeki laki tak menghalang. Jangan lupa restu anak anak pun perlu tau. Sebab bila kita terlibat dengan online biz ni banyak juga perkara yang terlepas keperluan anak dan family. Selalu pesan dekat anak ibu buat biz shaklee. Uzma n izzah tolong doakan ye. Kadang ibu busy juge.

Lagi satu restu mak pak pun penting. Sebab doa ibu dan ayah ni. Tiada hijjab. ALLAH makbulkan. Kadang mak pak ni tak cakap pun dia resti. Tapi kita faham faham lah. Kalau dia udah hari2 mengorder vitamin dekat kita tu. Maksudnye dia restu lah tu. Senang hati.

Bila dah dapat restu. Rase nak melompattt dengan lebihhh tinggi dan tinggiiii lagi utk berjaya😎😎😎

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#fantastic


Read More

Selasa, 8 November 2016

Detox

https://www.dropbox.com/s/6ueq0m4qj0torpy/1468810775_ART03_Detox_the_Shaklee_Way_ENG_v3.pdf?dl=0
Read More

Bonus shaklee dapat bantu orang lain yang susah

Di zaman yang mencabar ini dengan harga semua naik tak turun-turun memang agak sensara bagi golongan yang rendah pendapatan. Golongan pertengahan pun terasa agaknya dengan keadaan ekonomi sekarang

Belum lagi yang kene buang kerja. Nak menyara hidup anak bersekolah, mencukupkan keperluan hidup keluarga. Semua nya perlu kan kewangan yang stabil.

Baru baru saya menerima message dari sorang kawan (nama dirahsiakan) yang perlukan bantuan kewangan. Terkedu dan sedih dengan keadaannya. Pampers anak hanya tinggal 3 keping, susu anak habis, suami diberhentikan kerja. Sedang mencari kerja baru. Hutang pun banyak tertunggak. Lama saya fikir. Allah hantar dia message saya sebenarnya untuk bantu dia. Mujur waktu tu ada lebihan bonus shaklee. Sebab gaji saya pun dah diperuntukkan untuk keperluan yang lain. Walaupun tak banyak saya bagi. Rupa nya dia ada juga mohon bantuan kawan yang lain. Kata nya ada yang tak reply. Yang tak dapat bantu kerana kekangan kewangan juga. Bantuan keluarga pun sudah diusahakan. Tapi yang lain pun ada keperluan yang perlu dipenuhi. Di akhir message saya pesan kepadanya banyakkan doa mathurat dhuha waqiah disamping berusaha moga dipermudahkan rezekinya sekeluarga.

Terkesan dengan kejadian tersebut. Sedikit sebanyak bersyukur juga terjebak dalam biz shaklee ni. At least bonus yang dapat boleh bantu orang lain. Boleh tampung keperluan. Boleh bayar hutang hutang. Boleh beli suplemen keluarga. Boleh reward diri. Target untuk diri sendiri. Syukur Allah hantar mereka mereka ini untuk saya buat pahala.

*sahabat, esok lusa agaknya ada ke duit nak makan 😭 (monolog sendiri). Ada yang nak membantu boleh juga ku panjangkan kepadanya..

Negara membangun pun masih ada yang susah😥

#tsunamishaklee
#fantastic7
#liveamazing
#shakleeeffect
#pengedarnegerisembilan
#promolecithinalfalfanutriferon


Read More

Isnin, 7 November 2016

10 wasiat imam hassan al banna yang patut dicontohi

Buku mutiara kata ni👇 memang sentiasa ada dalam handbeg saya.

Tapi yang paling saya tertarik dengan kata kata imam yang ulung Hassan al-Banna

Apa katanya "Jadi lah seperti pokok di saat orang membaling mu dengan batu, kau beri buah yang ranum"

Nak jadi seperti pokok bukan senang. Perlu mujahadah.

Semoga kita sama sama dapat realisasikan 10 wasiat Imam Hassan al Banna dalam kehidupan kita yang singkat ini. AMIN

Sedikit riwayat hidup nya:

Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna (Arab atau Jawi: حسن أحمد عبد الرحمن محمد البنا) atau ringkasnya Hassan al-Banna adalah pendakwah, reformis sosial dan politik Mesir dan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin.

Pada usia 12 tahun, beliau sudah menghafal al-Quran. Beliau menyertai kumpulan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di sekolah. Beliau rajin menghadiri majlis-majlis zikir pimpinan al-Ikhwan al-Hasafiyyah.

Pada usia 23 tahun, beliau menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Islamailiyyah pada Mac 1928. Hasil kegigihan beliau, gerakan dakwah beliau mendapat sambutan di Mesir dan di setiap pelusuk negara-negara Islam.

Pada tahun 12 Februari 1949 beliau meninggal dunia setelah ditembak mati oleh seorang pembunuh upahan arahan sulit kerajaan Mesir ketika itu. (Wikipedia)

Reformis yang agak ku kagumi dalam politik. Agak agak kat malaysia ni ada tak yang seperti Hassan al-Banna😅?

#tsunamishaklee
#fantastic7
#liveamazing
#promoalfalfanutriferonlecithin
#pengedarshakleenegerisembilan


Read More