Isnin, 21 Mei 2018

Anda tidak terkecuali daripada diserang kanser mulut, jika ada tanda tanda ini.

Kanser mulut

Kanser mulut adalah satu keadaan di mana sel-sel dari tisu bahagian mulut tumbuh secara tidak normal. Bahagian yang terlibat mungkin mengalami kelainan seperti bengkak, ulser dan perubahan warna

Tanda-tanda awal kanser mulut

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda ini berjumlah segera doktor untuk rawatan segera

1. Ulser di dalam mulut tidak sembuh selepas dua minggu
2. Tompok putih di mulkosa pipi
3. Ulser di bibir yang lambat sembuh
4. Benjolan/bengkak di leher
5. Tompok merah di lidah
6. Lesi di muka
7. Tompok putih di bawah lidah
8. Kebas apada bibir, dagu atau pipi
9. Bengkak pada lelangit, rahang atas atau bawah
10. Pendarahan pada mulut berlaku secara tiba-tiba
11. Kesakitan atau susah menelan

Elakkan tabiat berikut:

1. Merokok (rokok, shisha, cerut dan sebagainya)
2. Kunyahan sireh yang mengandungi tembakau, gambir, kapur
3. Alkohol berlebihan

Amalkan pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang sihat

1. Periksa mulut sendiri dari semasa ke semasa
2. Jaga kebersihan mulut dan gigi (jumpa doktor gigi secara berkala)
3. Jaga pemakanan dan lebihkan sayuran dan buahan

Sumber: Bahagian kesihatan pergigian





Read More

Jumaat, 11 Mei 2018

Tambah dua nutrien ini untuk menyokong kesihatan jantung polifenol dan fitosterol

Nutrien Untuk Jantung Sihat

Tingkatkan Kesihatan Jantung Anda Setiap hari, jantung bekerja keras untuk memastikan setiap sel dalam tubuh anda menerima nutrien penting untuk fungsi yang optimum. Cintai jantung anda dengan memberikannya nutrien yang tepat - Koenzim Q10 (CoQ10) dan asid lemak omega-3.


Koenzim Q10

Memberi Tenaga dan Menguatkan Otot Jantung Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung 1,2 dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.

Meningkatkan Peredaran Darah Bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri3,4 meningkatkan peredaran darah membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.

Mengoptimumkan Denyutan Jantung Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung. Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung.5,6 Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.

Statins Mengurangkan Tahap CoQ10 Anda! Statin, ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol, mengurangkan penghasilan semulajadi CoQ10 dalam badan sebanyak 40%! Ambil suplemen CoQ10 sekarang untuk jantung yang kuat dan sihat!


Asid Lemak Omega-3

Menyokong Kesihatan Saluran Darah Terkenal dengan manfaat anti-keradangan, asid lemak omega-3 adalah penting dalam mencegah pembentukan plak dalam saluran darah anda, mengurangkan risiko anda mengalami penyempitan saluran darah, yang boleh menyebabkan anda berisiko mengalami penyakit jantung.

Menyokong Tekanan Darah Sihat Pelbagai kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 membantu mengurangkan tahap trigliserida (lemak dalam darah) dan mengawal tekanan darah ke tahap yang sihat.

Tambah dua nutrien ini untuk menyokong kesihatan jantung.

#Polifenol untuk pengaliran darah yang sihat ++ Fitosterol untuk paras kolesterol yang sihat



Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih? wassap segera




Read More

Jumaat, 4 Mei 2018

Cara untuk anak dan keluarga anda kekal cergas serta bertenaga ketika berpuasa

Jom hadiahkan produk kesihatan kepada ibu dan ayah kita! Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. Semoga ia dapat membantu ibu dan ayah serta keluarga kita menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan indah.

Bekalkan dan sediakan keperluan nutrien yang lengkap kepada anak kita yang pertama kali berpuasa!
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk mereka.

Dapatkan 3 produk promosi sepanjang Mei ini!

