Jumaat, 31 Julai 2015

Pengambilan anak angkat dalam Islam: Hukum dan harta yang diwarisi

Anak Angkat

Maksud anak angkat:

Iaitu anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya.

Hukum 

Diharuskan dalam Islam

Hasil carian imej untuk anak angkat


tetapi, ISLAM MENGHARAMKAN MEMBERIKAN KETURUNAN ANAK ANGKAT KEPADA BAPA ANGKAT UNTUK MEMELIHARA NASAB KELUARGA DARI BERCAMPUR ADUK

Batas aurat

Hubungan sebagai ajnabi dengan keluarga angkat, batas pergaulan wajib dijaga

Pembahagian Harta


  • Anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkatnya dan sebaliknya.
  • Hanya boleh terima hibah, hadiah dan wasiat tidak lebih satu pertiga.

Kebaikan mengambil anak angkat


  • Dapat memberi peluang pasangan yang tiada anak memiliki anak
  • Dapat menceriakan rumahtangga yang sunyi kerana tiada anak
  • Dapat membela anak-anak yang ibu bapanya miskin
  • Dapat pahala kerana membantu mereka yang hidup susah

Hasil carian imej untuk anak angkat





Read More

Aqiqah menurut Islam: Panduan kepada ibu bapa yang ingin melaksanakan Aqiqah untuk anak anda

Aqiqah

Penyembelihan binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

Daripada Samrah bin Jundub meriwayatkan daripada Nabi S.A.W. katanya, setiap anak menjadi gadaian sehingga disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh kelahirannya dicukur rambut dan diberi nama.
( Riwayat Abu Daud )

Hukum melaksanakan ibadat Aqiqah:

SUNAT MUAKAD, Rasulullah melakukan aqiqah, begitu juga para sahabat baginda

Daging Aqiqah: 

  • Tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin.
  • Sunat daging dimasak manis dan dibuat jamuan kepada orang ramai
  • Sunat agar tidak dipatah-patahkan tulang binatang yang dibuat aqiqah

Perkara sunat Aqiqah

  • Berdoa ketika hendak menyembelih
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik
  • Daging masak manis dan dijamu
  • Tidak mematahkan tulang binatang
  • Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
  • Dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran

Kelebihan melaksanakan Aqiqah

  • Tanda bersukur kepada Allah di atas  kurniaan anak.
  • Menghebahkan kepada orang ramai tentang anugerah anak
  • Mengeratkan silaturrahim antara keluarga bayi dengan jiran
  • Menggalakkan amalan bersedekah
  • Mendedahkan bayi dengan penghayatan Islam semenjak kecil

Hasil carian imej untuk Aqiqah
Syarat binatang Aqiqah

Hasil carian imej untuk Aqiqah


Read More

Healing crisis adalah proses penyembuhan

HEALING CRISIS


Kepada yang pernah menggunakan produk shaklee jangan risau jika perkara ini terjadi kepada anda, kerana ia sebahagian proses penyembuhan


Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (contoh: Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab
  • Sakit kepala yang melampau tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
  • Demam, tidak cukup rehat, meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
  • Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus
  • Najis berbau, air kencing berbau petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan, bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
  • Kembung perut sistem penghadaman yang lemah
  • Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
  • Penghasilan lendir seperti selsema, kahak fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak, juga adalah petanda bagi menyahtoksin
  • Pendarahan hidung mungkin petanda bagi kekurangan darah
  • Rasa sakit pada otot dan sendi badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
  • Peningkatan rasa sakit di sebahagian mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah
  • Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif sistem saraf yang lemah
  • Kitaran haid yang tidak menentu, hormon yang tidak seimbang/penyakit buasir, perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak
  • Lapar, pening tekanan darah rendah, anemia
  • Loya, sembelit, tersedu sistem hadaman yang lemah, masalah hati
  • Edema (membengkak) masalah buah pinggang
Sometimes, diorang yang dah terlalu makan banyak drugs, contoh panadol, orang ni yang paling cepat dapat healing crisis, nanti akan ada masa supplement kite nak singkirkan semua toksin dan drugs yang dah ade dalam badan tu, sampai demam, especially orang yang ade migrain, sikit-sikit makan panadol

Yang ni berpotensi besar akan ada healing crisis

YANG SELEBIHNYA BOLEH RUJUK DALAM BUKU NUTRISI, SAPE BERMINAT BOLEH BELI DARI SAYA

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity
Read More

Khamis, 30 Julai 2015

Shisha, vape, rokok: Hukum Menghisap shisha menurut pandangan Syarak

Al kisah semalam pelajar saya bertanya tentang hukum menghisap shisha, kemudian bila dah berbincang ini, terus la masuk bab menghisap rokok dan vape yang sekarang ini sedang hot sangat. So saya search di FATWA Malaysia untuk dalil dan bukti pengharaman shisha.

