8 tips untuk elakkan virus dan bakteria dari menyerang anak kita
Assalamualaikum, salam manis pembuka bicara.
Dah lama saya tak update entry dan berkongsi info-info yang bermanfaat, maklumlah akhir-akhir ini sibuk dengan tugasan pembelajaran abad 21, semua pakat dan mengajar dalam ICT untuk memudahkan pelajar faham, sebab ada pelajar yang bagus dalam visual, ada yang bagus dalam audio dan lain-lain, so semua cikgu kena blend supaya pelajar dapat menggunakan kekuatan diorang tu. haishhh dah melalut ke lain pulak.
Ok, so kita fokus pada entry hari ini iaitu boleh kan penyakit dielakkan dari anak-anak kita, dalam erti kata lain boleh kah kita elakkan virus dan bakteria dari menyerang anak-anak kita, sekali lagi di ingatkan kita bukan tuhan, jika Allah nak bagi sakit (kun fa ya kun) akan kena juga tapi sebagai manusia kita disuruh usaha dan tawakkal (doa) kan?
8 tips berikut ialah:
1. Minum air (plain water)
Biasakan anak kita supaya minum air masak setiap hari, bukan biasakan anak minum air manis, bayangkan keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu jadi kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan anak kita terhidrasi sekaligus boleh menyumbang kepada sakit tekak dan demam. Pastikan diorang minum air suhu bilik, bukan air sejuk yang boleh menyumbang kepada batuk. Paling terbaik bagilah air yang bertapis kerana air yang tidak bertapis juga boleh menyumbang kepada bakteria atau bahan-bahan yang merbahaya seperti merkuri, klorin dan sebagainya. ingat, air yang bersih membantu mengelakkan penyakit.
2. Galakkan anak makan sayur dan buah
Beri galakkan kepada anak supaya makan makanan berkhasiat seperti sayur dan buah-buahan yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral. sayur dan buah dapat mengelakkan anak anda dari masalah sembelit selain membekalkan vitamin dan mineral yang baik untuk badan. Biasakan pemakanan sayur dan buah kepada anak kita sejak mereka kecil.
3. Memberi makanan tambahan
Makanan tambahan amat penting kepada anak-anak kerana kadang-kadang kita pun tidak pasti adakah pada setiap hari cukup atau tidak keperluan nutrien yang diberikan kepada anak kita, betul tak? kekurangan nutrisi yang sihat dan mencukupi untuk anak anda boleh menyebabkan anak anda diserang penyakit. Jadi pastikan anda mencari makanan tambahan atau suplemen yang natural dan selamat untuk mereka.
4. Elakkan dari keluar berjalan ke tempat-tempat yang boleh mengundang penyakit
Jika anda mempunyai anak yang masih kecil elakkan atau kurangkan membawa mereka ke tempat yang ramai orang seperti pusat membeli belah yang sangat sesak, pasar malam, ekspo ekspo yang penuh dengan manusia, taman tema air apa jua tempat yang boleh mengundang virus dan bakteria, saya yakin semua orang tahu tentang perkara ini, tempat yang ramai orang adalah tempat yang sangat mudah virus dan bakteria disebarkan, so berhati-hati dan kurangkan pergi ke tempat ini, virus selesema dan batuk serta demam adalah penyakit yang paling mudah berjangkit.
5. Basuh tangan setelah balik dari taska atau tadika
Apabila anak anda balik dari taska atau tadika pastikan mereka di biasakan untuk mencuci tangan dan kaki dengan sabun anti bakteria, ini adalah ikhtiar kita untuk pastikan mereka sentiasa bersih. Jadikan ia sebagai habit yang baik. Ajar anak anda basuh tangan dengan cara yang betul, serta terangkan kelebihan membasuh tangan kepada mereka.
6. Sentiasa amalkan menjaga kebersihan diri dan sekitar rumah
Sentiasa mengingatkan anak supaya menjaga kebersihan diri seperti mandi dan gosok diri, ajar mereka semua aspek kebersihan seperti buang sampah tong sampah, basuh tangan sebelum makan dan sebaginya. ibu bapa perlu memastikan persekitaran rumah anda bersih untuk mengelakkan daripada serangga lalat, nyamuk dan tikus, tunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka juga menjaga kebersihan bukan sahaja di rumah tapi di mana sahaja.
7. Masak makanan yang berkhasiat
Sentiasa masak makanan yang berkhasiat untuk anak anda, kurangkan makanan fast food dan instant yang mana boleh mengundang kepada obesiti dan tidak berkhasiat, elakkan juga penggunaan perisa makanan ketika memasak. kurangkan juga pembelian makanan di gerai atau restoran yang kita tidak pasti kebersihannya, jika tersalah beli boleh mengundang cirit-birit dan keracunan makanan terutama kepada anak-anak kita. Jadi berusahalah untuk masak setiap hari walaupun kita sibuk dengan pelbagai kerja. Bak kata chef Ammar "Masak dengan hati, dengan dengan Iman".
8. Tawakkal dan doa
Setelah usaha kita tawakkal dan doa ye sahabat-sahabat, semoga segala usaha kita diberkati, yakin Allah jua yang memberi penyakit dan menyembuhkannya.
0 comments:
Catat Ulasan