Sedikit perkongsian daripada saya, untuk mereka yang ingin ke umrah dan ziarah ke tanah suci, maklumat ini saya dapat semasa saya menghadiri kursus umrah di Seremban.
1. Barang keperluan
a. Beg tangan (hand luggage)
b. Beg besar (checked in luggage)
c. Beg kecil (untuk simpan barang berharga yang penting)
2. Alatan ibadah
Alatan ibadah di simpan di dalam beg kecil, di bawa ke mana sahaja semasa di masjid, ziarah dan lain-lain - untuk menyimpan al-Quran kecil, al-Mathurat, tasbih, buku panduan ibadat umrah serta barang berharga
3. Pakaian
Sama ada di cuci sendiri atau mengambil perkhidmatan dobi apabila sampai di sana (dobi agak mahal juga)
4. Barang larangan
Gunting diisi dalam beg besar kargo, semua barangan cecair dan jenis liquid seperti ubat gigi, pewangi, minyak rambut, losyen tidak dibenarkan masuk ke dalam beg tangan (hand luggage) ke dalam kapal terbang melainkan dalam kuantiti yang sedikit atau kurang dari 100 ml
5. Kesihatan
a) Minum air zam-zam banyak-banyak (sekurang-kurangnya 2 liter air sehari)
b) Elakkan guna sabun mandi terlalu kerap dan keras contoh dettol (akan menyebabkan kulit kering dan gatal, gunakan krim yang selamat seperti herbal blend krim)
c) Elakkan mandi terlalu kerap
d) Gunakan krim bibir dan losyen badan
e) Jika batuk elakkan minum ais, jus oren, anggur dan tembikai
f) Maklumkan kepada petugas jika tidak sihat (perkhidmatan hospital di Mekah free sahaja 24 jam)
g) Kurangkan beli makanan di luar kerana mungkin kebersihannya tidak terjamin dan boleh menyebabkan cirit birit
h) Rehat dan tidur secukupnya
i) Gunakan penutup mulut dan hidung (udara sejuk dan kering boleh menyebabkan hidung tidak selesa)
6. Tips penting
- Banyakkan bersabar dan banyakkan solat taubat
- Sentiasa berlapang dada dan memohon maaf jika membuat kesalahan pada jemaah lain
- Sentiasa mengemas kini ilmu yang ada
- Sentiasa bertanya jika tidak pasti sesuatu perkara
- Keluar awal ke masjid untuk mengelakkan kesesakan
- Buat ibadat berdasarkan ilmu bukan sekadar ikut ikutan
- Banyakkan bersedekah sebelum ke tanah suci dan semasa ke tanah suci (bolehlah bersedekah kepada petugas-petugas yang membersihkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi)
- Jangan menghalang atau duduk di laluan pejalan kaki seperti pintu, kawasan larangan dan tangga
- Mengikut tentatif yang disediakan semasa disana supaya perjalanan umrah ziarah lancar

7. Peringatan
- Tidak perlu bawa kad pengenalan
- Tidak perlu bawa lesen memandu
- Tidak perlu bawa barang kemas
- Tidak perlu bawa lain-lain dokumen penting
- Anda digalakkan untuk sentiasa berkomunikasi dengan:
1. Ketua jemaah
2. Ustaz atau ustazah pembimbing
3. Petugas agen umrah
4. Petugas hotel
Boleh juga rujuk maklumat di sini
https://supplementsaya.blogspot.com/2017/12/part-2-barang-keperluan-sekeluarga.html

Cukup setakat ini sahaja, saya akan kongsikan lagi pengalaman dan sebagainya di lain entry
Semoga bermanfaat untuk semua
Love...
Aini Amran