Khamis, 12 Januari 2017

Sistem 7 jars

Tadi dengar MHI tentang masalah ah long, judi dan sebagainya. So meh nak share dengan korang tentang pengurusan kewangan dengan betul. Ni adalah salah satu caranya.

Nak jadi millionaire kan?jom ikut cara ni.

7 JARS system.

7 JARS ni adalah adaptasi dari konsep 6 JARS yg diasaskan oleh T Harv Eker. Ia adalah satu cara untuk menabung.

Dalam 6 jars, ada 6 tabung ye. So korang sediakan tabung tabung ni. Yang ade beli  canister ESP, PD ,CINCH dan MEALSHAKE boleh guna buat tabung. Buat label. Jimat belanje kome.

7 JARS:

NEC (necessity) - tabung untuk keperluan (basis) dan belanja harian, bil, makanan, pakaian

EDU (education) - tabung untuk pembelajaran, buku, kelas, seminar

LTSS (long term saving for spending) - tabung utk sesuatu benda yang nak pakai duit yang banyak contohnya beli rumah, perabot, handphone, komputer

FFA (financial freedom) - tabungan untuk hari tua bila dah tak mampu cari duit atau kita panggil passive income

PLAY (leisure) - tabung untuk buat apa yang kita suka, hobby, travel, makan-makan

GIVE (charity) - tabung untuk kebajikan sedekah, derma, wakaf

Dan kita tambah satu lagi jar,

PARENTS (ibu bapa) - wang bulanan untuk ibu bapa. Kalau ibu bapa dah meninggal dunia, gunakan untuk urusan mereka yang belum selesai dan kalau semua dah selesai, bersedekahlah on behalf of diorang

Macamana nak start buat 7 jars ni?

Setiap bulan, duit bonus shaklee/gaji kita bahagikan ikut percentage,

NEC 50%
EDU 5%
LTSS 10%
FFA 5%
PLAY 10%
GIVE 10%
PARENTS 10%

Jadi kalau bonus or gaji RM10,000,

RM5000 utk NEC, keperluan harian etc
RM500 utk EDU, buat beli buku, bayar  workshop, tambang pergi kelas memasak etc
RM1000 utk LTSS, kumpul duit nak beli rumah etc
RM500 utk FFA, ni long term jd boleh lah beli saham ke emas ke pelaburan ke
RM1000 utk PLAY, tabung travel
RM1000 utk GIVE, sedekah, zakat etc
RM1000 utk parents.

Percentage boleh juga korang ubah ikut situasi masing-masing tapi mesti strict tiap tiap bulan simpan. Masuk tabung jangan kuar kan dah.

#tsunamishaklee
#fantastic
#liveamazing
#7jars


About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan