Pengalaman glamping di Caravan Serai Exclusive Private Villas di bentong bersama dengan anak-anak
Bagi ibu bapa yang nak merasai pengalaman glamping bersama dengan anak-anak anda boleh berkunjung ke caravan serai di Bentong, Pahang. Pengalaman yang sangat seronok di sini sebab anda bersama anak-anak boleh merasai suasana 'Back to nature' yang sangat mengujakan.
Glamping atau glamorous camping sekarang memang tengah famous sangat kan sekarang?
Cara berkhemah dengan elemen mewah gitu. Walaupun konsep glamping ni sudah lama bertapak di negara-negara Eropah, ha, jangan tak tau di Malaysia pun tidak berkecuali.
Saya bersama keluarga sebenarnya bercadang untuk menyambut birthday dua orang puteri yang lahir pada bulan april, short vacation ini sebenarnya tidak dirancang pun, kami decide lokasi di selangor, memandangkan semua hotel biasa seperti biasa penuh, tak sangka juga bila search google Caravan Serai masih ada kosong.
Bila tengok konsep tent di Caravan Serai, rasa macam menarik sangat nak bawa anak-anak ke sana. Alhamdulillah kami dapat juga special price dari Caravan serai. Staf diorang memang pantas, selepas sahaja call, diorang terus follow up dengan whatsapp. Selesai transfer duit pakej di Caravan Serai. Kami dengan pantas terus ke Bentong. Check in jam 3.00 petang!
Pakej yang kami terima di Caravan Serai ialah:
( 2 dewasa, seorang anak 9 tahun, 7 tahun dan 2 tahun)
Promotion package for Deluxe Safari Tent stay @RM278 nett
Extra Guest charge @RM65 p/pax include single airbed, breakfast & nature walk activity x 2pax = RM130
Steamboat dinner @RM45 p/pax - ADULT/ RM23 p/pax - CHILDREN
= RM136
*Total amount RM544 nett*
Kami memilih untuk dinner di Caravan Serai. Pihak diorang juga ada menyediakan BBQ bagi mereka yang suka bakar-bakar.
Aktiviti yang menarik disini:
1. Ping pong (free)
2. Badminton (free)
3. Berbasikal (berbayar)
4. Karaoke (berbayar)
Pengalaman yang paling berharga untuk anak-anak yang pastinya tidak di ajar di sekolah ialah:
1. Anak-anak merasalah masuk hutan (kebuh buah) sambil petik buah manggis dalam kebun, ala ala jungle tracking pun ada. kami merasa makan buah manggis sebab buah-buahan lain telah habis musimnya. So kalau korang nak merasa buah lain seperti langsat, rambutan dan durian boleh datang bulan Januari atau bulan Julai.
2. Menyusuri sungai kecil
3. Merasa pengalaman menoreh getah
4. Merasa lah tidur dalam khemah di tepi hutan belantara
5. Merasa mandi manda air sungai yang belum tercemar
6. Merasa lah tengok pacat dan segala jenis serangga
7. Merasa lah kenal pokok durian, manggis, langsat dan nangka
8. Merasa juga kene gigit dengan nyamuk hihi
9. Merasa mandi kolam dari air sungai yang bebas klorin
Glamping di Caravan Serai ni, memang sangat memuaskan, staf diorang ok sangat start dari kami check in sampailah check out, semua kemudahan di sini pun lengkap dan sangat memuaskan, dan yang paling best tempat di sini di jaga dengan begitu bersih dan kemas sangat-sangat, so dapatlah hirup udara yang SEGAR, hilang rasa tekanan kerja sementara. Dekorasi di sini cantik!
Makanan di sini juga sedap sangat!
Gambar sepanjang sehari semalam di sini
Pekan Bentong
Kawasan kampung Musang King
Anak sungai yang belum tercemar
Glamping
Ubat nyamuk ada jangan isau
Penyidai dalam khemah
Suasana nature walk
Siap semua, so tak panas, malam sejuk sangat sebab dalam hutan kan
Bilik air pun dalam khemah
Kolam air sungai no klorin!
Lengkap, ok la kan
Katil queen, towel, selimut semua ada
Stand by untuk anak-anak
Tandas, singki, sabun mandi, shampoo, shower semua ada dalam bilik air
Cantikkan?
Mandi sungai
Ready untuk nature walk
Belajar menoreh getah
Kebun buah-buahan
fuhhhh memang berpeluh, tinggi sangat
Menyelusuri sungai
Berjaya habiskan nature walk
Kopi durian
Steamboat
Jom Bercuti, jom Glamping