Ahad, 24 Januari 2016

Percutian suka suki di Batam Kepulauan Riau Indonesia: Destinasi budget murah

Salam manis pembuka bicara

Di sini ku ingin kongsikan percutian budget ke Batam yang terletak di kepulauan Riau Indonesia.
Kami bertolak ke Batam dengan menaiki feri di jeti Tanjung Belungkor Penggerang Johor, sebenarnya ada beberapa tempat dari Malaysia dan Singapura untuk ke Batam. Sebagainya contoh korang boleh naik feri dari Stulang laut dan Johor Port, tetapi Stulang dan Johor Port ni amatlah sesak sangat dengan manusia. So saya memilih naik feri dari Tanjung Belungkor, memang recomended sebab tak perlu bersesak- sesak macam sardin, memang santai aje ikut jeti Belungkor ni tau.

Bersedia untuk bertolak

 Feri pun best tak sesak, boleh duduk di mana sahaja
Tanjung Belungkor yang lenggang dan tidak sesak

Belakang tu adalah ferinya

Nama feri yang kami naik dari Tanjung Belungkor adalah Mutiara Mas syarikat Sungai Rezeki, Feri ini pun sangat okey dan rasa selamat lah sepanjang di laut itu, perjalanan dari Tanjung Belungkor ke Batam mengambil masa 45 minit sahaja, so sempat juga lah kami anak beranak tidur lena sepanjang di dalam feri, anak-anak pun excited naik feri, first time la katakan.

So bila sampai ke pelabuhan Batam kami memang dah bayar seorang pemandu pelancong, Nama nya Rizal, bagus sangat orang, sangatlah berpuas hati. Dia membawa kami ke Hotel yang tidak asing lagi iaitu Hotel Pacific Palace. Paling menarik hotel ni adalah kerana Hotel nya berbentuk kapal Titanic, sangat unik. Sebenarnya banyak hotel di Batam ni, cuma kami memilih yang lebih selesa untuk sekeluarga.

Hotel Pasific Palace bentuk kapal Titanic (menarik sangat)

Oh terlupa pulak saya bersama family di Batam selama 3 hari sahaja.

Sampai akhir nya



Unik sebab diorang print guna printer di motorsikal (guna kuasa bateri motor), Diorang ini ambil gambar sangat profesional dan cantik serta murah bangat

Di antara tempat menarik yang kami pergi ialah:

Hari pertama

- Shopping (Nogoya Hill) cuci mata sahaja sebab tempat ni sangat lah mahal dan sesak
- Melawat rumah mini yang terdapat di Indonesia (tengok juga kapal Laksamana Cheng Ho)
- Jalan-jalan di Ocarina Park

Ala ala Danga Bay

- Minum kopi di Fatmawati (best sangat sebab tempat ini di atas laut ade menara sambil menikmati kopi KAWWWW) - di dalam Ocarina Park

Rasa pisang cheese ni sangat berbeza dengan di Malaysia

Kopi nye sedap bangat

Hari kedua

- Perkampungan Vietnam (sambil tengok rusa dan bagi makan monyet jinak)
- Jambatan Balerang (BJ Habibi)
- Shopping (tempat murah DC mall)

Jambatan balerang yang wajib dijejaki
bak kate orang sana kalo datang batam tak pi jambatan ni maksudnya belum cukup syarat hihi

Hari ketiga

- Shopping (tempat murah New Erika)
Shopping lah sebab murah walaupun gred barang bukan original pun tapi kualiti tau, siap beli Tab samsung lagi tau (tapi if korang nak beli handphone dan sebagainya, kene juga berhati-hati jangan tertipu pulak)

New Erika

Makanan dekat Batam ni memang Halal tapi korang perlu juga berjaga-jaga sebab walaupun orang yang jual macam orang Islam tapi bukan semua kedai ada tanda halal ye dan patut syariah. Sebab di Batam ni Babi pun ada juga dijual di gerai gerai tepi jalan.

Diantara tempat makan yang best ialah:

- Selero bersamo (nasi padang) rule makan nasi padang ni kene ingat jangan sentuh semua pinggan yang penuh dengan makanan tu tau, nati tak pasai-pasai kene charge, so korang makan yang berkenan je ye, walaupun rambang mata nak rasa semua benda. Ingat tuuuuu...

Nasi padang
- Acia ikan bakar


- Dapoer ikan bakar



Sekian percutian best dan budget di Batam yang terletak di antara Malaysia, Indonesia dan Singapura

 Round round

 Round round

Selamat bercuti ye. semoga sharing ni mendapat manfaat untuk semua.






About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan