Ahad, 28 September 2014

Resepi cupcake yang paling mudah, senang, berkhasiat serta sedap dan lembut untuk ibu ibu yang sibuk

Salam ceria semua 

Kadang kadang kita ibu-ibu ni sibuk nak uruskan macam-macam kerja rumah, busy kat ofis, nak mengemas, nak memasak lagi macam-macam kan? dulu saya pun macam tu, kadang-kadang anak-anak request nak kek lah roti lah, tapi tak sempat nak buat sendiri, asyik nak beli je, tetiba suatu hari terfikir kenapa la asyik nak beli je, padahal oven sume ada kat rumah, so saya ambil satu keputusan untuk meninggalkan satu kenangan yang hebat untuk anak-anak saya. So bersama diorang saya cuba buat cupcake ni, nanti anak-anak dah besar idaklah depa ni jakun sangat sebab ibu depa pandai buat cupcakes hihi.

Kenangan terhebat ialah bila anak-anak cakap" ibu ibu sedap lah cupcake ibu" hahah..bestkan...

RESEPI CUPCAKE LEMBUT DAN GEBUS DENGAN CREAM BUTTERSCOTH

BAHAN-BAHAN NYA

BAHAN A

200g tepung superfine
150g gula kastor (saya buat kurangkan kadang 130g sebab tak suka manis sangat, kalo kome nak manis upkan jadi 180g pun ok)
110 minyak jagung (saya tak suka guna minyak masak)
100ml susu segar (kalo xde susu segar boleh guna susu cair, kadang kalo tak cukup susu cair saya mix sikit je dengan tepung susu)
20g ovallet
6 bji telur  sederhana (dari peti ais)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila

BAHAN B (TOPING CUPCAKE)

150g fresh cream( jenama vivo paling sedap bagi saya) 


BAHAN C (TOPING CUPCAKE)

150g brown sugar (bukan gula merah ye) 
150g whipping cream (kalo xde guna susu cair, tapi saya suka mix kan susu cair dengan whipping cream)
secubit garam
1/2 sudu kecil perisa vanila
25g butter
sedikit air untuk mencairkan brown sugar

Cara membuatnya

Putar semua bahan kecuali sus dan minyak selama 5 minit kelajuan maksima hingga adunan menjadi gebus, putih dan kembang. kemudian barulah masuk susu pukul lagi 5 minit kasi kembang. then masuk minyak perlahan-lahan kacau slow hingga sebati. SIAP!!!! 
Sambil putar sambil selawat dan baca laisalahamindulillahikasyifah... jangan lupe ni...

Masukkan adunan di dalam cupcake anda. Jangan lupe sebelum tu panaskan oven tau suhu 180 -200 selama 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing tau. Saya punye oven butterfly ni suhunya.

Sambil menunggu cupcakes masak

Cairkan butter, masukkan brown sugar dan sedikit air, kacau sampai berbuih, api slow tau, then masuk kan whipping cream, secubit garam dan perisa vanila, kacau perlahan sampai buih-buih dan pekat dan matikan api tunggu hingga sejuk

Sambil-sambil jenguk cupcakes kita terus pukul fresh cream dengan kelajuan maksima hingga kental (pukul hingga bila angkat fresh cream ni sampai tak jatuh) tapi ingat jangan terlebih pukul, jika terlebih nati jadi cair, tapi still boleh guna cuma teksturenya tak best lah. Sambil -sambil selawat ke atas nabi lagi.

Selepas siap semuanya cupcakes dah sejuk amik fresh cream letak kat atas permukaan kek then amik cream butterscoth letak atas fresh cream tadi. amik lidi buat lah corak apa-apa pun atas cupcakes tu..
Alhamdulillah saya siap buat cupcakes ni dalam 1 jam 15 minit je....percayalah hihi...

Then ready untuk makan!!!!


tu dia....merekah....


taraa....siap!! hasilnya....



ni gambo dalam oven






Read More

Khamis, 25 September 2014

tapak tangan atau kulit sensitif : pencuci pinggan, sabun basuh kain dan softener serta Basic H yang penting free from chemical

Kulit yang sensitif sering mempunyai masalah dalam menggunakan sabun-sabun tertentu. Ada setengah orang ALAH pada sabun cuci pinggan (hand dish), sabun basuh (laundry ) dan banyak lagi.

Disini cadangan produk yang baik untuk mereka yang mempunyai kulit tangan yang sensitif.

GET CLEAN HOUSEHOLD (BASIC H)
GET CLEAN LAUNDRY
GET CLEAN KITCHEN (HAND DISH)
GET CLEAN WATER (PENAPIS AIR)

sifat-sifat product shaklee



Nontoxic
*Hypoallergenic
*Natural
*No phosphates
*Biodegradable surfactants


Dapatkan dari saya SID Aini 0136288543



Read More

Info berguna untuk masalah Gigi Sensitif (gigi ngilu)

Salam Ceria

Hari ni entry saya tentang gigi sensitif dan ngilu, kerana saya salah seorang yang mengalaminya. Apabila mengalami masalah ini, memang sangat tak best sebab ia mengganggu emosi kita terutamanya, malah kita terpaksa berkira-kira untuk makan sesuatu. Apabila kita makan benda yang manis dan minum minuman yang berais orang yang mempunyai gigi sensitif akan berasa tidak selesa. So, disini saya berikan sedikit info untuk anda yang mengalami masalah gigi sensitif dan ngilu. Jom layannn.....

Apakah yang dimaksudkan dengan gigi sensitif:

Gigi sensitif ialah rasa ketidakselesaan atau sakit pada gigi. Gigi sensitif berlaku apabila lapisan luar yang melindungi gigi, iaitu enamel atau cementum terhakis hingga menyebabkan pendedahan lapisan dentin. Dentin terdiri daripada lubang-lubang kecil yang dipanggil tubul. Di hujung tubul-tubul ini terkandung cabang saraf yang berasal dari pulpa gigi (pusat saraf gigi). Apabila lapisan dentin yang terdedah ini bersentuh dengan sesuatu yang sejuk contohnya, cabang saraf di dalam gigi akan distimulasikan dan ini menyebabkan kesakitan gigi sensitif.
Rasa ngilu atau sakit dirasakan apabila lapisan dalam gigi iaitu lapisan dentin atau gusi yang menyusut terdedah kepada:
  • Pengambilan makanan atau minuman panas, sejuk, manis atau masam.
  • Memberus gigi.
  • Bernafas melalui mulut.


Pendedahan akar gigi merupakan salah satu manifestasi/gejala penyakit gusi yang boleh menyebabkan gigi sensitif.
Gigi sensitif juga boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
  • Memberus gigi terlalu kuat dengan teknik yang salah sehingga mencederakan gusi dan mendedahkan akar gigi. Memberus gigi dengan cara mendatar boleh mengakibatkan kengiluan gigi.
  • Penyakit gusi, iaitu penyakit yang menyerang gusi dan tulang yang menyokong gigi juga boleh menyebabkan gigi sensitif.  Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyusutan struktur tulang dan gusi seterusnya menyebabkan pendedahan akar gigi.
  • Pendedahan lapisan dentin yang disebabkan oleh kehausan permukaan gigi yang berlaku secara aktif.
  • Mengetap dan mengasah gigi boleh menghakis lapisan enamel dan mendedahkan lapisan dentin
  • Memakan makanan dan minuman yang berasid dengan kerap, seperti buah-buahan dan jus yang masam, serta minuman bergas yang boleh menyebabkan hakisan lapisan permukaan gigi.
  • Gigi berlubang yang tidak dirawat
  • Tampalan lama pada gigi yang telah retak atau renggang.
  • Pembedahan gusi yang mendedahkan akar gigi. Proses pemutihan gigi juga boleh menyebabkan gigi sensitif.
Rawatan untuk gigi sensitif
  • Gunakan ubat gigi khusus untuk gigi sensitif. Ubat gigi ini mengandungi bahan-bahan yang menyekat sensasi yang datang dari permukaan gigi ke saraf gigi. Kebiasaannya, ia memerlukan beberapa kali sapuan untuk berkesan. Sapukan selapisan nipis ubat gigi ke permukaan akar gigi yang terdedah dan usapkan dengan jari. Kandungan garam potassium, kalsium posfat, garam strontium dan fluorida yang terdapat di dalam ubat gigi ini berkesan dalam menolong mencegah dan melindungi gigi dari kesakitan gigi sensitif.


