Tonsil?
Tonsil adalah kelenjar tisu limfoid yang berfungsi sebagai markas pertahanan yang diperlukan oleh badan pada awal pembesaran kanak-kanak. Kumpulan tisu tonsil ini dikenali lingkaran tonsil Waldeyer (Waldeyerls tonsilar ring). Semasa awal pembesaran kanak-kanak, kesemua tonsil ini berfungsi sebagai pertahanan badan. Ia akan melawan jangkitan kuman yang melalui saluran pernafasan dan mulut kanak-kanak. Apabila kanak-kanak dijangkiti kuman, tisu tonsil akan menghasilan sel untuk melawan kuman dan ini menyebabkan tonsil menjadi radang dan membesar.
Ini akan berterusan sehingga kanak-kanak berumur 2-3 tahun. Kemudian ia secara beransur-ansur akan diambil alih tugas oleh sistem pertahanan badan yang lebih menyeluruh dan matang. Apabila ini berlaku tisu tonsil akan mengecil dan kurang berfungsi.
Tetapi sesetengah individu tisu tonsil terus kekal besar dan akan menjadi tumpuan jangkitan kuman. Bagi individu ini mereka akan mendapat masalah sakit tonsil secara berulang-ulang. Individu ini akan mengalami sakit tonsil yang kerap (sekurang-kurangnya sekali sebulan).
Simpton sakit tonsil
- Sakit tekak yang teruk menyebabkan sakit apabila menelan makanan.
- Demam dengan suhu melebihi 38 darjah selsius.
- Perubahan suara. Suara menjadi garau ataupun seperti suara apabila sedang makan makanan panas (Hot potato voice).
- Lenguh atau sakit badan.
- Sakit kepala.
- Berdengkur waktu tidur - Ini disebabkan tonsil yang bengkak.
Kesan Tonsil
- Mengalami kesakitan dan demam yang lama (sekurang-kurangya 1 minggu)
- Perlu ke klinik untuk berjumpa dengan doktor untuk merawat sakit tonsil mereka.
- Perlu mengambil dan menghabiskan ubat antibiotik disamping ubatan lain untuk simptom mereka (contohnya ubat demam dan ubat sakit tekak)
- Terpaksa cuti sakit dari persekolahan dan ini akan menganggu pembelajaran mereka
- Tidur terganggu, ini disebabkan tonsil yang membengkak akan menyebabkan tidur berdengkur dan juga pada kes yang teruk mereka akan berhenti bernafas seketika semasa tidur - Sleep Apnea.
- Oleh kerana itu, kebanyakan doktor akan menyarankan agar masalah tonsil dirujuk dan dirawat kepada pakar
Rawatan Tonsil
1. Rawatan perubatan:
- Antibiotik - Perlu diambil selama sekurang-kurangnya seminggu (Cth: Amoxicillin; digunakan pada peringkat pertama dan Augmentin digunakan apabila antibiotik biasa tidak berkesan)
- Ubat demam/tahan sakit
- Lezonges (ubat yang dihisap/kemam)
- Ubat kumur (Diflam atau Thymol gurgle) juga diberikan tetapi kurang berkesan kerana ia tidak membasahi tonsil.
2. Pembedahan:
Pembedahan tonsil dikenali sebagai Tonsillectomy. Tonsillectomy ialah pembedahan untuk membuang tonsil. Ia dilakukan menggunakan bius penuh (General anaethesia). Tonsillectomy ialah sebagai jalan terakhir untuk merawat penyakit tonsil yang berulang-ulang.
Kriteria yang boleh menyebabkan tonsil perlu dibedah
- Masalah sakit tonsil yang berulang-ulang menyebabkan pesakit memerlukan rawatan doktor, ubatan antibiotic dan terpaksa mengambil cuti dari persekolahan atau dari bekerja.
- Mengalami tonsillitis sebanyak 5 kali setahun atau 7 kali dalam 2 tahun yang berturut-turut.
- Tonsil yang besar dan radang yang menyebabkan pesakit berdengkur dan mengalami apnea (berhenti bernafas) semasa tidur.
- Sakit tonsil yang menyebabkan kawasan disekeliling tonsil bernanah (Peritonsillitis atau Quincy).
- Sekiranya doktor pakar syak pembesaran tonsil adalah disebabkan barah tonsil.
Tonsil membengkak dan bernanah
Kisah anak saya dan tonsil
Saya mempunyai seorang anak berumur 4 tahun yang mempunyai tonsil agak besar, maksudnya ia semulajadi besar, pernah mengalami tonsil bengkak yang agak kerap, sebelum ini saya sekadar ke hospital untuk mengambil antibiotik dan alhamdulillah bengkak tonsilnya surut.
Pernah juga terjadi tonsilnya bernanah, kes yang terbaru tahun ini semasa bulan mac lepas anak saya dimasukkan ke hospital kerana tonsil bernanah, setelah menerima rawatan doktor mencadangkan anak saya dibedah untuk mengelakkan dari tonsil membengkak kembali, kerana apabila tonsil kerap berlaku kepada kanak-kanak, tonsil tersebut telah mempunyai scar tissue (parut) yang mana memudahkan kuman untuk hinggap dan sekaligus terkena jangkitan pada tonsil berkenaan, setelah kembali sihat saya bercadang mencari alternatif lain selain pembedahan.
Saya telah membuat keputusan untuk consume supplement untuk anak saya bagi mengelakkan tonsil nya membengkak dan dijangkiti kuman, saya cuba sedaya upaya untuk tidak melakukan pembedahan, jika ia perlu juga mungkin saya akan melakukannya semasa anak saya sudah membesar contohnya berumur 7 tahun lebih baik. Saya cuba untuk positif.
Supplement yang saya telah guna ialah:
- Vitamin c kanak-kanak
- Nutriferon (merangsang sistem pertahanan badan)
- Garlic (elakkan batuk dan antibiotik semulajadi)
- Performance drink (membantu mengekalkan bendalir dalam badan)
- Omega (kurangkan batuk, semput)
Alhamdulillah setakat ini dan hingga kini kesihatannya memberangsangkan sangat, so happy sangat tak perlu dibedah lagi. Alternatif yang saya ambil sedang berjaya dan harapnya berjaya hingga tak perlu dibedah langsung. Amin
Performance Drink , Garlic, Vit c dan Nutriferon
#tonsil dan demam tidak dapat dipisahkan :}
Salam ceria
Aini