Pengertian korban
- Korban ialah menyembelih binatang ternakan ( Al-an’am ) pada hari Raya Aidiladha atau hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan menghampirkan diri kepada Allah.
Hukum korban
- Sunat muakad: bagi orang Islam yang mampu
- Wajib: bagi orang yang bernazar
Cara pembahagian daging korban
- Daging korban sangat afdal diberikan dalam keadaan mentah kepada fakir miskin Islam.
- 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah.
- 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan.
- 1/3 daging dimakan oleh orang yang mengorbankan binatang tersebut.
Cara penyembelihan korban
- Binatang yang hendak dikorban dihadapkan ke arah kiblat.
- Binatang itu diikat kakinya dan direbahkan di bahagian rusuk kiri.
- Kemudian, letakkan mata pisau di bahagian leher binatang itu dan berniat korban kerana Allah Taala.
- Selesai sahaja berdoa, teruslah sembelih binatang itu dengan pantas.
Hikmah/kelebihan/faedah korban
- Mengingati dan menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail
- Memberi peluang fakir miskin menikmati daging korban
- Menimbulkan rasa kesyukuran kepada Allah
- Memupuk sifat ikhlas dan menambah taqwa
- Memupuk semangat berkorban menegakan syiar Islam
- Merapatkan silaturrahim di kalangan umat Islam
0 comments:
Catat Ulasan