Buku mutiara kata ni👇 memang sentiasa ada dalam handbeg saya.
Tapi yang paling saya tertarik dengan kata kata imam yang ulung Hassan al-Banna
Apa katanya "Jadi lah seperti pokok di saat orang membaling mu dengan batu, kau beri buah yang ranum"
Nak jadi seperti pokok bukan senang. Perlu mujahadah.
Semoga kita sama sama dapat realisasikan 10 wasiat Imam Hassan al Banna dalam kehidupan kita yang singkat ini. AMIN
Sedikit riwayat hidup nya:
Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna (Arab atau Jawi: حسن أحمد عبد الرحمن محمد البنا) atau ringkasnya Hassan al-Banna adalah pendakwah, reformis sosial dan politik Mesir dan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin.
Pada usia 12 tahun, beliau sudah menghafal al-Quran. Beliau menyertai kumpulan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di sekolah. Beliau rajin menghadiri majlis-majlis zikir pimpinan al-Ikhwan al-Hasafiyyah.
Pada usia 23 tahun, beliau menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Islamailiyyah pada Mac 1928. Hasil kegigihan beliau, gerakan dakwah beliau mendapat sambutan di Mesir dan di setiap pelusuk negara-negara Islam.
Pada tahun 12 Februari 1949 beliau meninggal dunia setelah ditembak mati oleh seorang pembunuh upahan arahan sulit kerajaan Mesir ketika itu. (Wikipedia)
Reformis yang agak ku kagumi dalam politik. Agak agak kat malaysia ni ada tak yang seperti Hassan al-Banna😅?
#tsunamishaklee
#fantastic7
#liveamazing
#promoalfalfanutriferonlecithin
#pengedarshakleenegerisembilan
Isnin, 7 November 2016
10 wasiat imam hassan al banna yang patut dicontohi
Posted by : www.suplementsaya.com
0 comments:
Catat Ulasan