Memaparkan catatan dengan label kanser mulut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kanser mulut. Papar semua catatan

Isnin, 21 Mei 2018

Anda tidak terkecuali daripada diserang kanser mulut, jika ada tanda tanda ini.

Kanser mulut

Kanser mulut adalah satu keadaan di mana sel-sel dari tisu bahagian mulut tumbuh secara tidak normal. Bahagian yang terlibat mungkin mengalami kelainan seperti bengkak, ulser dan perubahan warna

Tanda-tanda awal kanser mulut

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda ini berjumlah segera doktor untuk rawatan segera

1. Ulser di dalam mulut tidak sembuh selepas dua minggu
2. Tompok putih di mulkosa pipi
3. Ulser di bibir yang lambat sembuh
4. Benjolan/bengkak di leher
5. Tompok merah di lidah
6. Lesi di muka
7. Tompok putih di bawah lidah
8. Kebas apada bibir, dagu atau pipi
9. Bengkak pada lelangit, rahang atas atau bawah
10. Pendarahan pada mulut berlaku secara tiba-tiba
11. Kesakitan atau susah menelan

Elakkan tabiat berikut:

1. Merokok (rokok, shisha, cerut dan sebagainya)
2. Kunyahan sireh yang mengandungi tembakau, gambir, kapur
3. Alkohol berlebihan

Amalkan pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang sihat

1. Periksa mulut sendiri dari semasa ke semasa
2. Jaga kebersihan mulut dan gigi (jumpa doktor gigi secara berkala)
3. Jaga pemakanan dan lebihkan sayuran dan buahan

Sumber: Bahagian kesihatan pergigian





Read More