Sabtu, 4 Oktober 2014

terkesan dengan program ibrah di ikim

Ya Allah.. semalam dengar program ibrah di ikim
ya Allah hebatnya kuasa mu. Menggigil dengar kisah kisah para sahabat yang hebat 3000 tahun dahulu, kisah nabi nabi Allah yang penuh dengan mukjizat. Allah kerdilnya diri ku yang kadang kadang alpa dan lupa dengan kekuasaan mu. Terima kasih ya Allah engkau masih mengingati hambamu ini untuk sentiasa sedar dari lena, dari hasutan syaitan, dari kealpaan. Biarlah diriku di reminder dari lupa dan hanyut dalam keduniaan yang penuh kepalsuan.

Allahuakbar, Allah maha besar
Read More

Jumaat, 3 Oktober 2014

Bawang putih atau garlic mengandungi 1001 khasiat di dalamnya, baik untuk penghadaman dan buang angin dalam badan

Garlic atau Bawang Putih 


Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besarbawang merahlik , dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalam perubatan dan masakan. Bawang putih seperti juga bawang merah dan bawang besar mempunyai daun dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang mebentuk satu rumpun bebawang.


Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan,TurkmeniaUzbekistan dan utara IranAfghanistan dan Pakistan. Ia dari tumbuhan liar yang kemudian dibuat pembiakbakaan tumbuhan sejak dulu kala.  (sumber wikipedia)



Ia merupakan tumbuhan unik yang mengandungi Allisin yang mempunya pelbagai manfaat. Bawang putih juga merupakan antibiotik semulajadi yang boleh mencegah pelbagai penyakit. Selalunya ia digunakan untuk melegakan batuk, deman, selesema dan membantu peredaran darah yang baik serta menyegarkan pernafasan.


Selain daripada itu garlic sangat baik untuk meningkatkan immune system badan yang mana membantu mengurangkan pertumbuhan tumor, membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, di samping itu ia bagus untuk jantung, mencantikkan kulit, menyuburkan rambut, mengecutkan jerawat batu serta dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular. 

Anda akan mendapat 1001 manfaat yang hebat daripada Garlic.

PETUA :

  • PANAU : belah dua seulas bawang putih, sapukan pada bahagian yang kena panau semasa mandi. Amalkan setiap hari
  • BATUK : bakar seulas bawang putih dgn kulitnya sekali. Lenyekkan bawang yang telah dibakar didalam beberapa titis minyak urut/ minyak zaitun/ minyak kelapa. Sapukan pada dada, belakang badan, sekitar leher dan tengkuk. Amalkan sehingga batuk reda
  • DEMAM/ SELSEMA : Kunyah 2 ulas bawang putih mentah. Minum banyak air masak. Amalkan setiap hari sehingga demam/ selsema reda
  • KEMBUNG PERUT : Bakar dua biji bawang putih. Makan begitu sahaja
  • MEMEKATKAN AIR MANI : Makan seulas bawang putih bakar setiap pagi semasa perut kosong. Amalkan selama 40 hari berturut-turut tanpa putus
  • SAKIT KEPALA : Hiris bawang putih nipis2. Tampal di dahi dan pelipis kiri kanan kepala. Ulang sehingga reda.










Read More

Khamis, 2 Oktober 2014

Cara atasi masalah sembelit kepada wanita mengandung dan kanak-kanak

SEMBELIT

Kesukaran membuang air besar atau lebih dikenali sebagai sembelit ini disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya kurang minum air dan pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu dan ubatan herba. Bagi masyarakat Melayu, ibu-ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit. 

Selain itu, kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan turut menjadi penyumbang kepada masalah sembelit. Alasannya, kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan ‘sejuk’. Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh. 
Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor: 

Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
  • Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil. 
  • Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut. Untuk mengatasi masalah ini, cubalah cara-cara ini: 
  • Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang. 
  • Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan. 
  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar. 
  • Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa, kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean. 







Read More

Rabu, 1 Oktober 2014

Harga minyak naik lagi ron 95 dan 97. inilah push factor saya untuk meneruskan business shaklee

Hari ini dapat berita harga minyak naik lagi ron 95 dan 97 dalam whatsapp group shaklee ku.See....memang ku dah jangka dari dulu.Ramai yang geram kenapalah minyak naik, gaji tak naik naik jugak, pening kepala, menyesal tak sempat isi minyak, macam macam perasaan kan, pas ni kita fikir pulak, harga barang pun confirm naik, segalanya naik. Saya malas nak campur politik yang penting saya akan mengundi setiap kali mengundi.


Cuma disini saya nak highlight, apa usaha kita nak mendepani inflasi ini, tak kan nak makan gaji selama lamanya, tak cukup, ye rezeki memang dari Allah. Tapi apa usaha kita???

Nak harapkan gaji walaupun saya cikgu tak cukup, cukup cukup makan je pun, nak bayar api air, rumah, taska anak, tadika, sekolah, pengasuh anak lagi, barang dapur, kereta, anak sakit, nak bagi mak ayah lagi, bil telefon, insurans macam macam lagi Saya pasti ramai yang nak buat terbaik untuk keluarga sendiri.

