Rabu, 22 Julai 2015

Resepi manggo lassi ala pakistan


Hari ini nak share resepi manggo lassi ala ala pakistan

Bahan bahannya:

  • 2 biji mangga, nak sedap beli buah mangga yang dari thailand or pauh kelantan memang sangat manis
  • 1 cawan yogurt atau tairu, saya suka guna yogurt yang beli kat tesco giant tu tak kisah jenama pe, ni lebih lemak, if korang beli tairu yang kat kedai mamak tu tak berapa lemak sangat sebab dia cair
  • Gula secukup rasa if manggo korang dah manis tak payah letak pun takpe atau if korang ada stevia sweetener leh guna (ganti gula)
  • Garam secukup rasa
  • Daun pudina
  • Kulit Oren Parut (4 parutan)
Pesanan:

  • if korang ade mealshake letak satu sudu kecil (berkhasiat)
  • if korang ade ESP letak satu sudu besar (bertenaga sampai berjam jam gitu)

Jika takde pun no prob still jadi juga manggo lassi korang


Cara membuatnya:

  • Semua bahan ni diblend sebati gitu
  • hias dengan daun pudina
  • letak ais lagi sedap


Selamat mencuba 


Hasil carian imej untuk maggo lassi
Read More

5 Tips dan petua untuk baby atau bayi tidur dengan lena

5 tips dan petua untuk baby atau bayi tidur dengan lena

Kebanyakan ibu ayah yang baharu menimang cahaya mata berasa risau sekiranya bayi mereka kerap terjaga waktu malam. Bimbang si kecil kurang tidur akan menyebabkan dia meragam sepanjang malam. Sememangnya normal bayi baharu lahir hingga usia dua bulan mengalami pola tidur yang tidak teratur terutama pada waktu malam.

Pelajari tip berikut agar boleh diaplikasikan pada bayi anda.

Alunan zikir

Membiasakan bayi mendengar alunan zikir yang anda alunkan sendiri atau menggunakan pemain cakera dapat membantu bayi tidur nyenyak. Alunan zikir yang mendamaikan boleh memberi ketenangan kepada bayi anda.


Hasil carian imej untuk baby tidur lena


Membedung

Cara tradisional ini sentiasa praktikal sejak dahulu hingga kini. Bayi kecil sememangnya lebih bagus dibedung terutama ketika dia tidur bagi mengelakkan dia daripada mudah tersentak dan kerap terjaga serta menangis. Membedung bayi juga membantu mengurangkan risiko kecederaan bayi ketika tidur.


Hasil carian imej untuk baby tidur lena


Memasang lampu malap

Bayi akan mudah bangun malam kerana dia kerap membuang air kecil yang membuatkan dia tidak selesa. Elakkan daripada memasang lampu yang terang apabila anda hendak menukar lampinnya. Cukup sekadar memasang lampu yang malap dan samar cahayanya.

Rutin tidur

Biasakan bayi dengan disiplin tidur yang sama sejak kecil terutama pada dua bulan pertamanya. Anda boleh tetapkan masa tiga hingga empat kali waktu tidur dalam sehari, dengan jumlah enam jam waktu tidur pada waktu siang. Oleh itu ia membantu si kecil tidur lena pada waktu malam.

Dream feeding

Cara yang terakhir, anda boleh terapkan ketika bayi tidur pada waktu malam. Berikan dia susu ibu pada pukul 11 malam tanpa perlu mengejutkannya. Kemudian letakkan bayi semula di tempat tidurnya. Cara ini membantu mengurangkan kekerapan bayi terjaga di malam hari.

Hasil carian imej untuk baby tidur lena


Happy sharing..
Love,
Aini
(Pengedar Shaklee Negeri Sembilan)
0136288543
Read More

Elak dan kurang kan rasa mual ketika hamil dengan makanan yang berkhasiat dan sihat penuh nutrien

Elak dan rasa mual dengan makanan berkhasiat dan sihat

Rasa loya dan mual semasa trimester pertama kehamilan adakalanya membuatkan bakal ibu menjadi malas untuk makan, padahal waktu itu adalah saat kritikal pertumbuhan janin. Sepatutnya pada trimester pertama, ibu perlu makan banyak makanan berkhasiat bagi memastikan janin membesar dengan sihat.

