Di zaman yang mencabar ini dengan harga semua naik tak turun-turun memang agak sensara bagi golongan yang rendah pendapatan. Golongan pertengahan pun terasa agaknya dengan keadaan ekonomi sekarang
Belum lagi yang kene buang kerja. Nak menyara hidup anak bersekolah, mencukupkan keperluan hidup keluarga. Semua nya perlu kan kewangan yang stabil.
Baru baru saya menerima message dari sorang kawan (nama dirahsiakan) yang perlukan bantuan kewangan. Terkedu dan sedih dengan keadaannya. Pampers anak hanya tinggal 3 keping, susu anak habis, suami diberhentikan kerja. Sedang mencari kerja baru. Hutang pun banyak tertunggak. Lama saya fikir. Allah hantar dia message saya sebenarnya untuk bantu dia. Mujur waktu tu ada lebihan bonus shaklee. Sebab gaji saya pun dah diperuntukkan untuk keperluan yang lain. Walaupun tak banyak saya bagi. Rupa nya dia ada juga mohon bantuan kawan yang lain. Kata nya ada yang tak reply. Yang tak dapat bantu kerana kekangan kewangan juga. Bantuan keluarga pun sudah diusahakan. Tapi yang lain pun ada keperluan yang perlu dipenuhi. Di akhir message saya pesan kepadanya banyakkan doa mathurat dhuha waqiah disamping berusaha moga dipermudahkan rezekinya sekeluarga.
Terkesan dengan kejadian tersebut. Sedikit sebanyak bersyukur juga terjebak dalam biz shaklee ni. At least bonus yang dapat boleh bantu orang lain. Boleh tampung keperluan. Boleh bayar hutang hutang. Boleh beli suplemen keluarga. Boleh reward diri. Target untuk diri sendiri. Syukur Allah hantar mereka mereka ini untuk saya buat pahala.
*sahabat, esok lusa agaknya ada ke duit nak makan 😭 (monolog sendiri). Ada yang nak membantu boleh juga ku panjangkan kepadanya..
Negara membangun pun masih ada yang susah😥
#tsunamishaklee
#fantastic7
#liveamazing
#shakleeeffect
#pengedarnegerisembilan
#promolecithinalfalfanutriferon
Selasa, 8 November 2016
Bonus shaklee dapat bantu orang lain yang susah
Posted by : www.suplementsaya.com
0 comments:
Catat Ulasan