Fatwa Malaysia

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.

Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji, berdasarkan nas-nas berikut:

Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :


“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.


Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157;


“Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.


Sabda Rasulullah s.a.w :


“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”.
(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

Hasil carian imej untuk shisha


Kaedah Usul Fiqh:

سد الذريعة - iaitu
“Menutup pintu kerosakkan”

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح – iaitu
“menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.



Ingin berhenti dan berazam untuk berhenti merokok tapi tidak tahu alternatif atau cara nya, boleh mendapatkan maklumat dan info dari saya.

Semoga kita sama-sama tidak mencampakkan diri kita di dalam kebinasaan.

Semoga bermanfaat

Hasil carian imej untuk vape

Agak-agak hukum menghisap vape apa?

Read More

Rabu, 29 Julai 2015

Cara mengira waktu subur bagi wanita yang ingin hamil

Cara mengira waktu subur wanita 

Purata Haid

Purata haid setiap orang adalah tak sama. So, ada yang 28 hari, 30 hari dan lain-lain. Tetapi purata normal period adalah sekitar 28 hari hingga 35 hari. 

So cara nak tahu kitaran purata haid caranya:


  • Mesti tahu bila tarikh MULA haid pada bulan-bulan yang lepas. 
  • Kiraan bermula dari hari pertama haid hingga hari haid akan datang. Jadi anda akan dapat tempoh kitaran haid anda.
  • Apabila sudah ada 3 kitaran haid yang anda dapat, kira puratanya 
  • Purata inilah yang penting untuk mengetahui bila hari subur.

Bagi kes haid selain dari 28 hari

Jika purata haid 35 hari maka tolak 14 hari, maka hari subur adalah hari yang ke 21 dari tarikh mula haid. Kiraan bermula dari hari pertama dari jangkaan haid AKAN DATANG tolak 14 hari. Sebab tu penting tahu purata haid kita. Jika purata haid 30 hari - 14 hari = Hari ke 16 dari tarikh mula haid adalah hari subur. Jika purata haid 29 hari - 14 hari = Hari ke 15 dari tarikh mula haid adalah hari subur. Jika purata haid 33 hari - 14 hari = Hari ke 19 dari tarikh mula haid adalah hari subur.

Tak susah kan formula ini?

Cara lain untuk mengetahui waktu subur

1. Suhu Badan

Suhu badan akan naik sedikit pada waktu subur disebabkan oleh peningkatan hormon yang mendadak. Jika rajin, catatla graf suhu badan setiap hari. Cara ni agak leceh dan mungkin boleh jadi tak tepat kerana sekiranya anda demam atau kurang sihat, suhu badan anda juga meningkat. 

2. Lendiran Faraj

Pada waktu-waktu subur, lendiran faraj lebih dari biasa seiiring dengan pengeluaran hormon yang meningkat. Periksa lendiran tersebut kerana biasanya ianya melekit tetapi jika hari subur ia lebih likat lagi. Kalau lendiran faraj tu melekit-lekit macam ni dan banyak dari biasa bermakna ia petanda kita subur. 

Hasil carian imej untuk lendiran faraj

3. Evolution Test Strip

Menggunakan evolution test strip mungkin lebih senang dan tepat untuk mengesan hormon Luteinizing Hormon (LH) di dalam urin. Ia membantu meramal masa ovulasi dan puncak kesuburan. Keputusannya cepat dalam masa lima minit keputusannya keluar dan ketepatannya menghampiri 99%. Bentuk dan rupa test strip ini lebih kurang sama dengan test strip yang lain. Bagaimana strip ini berfungsi? Luteinizing Hormone (LH) dalam kuantiti yang tinggi menyebabkan proses ovulasi (pelepasan telur atau ovum dari folikel ovari). Semasa kitaran haid hanya sejumlah kecil LH terhasil, tetapi di pertengahan kitaran LH akan meningkat dgn dramatik. Peningkatan ini dipanggil "LH surge" dan mendahului ovulasi. Conception berkemungkinan besar akan berlaku dalam tempoh 36 jam selepas "LH surge".  Ujian Ovulasi LH  direka khusus untuk mengesan "LH surge" anda pada masa apabila anda mungkin ovulasi. Jika anda menerima positif pada ujian LH, anda berada dalam fasa yang paling subur anda kitaran haid anda. Dimana mahu mendapatkan test strip ovulasi ini? Ianya banyak dijual di farmasi-farmasi.

Hasil carian imej untuk ovulation test


Read More