Contoh ubat gigi khusus untuk gigi sensitif yang berada di pasaran
  • Berjumpa doktor gigi anda. Rawatan yang diberikan bergantung kepada punca gigi sensitif. Agen penyah-sensitif atau jel fluorida mungkin akan disapukan ke kawasan gigi yang terlibat. Sesetengah doktor gigi pula menggunakan agen pelekat dan varnish. Tampalan juga boleh dilakukan pada kawasan akar gigi terdedah yang mengalami gigi sensitif. Jika gigi telah pecah atau berlubang besar, tampalan dan seterusnya rawatan korona mungkin perlu dijalankan. Untuk mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh mengetap dan mengasah gigi, doktor gigi akan membuat pelindung gigi daripada bahan yang kelihatan seperti plastik yang perlu dipakai semasa tidur. Gigi yang telah pecah dan retak mungkin perlu rawatan kanal akar dan seterusnya direstorasikan dengan korona.
Bagaimana mengelakkan gigi sensitif:
  • Kekalkan amalan kebersihan mulut dan gigi yang baik
  • . Bersihkan kesemua bahagian gigi  dengan teknik memberus dan memflos gigi yang betul.
  • Elakkan cara memberus secara mendatar
  •  kerana ini akan menyebabkan susutan gusi dan kengiluan gigi
  • Gunakan berus gigi berbulu lembut
  • . Berus secara perlahan dan berhati-hati di sekeliling gusi untuk mengelakkan penghakisan permukaan gigi dan mengelakkan kecederaan gusi.
  • Gunakan ubat gigi berfluorida
  • . Penggunaan ubat gigi berfluorida bersama ubat kumur setiap hari dapat melindungi gigi anda kerana fluorida menolong menguatkan lapisan enamel.
  • Awasi pemakanan anda. Kurangkan atau elakkan makanan dan minuman yang berasid seperti limau dan minuman bergas yang boleh melarutkan lapisan enamel gigi dan menyebabkan pendedahan lapisan dentin. Ia juga boleh menambahkan rasa sensitif dan memulakan reaksi kesakitan. Kumur dengan air biasa selepas mengambil makanan dan minuman berasid. Elakkan memberus gigi sekurang-kurangnya 30 minit selepas mengambil makanan dan minuman berasid. Ini adalah untuk mengurangkan kesan buruk akibat daripada gabungan asid dan lelasan gigi semasa memberus gigi.
  • Rawat tabiat mengasah gigi. Jika anda mengetap atau mengasah gigi, gunakan pelindung gigi semasa tidur.
  • Berjumpa doktor gigi pada kala yang tetap. Dapatkan pemeriksaan gigi, pembersihan gigi, cara-cara menjaga gigi dan rawatan fluorida daripada doktor gigi anda setiap 6 bulan.
Semakan Akhir:20 April 2012
Penulis:Dr. Fauziah bt. Ahmad
Penyemak:Dr. Uma Subramaniam

Read More

Selasa, 23 September 2014

Masalah Keputihan Wanita Punca dan Kesan serta Cara Mengatsinya

KEPUTIHAN WANITA


Saya tertarik dengan kupasan dari Dr Zubaidi tentang keputihan wanita


http://drzubaidi.com/blog/masalah-keputihan-normal-atau-tidak/



Types of Abnormal Discharge and Their Possible Causes

Type of DischargeWhat It Might MeanOther Symptoms
Bloody or brownIrregular menstrual cycles, or less often, cervical or endometrial cancerAbnormal vaginal bleeding, pelvic pain
Cloudy or yellowGonorrheaBleeding between periods, urinary incontinence
Frothy, yellow or greenish with a bad smellTrichomoniasisPain and itching while urinating
PinkShedding of the uterine lining after childbirth (lochia)
Thick, white, cheesyYeast infectionSwelling and pain around the vulva, itching, painful sexual intercourse
White, gray, or yellow with fishy odorBacterial vaginosisItching or burning, redness and swelling of the vagina or vulva



Here are some tips for preventing vaginal infections that can lead to abnormal discharge:
  • Keep the vagina clean by washing regularly with a gentle, mild soap and warm water.
  • Never use scented soaps and feminine products or douche. Also avoid feminine sprays and bubble baths.
  • After going to the bathroom, always wipe from front to back to prevent bacteria from getting into the vagina and causing an infection.
  • Wear 100% cotton underpants, and avoid overly tight clothing.





Read More

masalah gigi ngilu adalah termasuk dalam gigi sensitif

SEBUT saja mengenai makanan, pasti banyak yang bermain di fikiran sama ada aiskrim, ais kacang, cendol, kari ayam, daging, laksa, kopi, bubur cha-cha ataupun tomyam.


Namakan apa saja jenis hidangan, ramai yang tidak dapat menahan diri daripada menikmatinya, namun bagi mereka yang mengalami masalah gigi sensitif, setiap hidangan terbabit pasti memberikan satu pengalaman menyakitkan. 


Gigi sensitif adalah ketidakselesaan pada gigi disebabkan makanan dan minuman panas, sejuk, manis atau masam ataupun hanya setakat menikmati udara sejuk. 


Rasa sakit yang dialami biasa­nya tajam dan mendadak serta boleh menusuk hingga ke hujung saraf gigi walaupun kesakitan yang dialami hanyalah untuk beberapa saat saja tetapi amat menyeksakan.
Keadaan ini berlaku apabila dentin iaitu lapisan tengah gigi terdedah, kebiasaannya dentin disaluti lapisan enamel di atas gusi dan simentum di bawah gusi.


Dentin mempunyai lubang kecil dipanggil tubul dan dalam setiap tubul pula memiliki cabang saraf berasal daripada pulpa gigi ataupun pusat saraf gigi.
Apabila dentin terdedah, keadaan suhu dan tekanan terlalu tinggi atau terlalu rendah yang berlaku pada bahagian berkenaan boleh menjejas cabang saraf ini. 


sumber Metro

Tips atasi gigi ngilu dan sensitif:

1. Elakkan makan makanan yang manis, sejuk, terlalu panas yang boleh menyebabkan gigi ngilu

2. Memberus gigi dengan berus gigi yang lembut 

3. sentiasa menjaga kebersihan gigi

4. Mengambil kalsium untuk menguatkan gigi




Read More