Ahad, 6 November 2016

Set kecantikan pencuci muka nutriwhite berkesan untuk sensitif juga

Mempunyai kulit muka jenis sensitif ni memang susah nak memilih produk untuk muka. Muka saya jenis berminyak dan berjerawat. Pernah cuba macam macam produk kulit semua tak jalan. Malah bertambah teruk sometimes. Tak mau lah menggamit memori senaraikan set set yang pernah ku cuba dolu dolu😂

Set Nutriwhite Shaklee dihasilkan daripada bahan semula jadi dan bebas bahan kimia dan amat berkesan untuk penjagaan kulit muka.

Produk ini menjadikan kulit muka sihat dan bersih  dengan bahan bahan seperti rumpai laut, Alga hijau, dan strawberi begonia dan lain lain.

Selepas 3 tahun saintis jepun dan amerika Shaklee bekerjasama mengkaji. 16 bahan semulajadi terbaik telah terpilih dalam set nutriwhite ni

Antara Kelebihan dan kesan Nutriwhite Shaklee yang diperolehi pengguna dengan Penggunaan Set ini ialah

1.Membantu mengawal keradangan kulit
2.Pengurangan tompokan pada kulit
3.Memberi kelegaan pada kulit
4.Kulit semakin cerah dan menyelesaikan      masalah pigmentasi
5.Melembapkan kulit dan memelihara kulit dari rosak
6.Menegangkan dan menyegarkan kulit wajah
7.Membuang toksin

Apa yang best dan buatkan ku suka tentang Set Nutriwhite ialah guna sikit je, satu calit menghasilkan buih yang sangat banyak.

Memang sangat jimat dan murah harga nya.. Boleh cuci satu muka dengan sekali cuci.

Harga pun jimat. Tapi saya guna set yang asas sahaja

Toner
Cleanser
Night cream

Berbaloi sangat. Tq shaklee di atas nutriwhite yang hebat ini. Korang yang ada masalah kulit muka macam saya. Boleh mencuba nye. Anda akan rasa sangat kelainan set ini.

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#nutriwhite
#liveamazing
#shakleenegerisembilan

Read More

Perubahan setelah menggunakan produk shaklee

Sengaja atau kebetulan?

Dulu saya anti suplemen. Sebab nye? Banyak sangat. Kalo story tak habis 3 hari 3 malam.

Dipendekkan cerita sebab ambil suplemen:

😀Tahap obses penyusuan yang kritikal
(obses nak menyusu sampai ambil suplemen)
🤔Tahap jerawat kat muka menyeramkan
(Dulu masa sekolah tak jaga muka asyik bersukan aje gelap jerawat bagai sampai hilang keyakinan diri) ye ke ni???🤔
😥Tahap immunisasi rendah yang melampau
(Pernah batuk kritikal)

Perubahan sekarang setelah cuba suplemen selamat

🖐Semua anak menyusu lama dengan saya
💗Muka glowing walaupun tak macam nealofa
🌐Jarang batuk demam dan selesema (biiznillah) Kalo tak caya sila cal 3 sekolah saya, MC jarang jarang sekali kecuali cuti 3 bulan hehe.

Shaklee effect sangat berbaloi dalam kehidupan saya. Ramai dah merasa perubahan bersama saya..

#shakleeeffect
#tsunamishaklee
#liveamazing
#fantasticgroup
#shakleenegerisembilan
#ilmubiz

Read More

Sebab sebab perlu pengambilan makanan tambahan

Ubah gaya hidup anda untuk lebih sihat.

Ada yang tanya hang makan bitamin je ka.. nasi makan ke idak? Eh makan le apa idak nye. Sume makan. Cuma sebab ape kite perlu ambil suplemen dan ubah gaya hidup? Sebabnye kite terdedah dengan...

Pencemaran kome kite ni terdedah, rokok, gas merbahaya macam macam

Makan makanan tak berkhasiat contoh maggie, jajan jajan, instant food etc (ala baru lepas membalun maggie)😅😅

Nutrisi makanan makin kurang kome

Pengambilan ubat berlebihan

Tekanan hidup

Gaya hidup tak sihat kurang senam (den la tu)😂 tak cukup tido

Penuaan sel sel badan

Shaklee sebenarnya adalah sebuah company yg menjaga kelestarian dunia utk generasi depan, bukan jual vitamin semata

Korang tau tak?

Pemilihan bahan mentah  shaklee dari ladang ladang yang mengamalkan cara penanaman organik, tanpa guna pestisid herbisid gmo etc. Bila ladang organik, diorang tak guna racun sebaliknya guna cara semulajadi untuk singkirkan perosak. Ia bukan je selamatkan kita dari termakan benda racun yg tak disedari ni, tapi juga jaga populasi haiwan2.