Jadi, mulalah sebelum parah, mulalah sebelum terlambat. Kenapa saya highlight kan business shaklee. Sebab 9/10 rezeki adalah dari bidang perniagaan. Ini tidak dapat diragukan lagi. Bagi saya tak kisah anda nak buat business apa tapi pastikan duit anda beranak dan beranak bukan berkurang.

Alhamdulillah dengan izin Allah bonus shaklee banyak membantu saya ditengah bulan. Syukur sangat sangat. Jadi jika anda terkesan dengan coretan saya dan berkobar nak bantu keluarga anda Jom daftar ahli dan mulakan business shaklee ini dengan penuh kesabaran dan kekentalan. Ingat mula sebelum terlambat...

Roger roger saya untuk pendaftaran dan segala bantuan yang diperlukan..

Love
aini
usahawan muslimah (amin)
Read More

Ahad, 28 September 2014

Resepi cupcake yang paling mudah, senang, berkhasiat serta sedap dan lembut untuk ibu ibu yang sibuk

Salam ceria semua 

Kadang kadang kita ibu-ibu ni sibuk nak uruskan macam-macam kerja rumah, busy kat ofis, nak mengemas, nak memasak lagi macam-macam kan? dulu saya pun macam tu, kadang-kadang anak-anak request nak kek lah roti lah, tapi tak sempat nak buat sendiri, asyik nak beli je, tetiba suatu hari terfikir kenapa la asyik nak beli je, padahal oven sume ada kat rumah, so saya ambil satu keputusan untuk meninggalkan satu kenangan yang hebat untuk anak-anak saya. So bersama diorang saya cuba buat cupcake ni, nanti anak-anak dah besar idaklah depa ni jakun sangat sebab ibu depa pandai buat cupcakes hihi.

Kenangan terhebat ialah bila anak-anak cakap" ibu ibu sedap lah cupcake ibu" hahah..bestkan...

RESEPI CUPCAKE LEMBUT DAN GEBUS DENGAN CREAM BUTTERSCOTH

BAHAN-BAHAN NYA

BAHAN A

200g tepung superfine
150g gula kastor (saya buat kurangkan kadang 130g sebab tak suka manis sangat, kalo kome nak manis upkan jadi 180g pun ok)
110 minyak jagung (saya tak suka guna minyak masak)
100ml susu segar (kalo xde susu segar boleh guna susu cair, kadang kalo tak cukup susu cair saya mix sikit je dengan tepung susu)
20g ovallet
6 bji telur  sederhana (dari peti ais)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila

BAHAN B (TOPING CUPCAKE)

150g fresh cream( jenama vivo paling sedap bagi saya) 


BAHAN C (TOPING CUPCAKE)

150g brown sugar (bukan gula merah ye) 
150g whipping cream (kalo xde guna susu cair, tapi saya suka mix kan susu cair dengan whipping cream)
secubit garam
1/2 sudu kecil perisa vanila
25g butter
sedikit air untuk mencairkan brown sugar

Cara membuatnya

Putar semua bahan kecuali sus dan minyak selama 5 minit kelajuan maksima hingga adunan menjadi gebus, putih dan kembang. kemudian barulah masuk susu pukul lagi 5 minit kasi kembang. then masuk minyak perlahan-lahan kacau slow hingga sebati. SIAP!!!! 
Sambil putar sambil selawat dan baca laisalahamindulillahikasyifah... jangan lupe ni...

Masukkan adunan di dalam cupcake anda. Jangan lupe sebelum tu panaskan oven tau suhu 180 -200 selama 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing tau. Saya punye oven butterfly ni suhunya.

Sambil menunggu cupcakes masak

Cairkan butter, masukkan brown sugar dan sedikit air, kacau sampai berbuih, api slow tau, then masuk kan whipping cream, secubit garam dan perisa vanila, kacau perlahan sampai buih-buih dan pekat dan matikan api tunggu hingga sejuk

Sambil-sambil jenguk cupcakes kita terus pukul fresh cream dengan kelajuan maksima hingga kental (pukul hingga bila angkat fresh cream ni sampai tak jatuh) tapi ingat jangan terlebih pukul, jika terlebih nati jadi cair, tapi still boleh guna cuma teksturenya tak best lah. Sambil -sambil selawat ke atas nabi lagi.

Selepas siap semuanya cupcakes dah sejuk amik fresh cream letak kat atas permukaan kek then amik cream butterscoth letak atas fresh cream tadi. amik lidi buat lah corak apa-apa pun atas cupcakes tu..
Alhamdulillah saya siap buat cupcakes ni dalam 1 jam 15 minit je....percayalah hihi...

Then ready untuk makan!!!!


tu dia....merekah....


taraa....siap!! hasilnya....



ni gambo dalam oven






Read More