Namun demikian, sikap tidak lalu makan di awal kehamilan adalah perkara normal kerana ketika ini berlakunya perubahan hormon dalam badan ibu. Tetapi jangan terlalu melayan perasaan tersebut kerana ibu perlu tahu bahawa pemakanan ibu memberi kesan terhadap perkembangan bayi di awal kehamilan.

Oleh itu anda perlu cari apakah jenis makanan yang boleh dimakan tanpa rasa mual dan paling penting ia sihat serta mampu memberikan khasiat kepada bayi anda. Jika tetap rasa loya dan mual, makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap.

Brokoli

Ibu hamil terutama pada trimester pertama sangat digalakkan mengambil banyak sayuran hijau seperti brokoli yang kaya dengan kandungan folat, kalsium, karotenoid dan serat yang membantu perkembangan mata bayi dalam kandungan. Kalium yang terdapat dalam brokoli juga membantu menormalkan tekanan darah.

Yogurt

Ibu hamil sering ditekankan agar minum susu yang banyak membekalkan kalsium. Tetapi ada kalangan ibu hamil langsung tidak boleh menghidu bau susu apatah lagi meminumnya. Jadi, gantilah ia dengan mengambil yogurt kerana ia mengandungi protein, kalsium, vitamin B dan zink. Kandungan kalsium dalam yogurt juga dikatakan lebih tinggi berbanding susu.

Buah Beri

Kumpulan buah-buahan beri sememangnya sedap walaupun rasanya masam manis. Ia membantu ibu menghilangkan rasa mual. Buah beri seperti strawberi, blueberi, rasberi yang kaya dengan vitamn C, potassium, folat, serat dan antioksidan yang tinggi memang digalakkan kepada ibu hamil.

Daging

Daging yang kaya dengan protein, vitamin B12, B6 dan niacin sememangnnya bagus untuk mengelakkan masalah anemia sepanjang mengandung. Daging juga mengandungi kolin yang membantu perkembangan bayi. Pengambilan daging di awal kehamilan sangat penting untuk janin dan ibu sendiri.

Kekacang

Kekacang merupakan sumber protein, zat besi, protein, folat, kalsium dan zink. Mineral ini diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan janin pada tiga bulan pertama. Kekacang boleh dijadikan snek kudapan bagi menghilangkan rasa loya dan mual yang muncul pada bila-bila masa. Selain mengenyangkan ia berkhasiat.

Wah banyakkan solusi untuk anda anda yang alami mual ketika hamil yang teruk. Anda boleh cuba makanan berkhasiat ini dulu. Tak cuba tak tahu kan? Dah cuba nanti baru tahun :)


Hasil carian imej untuk mual

Salam sayang,
Anne
Read More

Keguguran: Tak perlu risau atau bimbang, amalkan tips ini untuk lebih sihat

Keguguran

Keguguran mengandung boleh berlaku kepada mana-mana wanita hamil. Jika mengikut nasihat orang tua-tua, situasi keguguran dikatakan lebih serius berbanding kelahiran. Jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya penjagaan selepas keguguran.

Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh berpantang sama seperti ibu selepas bersalin. Bahkan penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran.

Wanita yang tidak merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran berisiko menghadapi bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri di dalam rahimnya. Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.

Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.

Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.

Adakah tempoh berpantang ibu keguguran sama seperti ibu selepas bersalin? Sebenarnya mengikut petua orang tua-tua, ada bermacam pantang larang ibu yang keguguran termasuk bab pemakanan dan gaya hidup seharian.

Berpantang ibu keguguran berakhir mengikut jangkamasa keguguran. Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin. Ibu mesti mengelakkan makan makanan berangin seperti ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.

Begitu juga dengan makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai.

Ibu juga tidak boleh makan ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Jika mengikut petua pantang larang orang tua-tua, ibu yang melanggar pantang tersebut boleh mengalami masalah bentan urat, demam lambat baik, rambut gugur, alahan kulit dan mudah letih.

Makan makanan berkhasiat dan perlunya pengambilan makanan seperti madu, minyak zaitun dan habbatusauda' serta makanan tambahan seperti vitamin c, asid folik, zinc dan sebagainya

Hasil carian imej untuk keguguran

Salam sayang,
Anne
Read More

Makanan berkhasiat untuk ibu mengandung yang suka mengunyah makanan

Makanan berkhasiat untuk ibu mengandung 

Ibu mengandung memang gemar mengunyah. Tetapi pastikan makanan yang dikunyah termasuk dalam kategori makanan yang sihat. 

Ada pelbagai jenis snek sihat yang boleh dikunyah sepanjang mengandung. Jangan sekali-kali makan snek tidak berkhasiat yang banyak kandungan bahan perisa.

Berikut beberapa idea snek sihat dan lazat mengikut trimester kehamilan.

Trimester pertama

Semasa trimester pertama, mungkin ada ibu yang langsung tidak lalu makan kerana masalah mabuk atau mual. Jika ini berlaku, snek boleh membantu iaitu makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Ketika ini ibu hamil memerlukan lebih kalori dan folat.

Ambil makanan yang kaya dengan folat seperti membuat salad menggunakan daun bayam kecil, atau kukus asparagus yang dimakan dengan pencicah. Makan banyak buah oren. Anda juga boleh sentiasa menyimpan roti berserat tinggi supaya boleh makan bila-bila masa anda memerlukannya.

Selain dari itu ibu juga memerlukan vitamin A yang penting bagi perkembangan organ, sistem peredaran, pernafasan dan sistem saraf bayi. Dapatkan snek yang kaya dengan vitamin A dalam trimester pertama.

Telur dan keju adalah sumber yang baik selain vitamin A dalam sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna oren yang mengandungi betakarotina. Campur potongan buah mangga, pic dan betik ke dalam bijirin anda. Anda juga boleh membuat minuman smoothies. Sup daripada lobak merah, labu air dan keledek juga sangat berkhasiat.

Trimester kedua

Ketika ini ibu perlu lebih fokus mendapatkan kalsium yang cukup kerana gigi dan tulang bayi mula terbentuk. Kalsium dapat mengurangkan risiko mengalami tekanan darah tinggi. Produk tenusu membekalkan banyak kalsium yang mudah diserap oleh badan. Yogurt adalah snek yang mudah.

Sekiranya tidak boleh mengambil produk tenusu, boleh beralih pada produk soya yang diperkaya dengan kalsium. Buah tin kering dan badam juga mengandungi kalsium. Ia boleh dibawa ke mana-mana.

Satu lagi snek yang baik untuk bakal ibu ketika trimester ini adalah sardin dengan roti bakar. Sardin membekalkan kalsium, zat besi dan asid lemak omega 3. Asid lemak ini penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.

Satu lagi mineral penting bagi tulang ialah magnesium. Makanlah snek yang kaya dengan magnesium seperti segelas susu, sebiji kentang bakar atau segenggam biji-bijian.

Trimester ketiga

Memasuki trimester akhir kehamilan bermakna ibu memerlukan lebih banyak tenaga, vitamin C dan vitamin B1. Tenaga tambahan yang diperlukan hanyalah 200 kalori sahaja. Sekeping roti bakar bijirin penuh dengan ekstrak yis dan sebiji tomato atau semangkuk sup cendawan dan buah oren mandarin sangat berkhasiat.

Vitamin C memainkan peranan dalam memastikan plasenta berkembang dan berfungsi dengan baik. Ia juga membantu lapisan dinding perut menyerap zat besi daripada makanan. Buah strawberi dan kiwi kaya dengan vitamin C. Ia mudah dibawa ke mana-mana dan boleh dibuat smoothie yang enak atau salad buah-buahan.

Vitamin C dalam sayur-sayuran boleh terhapus sekiranya dimasak terlalu lama. Brokoli dan bunga kubis atau lada benggala hanya perlu distim seketika dan enak dimakan dengan sos salad.

Sementara itu tingkatkan pengambilan vitamin B dengan mengambil bijirin sarapan pagi yang diperkaya dengan serat tetapi pilih yang rendah kandungan gula. Keperluan thiamin meningkat dalam trimester terakhir untuk membantu ibu mengeluarkan tenaga daripada makanan.

Kekacang, beras perang, sayur-sayuran hijau adalah sumber thiamin yang baik. Sediakan snek mudah diperbuat daripada sekeping roti bijian bakar dengan kacang panggang yang dapat membekalkan khasiat yang diperlukan.

Selamat mencuba
Makanlah makanan yang berkhasiat dan selamat semasa anda mengandung

Hasil carian imej untuk mengandung makan


Selamat mengunyah ;)
Read More