Kalo guna racun, bukan haiwan perosak saja yg mati, semua yg berdekatan pun terkesan.

Begitu juga ikan ikan untuk Omega Guard, shaklee guna satelit untuk tngkap ikan & dpt approval dr Friends of The Sea yang menjaga populasi ikan sedunia.

Bila angkasawan Shaklee naik ke angkasa, dia nampak kerosakan yg berlaku di bumi & Shaklee ambil tindakan seterusnya..misalnya program tanam sejuta pokok yg Shaklee buat tu.

Bagaimana kita boleh ubah gaya hidup kpd gaya hidup Sihat ??

-so boleh guna pencuci Shaklee - tanpa bahan kimia bahaya, tak merosakkan badan kita dan tak tinggal kesan bahan kimia pada alam sekitar.

-tanam sayur sayur supaya tak terdedah dengan racun

-amalkan gaya hidup sihat

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
#pengedarnegerisembilan

Read More

Khamis, 3 November 2016

Adab Bermusafir Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Adab bermusafir

Alhamdulillah sepanjang bermusafir dapat ikut adab-adab ni. Semoga musafiran kita mendapat berkat dan rahmat bukan sekadar berjalan makan angin. Tapi ambil sesuatu yang bernilai dari musafiran tersebut.

IM ALWAYS a TRAVELLER.

1. Mulakan dengan Niat. Niat mestilah baik, bukan untuk berbuat maksiat atau kemungkaran. Perjalanan mestilah dengan bertujuan, bukan redah tanpa memikirkan tujuan dan aktiviti yang ingin dicapai. Sebaiknya rancang perjalanan kita supaya sepanjang musafir kita dapat manfaat.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan:

Seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

2. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum keluar rumah. Moga Allah permudahkan segala urusan perjalanan kita.

“Tidaklah seseorang meninggalkan sesuatu bagi keluarganya yang lebih baik dari 2 rakaat yang dilakukan di sisi mereka ketika berniat untuk bermusafir”
(Hadis diriwayatkan oleh Tabrani)

3. Memulakan musafir selain dari hari Jumaat supaya tidak terlepas Solat Jumaat.

“Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

4. Membawa beg yang berisi keperluan diri.

5. Meminta izin dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga dan balik dengan segera setelah urusan selesai

"Apabila seseorang dari kamu akan bermusafir , hendaklah meminta izin kepada saudara-saudaranya, sebab sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan kebaikan pada doa mereka."
(Diambil dari kitab al-Azkar Imam Nawawi)

6. Memulakan perjalanan pada waktu malam. Berjalan di waktu malam dapat menjimatkan masa atau memendekkan masa perjalanan kerana malam lebih tenang.

“Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

7. Bermusafir dengan berteman. Kalau lebih dari 3 orang, sunat melantik ketua bagi perjalanan tersebut.

“Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.”
 (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

8. Membaca doa sebelum bermusafir, doa naik kenderaan dan doa ketika memasuki suatu kawasan atau tempat orang.

9. Bertakbir bila melalui tempat tinggi dan bertasbih ketika menuruni tempat tinggi. tak semestinya ketika menaiki kereta. Jika kita menaiki kapal terbang pun boleh bertakbir.

Dari Jabir r.a. dia berkata: “Apabila kami naik kami bertakbir, dan apabila turun kami bertasbih”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

10. Bernyanyi/Berzikir/Berzanji sebagai hiburan ketika dalam perjalanan. Rasulullah suka perjalanan yang menenangkan.

11. Sujud syukur bila tiba di destinasi.

12. Membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Kebanyakan dari kita selalu membeli buah tangan untuk dibawa pulang, tapi sayangnya kita lakukan tanpa mengetahui bahawa ia sebahagian dari sunnah Rasul. Alhamdulillah buat setakat ni apabila balik dari bermusafir.

13. Meminta orang bermusafir mendoakan kita kerana doa orang yang bermusafir lebih mustajab.

‎"Tiga doa yg sangat mustajab; doa orang yg puasa, doa orang yg dizalimi dan doa orang yg musafir."
(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.)

Dari Umar Bin Khattab r.a dia berkata : aku meminta izin kepada Nabi S.A.W untuk melaksanakan ibadah umrah dan baginda mengizinkanku serta bersabda:

“Jangan engkau lupakan kami dalam doamu, wahai saudaraku”.
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

Bayangkan, Rasulullah pun minta orang bermusafir mendoakannya. Hebat bermusafir ni kan?

In Sya Allah nak menjelajah dunia

Korea (2013)
Singapura (2014)
Indonesia (2015)
Brunei (bakal terbang 2016)
Mekah (bakal 2017)

Salam Sayang
AINI

Singapura (2012)
Indonesia (2015)
Brunei (bakal terbang 2016)
Mekah (bakal 2017)

Salam Sayang
AINI

Read More