1) Performance® Natural Orange 

Kekal terhidrat sepanjang hari, dengan elektrolit penting untuk memastikan kita terhidrat sepanjang Ramadan dengan OPTI-LYTE™, gabungan campuran formulasi proprietari dan campuran unik karbohidrat yang membantu:

• Menambah elektrolit.
• Membolehkan badannya menghasilkan tenaga segera serta tenaga kekal agar dia aktif.

2) Meal Shakes French Vanilla 

Rasa Kenyang Dengan Khasiat Yang Penting Pastikan anda mempunyai nutrisi yang diperlukan sebagai persediaan berpuasa. Lengkap dengan serat makanan, asid amino, kalsium dan zink, minuman berkhasiat ini mengandungi:

• Protein untuk membina dan memperbaiki tisu badan.
• Kalsium untuk membantu perkembangan tulang yang kuat.
• Vitamin dan mineral penting lain untuk fungsi tubuh yang optimum.

Cara pengambilan

-1 gelas sahur untuk meningkatkan rasa kenyang dan bertahan lama.
-1 gelas iftar untuk melegakan perut selepas seharian berpuasa dan mencegah daripada makan terlalu banyak.


3) Cinch® Vanilla Shake Mix 

Jaga Berat Badan Ketika Puasa Bagi sesetengah orang, Ramadan adalah masa terbaik untuk mengurangkan berat badan. Bantu keluarga anda untuk mengurangkan berat badan atau mengekalkan berat idealnya dengan Cinch®.

Kaya dengan protein dan kalsium, ia mengandungi:

• 6g serat dalam setiap hidangan untuk meningkatkan rasa kenyang lebih lama.
• Leucine untuk mengekalkan otot-otot tanpa lemak bagi mencapai berat badan yang lebih sihat.




Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih? wassap segera

Read More

Selasa, 1 Mei 2018

Puasa kali pertama? pastikan sahur dan iftar anak anda lebih bertenaga dan sihat

Puasa untuk Kali Pertama? 

Adalah biasa untuk 2 hingga 3 hari pertama merupakan masa yang amat sukar bagi kanak-kanak yang cuba berpuasa buat kali pertama. Dari perspektif nutrisi, berikut adalah beberapa idea untuk ibu bapa bantu memudahkan perjalanan berpuasa mereka:

SAHUR 

Berikan anak anda permulaan hari yang baik dengan:

• Pemakanan bertenaga tinggi. Susu dan telur adalah penggalak tenaga yang hebat.
• Segelas Meal Shakes yang lazat serta mengandungi vitamin dan mineral bagi memastikan anak-anak anda kenyang lebih lama.
• Minuman yang sihat bagi memastikan mereka terhidrasi sepanjang hari dan kurangkan rasa dahaga dengan Performance® dengan rasa oren yang enak.
• Sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber serat yang penting.

 IFTAR 

Galakkan pemakanan yang sihat:

• Kurma dan air – cara mudah untuk berbuka puasa.
• Sup buatan sendiri dan stew kaya dengan mineral dan garam.
• Segelas Meal Shakes untuk melegakan perut selepas seharian berpuasa dan menghalang anak anda dari terlebih makan.


Menjalani Puasa dengan lebih mudah! 

√ Sumber yang baik untuk serat, protein, kalsium dan zink untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
√ Membantu mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama.
√ Sempurna untuk kanak-kanak dan remaja yang aktif.
√ Rasa yang sedap apabila ditambah ke dalam shakes, sup berkrim dan ais krim!
√ Ibu dan ayah juga akan menyukainya.







Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih? wassap segera






Read More

Khamis, 26 April 2018

Tanda-tanda bahaya yang anda perlu bawa anak anda berjumpa dengan doktor atau terus ke hospital

Sekiranya anak anda berumur kurang dari 5 tahun, dan mengalami tanda-tanda ini, anda perlu berjumpa dengan doktor atau terus ke hospital

Di antara tanda tersebut ialah:

1. Demam berpanjangan yang mana melebihi tiga hari berturut-turut

2. Anak anda mengalami muntah yang berterusan

3. Anak anda tidak mahu menyusu atau minum langsung

4. Batuk kuat dan sukar untuk bernafas

5. Anak anda mengalami sawan

6. Cirit-birit dengan najis berdarah

7. Air kencing sedikit




Happy sharing ;]



Read More