Rabu, 20 Mei 2015

Kepentingan B complex dan Asid folik kepada semua terutama ibu hamil untuk elak risiko bayi cacat

Teringat semasa sebelum kawin mak saya memang selalu pesan dan belikan asid folik untuk kami adik beradik, mak siap pesan orang belum kawin pun kene makan asid folik ni, so setelah saya dewasa dan telah berkahwin baru lah tahu kebenaran kata kata mak dulu. Maklumlah dolu-dolu belum ade kesedaran. Bila dah beranak pinak ni sibuk lah tentang itu lah ini lah...

Jadi fokus saya di sini untuk sharing tentang kebaikan B complex dan asid folik kepada anda terutama ibu yang ingin hamil.Pastikan anda mengambil asid folik, daripada masa anda mula mencuba untuk hamil hinggalah usia kehamilan tiga bulan.

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang mengambil asid folik lebih berkemungkinan melahirkan bayi dengan spina bifida iaitu sumbing tulang belakang, spina ni ade beberapa jenis (nati saya kongsikan) berbanding wanita yang mengambilnya pada jumlah yang disarankan.


Faktor berlaku spina bifida ialah:

1. Tiada atau kurang pengambilan b complex dan asid folik
2. Jangkitan virus semasa ibu hamil
3. Faktor usia ibu yang lanjut
4. Masalah obesiti kepada ibu



#crd pic to cik pau


About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

1 ulasan: