Jumaat, 5 Jun 2015

Bersedia hamil, senarai semak keperluan pemakanan yang membantu anda dan kandungan anda sihat

Disini saya ingin kongsikan kepada semua senarai semak sebelum dan apabila anda hamil, jom scan adakah anda mengetahui senarai semak ini.

Salah satu persediaan yang perlu anda jaga jika ingin hamil ialah anda perlu memberi perhatian kepada diet harian anda serta pola pemakanan anda bagi memastikan badan anda bersedia untuk menghamilkan bayi. Pastikan vitamin, mineral dan nutrien yang diambil mencukupi.

Apa yang anda perlu sebelum hamil?


1. Asid folik
Kenapa? 
Kerana ia adalah keperluan untuk perkembangan sistem saraf dan sel darah merah semasa hamil. apabila kurang kajian mendapati wujud masalah neural tube defects,kacacatan yang berlaku pada saluran saraf bayi yang menyebabkan kecacatan otak dan saraf tunjang (spina bifida). malah ia boleh mengganggu pembentukan otak bayi. wanita yang bercadang untuk hamil perlu sekurang-kurangnya mengambil asid folik tiga bulan sebelum hamil. buah oren, sayur bayam dan asparagus serta jagung mengandungi kandungan asid folik yang tinggi. Sukar untuk mendapatkan secukpnya asid folik dalam pemakanan, jadi anda boleh mengambil suplemen asid folik.

2. Zink
Kenapa?
Kerana menurut kajian zink memainkan peranan dalam membentuk kekuatan janin bagi ibu hamil, zink berperanan dalam proses kematangan sel serta dalam pertumbuhan awal kehidupan janin serta perkembangan sarat dan kecerdasan. zink boleh diperolehi daripada daging, ikan, kerang, susu, gandum dan kekacang.

3. Vitamin c
Kenapa?
Kerana vitamin membantu menguatkan sistem imun badan anda, mengelakkan daripada batuk atau selesema serta demam, makanan yang tinggi vitamin C ialah buah kiwi, brokoli, dan strawberi, Pastikan anda amalkan setiap hari ye, seminggu sekali tidak mencukupi. Sukar untuk mendapatkan secukpnya vitamin C dalam pemakanan, jadi anda boleh mengambil suplemen vitamin C.

Apa yang anda perlu apabila hamil?

1. Asid folik
Anda perlu mengambil asid folik sekurang-kurangnya 12 minggu pertama semasa kehamilan untuk pembentukan saraf tunjang bayi.

2. Kalsium
Kalsium bersama vitamin D dan magnesium penting untuk pertumbuhan tulang bayi anda, vitamin D membantu badan anda menyerap kalsium, makanan yang kaya dengan kalsium yogurt, keju dan salmon, idea mengambil suplemen yang mengandungi vitamin D boleh diguna pakai!!!

3. Omega
Penting untuk perkembangan otak bayi. kajian juga menunjukkan ibu hamil yang mengamalkan omega dapat mengurangkan risiko alahan kepada bayi. Ikan tuna, salmon, sardin dan ikan bilis mengandungi omega, anda juga boleh mengmbil suplemen omega (DHA).

4. Vitamin C
Teruskan pengambilan vitamin C ia perlu untuk memastikan bayi dalam kandungan anda sihat.

5. Zat besi
Ramai ibu-ibu yang mengalami masalah anemia ketika hamil iaitu kurang zat besi, anda perlu zat besi untuk perkembangan fetus dan plasenta, jadi pastikan badan anda cukup zat besi.

6. Iodin
Makanan yang kaya kandungan iodin ialah makanan laut, dan produk tenusu serta susu, penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi.

7. Zink
Teruskan pengambilan zink ye bagi perkembangan DNA bayi anda, cuma elakkan makan kerang yang separuh masak atau mentah kerana dikuatiri anda terdedah kepada bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan anda









Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.
About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan