Memaparkan catatan dengan label adab bermusafir travel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adab bermusafir travel. Papar semua catatan

Khamis, 3 November 2016

Adab Bermusafir Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Adab bermusafir

Alhamdulillah sepanjang bermusafir dapat ikut adab-adab ni. Semoga musafiran kita mendapat berkat dan rahmat bukan sekadar berjalan makan angin. Tapi ambil sesuatu yang bernilai dari musafiran tersebut.

IM ALWAYS a TRAVELLER.

1. Mulakan dengan Niat. Niat mestilah baik, bukan untuk berbuat maksiat atau kemungkaran. Perjalanan mestilah dengan bertujuan, bukan redah tanpa memikirkan tujuan dan aktiviti yang ingin dicapai. Sebaiknya rancang perjalanan kita supaya sepanjang musafir kita dapat manfaat.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan:

Seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

2. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum keluar rumah. Moga Allah permudahkan segala urusan perjalanan kita.

“Tidaklah seseorang meninggalkan sesuatu bagi keluarganya yang lebih baik dari 2 rakaat yang dilakukan di sisi mereka ketika berniat untuk bermusafir”
(Hadis diriwayatkan oleh Tabrani)

3. Memulakan musafir selain dari hari Jumaat supaya tidak terlepas Solat Jumaat.

“Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

4. Membawa beg yang berisi keperluan diri.

5. Meminta izin dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga dan balik dengan segera setelah urusan selesai

"Apabila seseorang dari kamu akan bermusafir , hendaklah meminta izin kepada saudara-saudaranya, sebab sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan kebaikan pada doa mereka."
(Diambil dari kitab al-Azkar Imam Nawawi)

6. Memulakan perjalanan pada waktu malam. Berjalan di waktu malam dapat menjimatkan masa atau memendekkan masa perjalanan kerana malam lebih tenang.

“Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

7. Bermusafir dengan berteman. Kalau lebih dari 3 orang, sunat melantik ketua bagi perjalanan tersebut.

“Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.”
 (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

8. Membaca doa sebelum bermusafir, doa naik kenderaan dan doa ketika memasuki suatu kawasan atau tempat orang.

9. Bertakbir bila melalui tempat tinggi dan bertasbih ketika menuruni tempat tinggi. tak semestinya ketika menaiki kereta. Jika kita menaiki kapal terbang pun boleh bertakbir.

Dari Jabir r.a. dia berkata: “Apabila kami naik kami bertakbir, dan apabila turun kami bertasbih”
(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

10. Bernyanyi/Berzikir/Berzanji sebagai hiburan ketika dalam perjalanan. Rasulullah suka perjalanan yang menenangkan.

11. Sujud syukur bila tiba di destinasi.

12. Membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Kebanyakan dari kita selalu membeli buah tangan untuk dibawa pulang, tapi sayangnya kita lakukan tanpa mengetahui bahawa ia sebahagian dari sunnah Rasul. Alhamdulillah buat setakat ni apabila balik dari bermusafir.

13. Meminta orang bermusafir mendoakan kita kerana doa orang yang bermusafir lebih mustajab.

‎"Tiga doa yg sangat mustajab; doa orang yg puasa, doa orang yg dizalimi dan doa orang yg musafir."
(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.)

Dari Umar Bin Khattab r.a dia berkata : aku meminta izin kepada Nabi S.A.W untuk melaksanakan ibadah umrah dan baginda mengizinkanku serta bersabda:

“Jangan engkau lupakan kami dalam doamu, wahai saudaraku”.
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

Bayangkan, Rasulullah pun minta orang bermusafir mendoakannya. Hebat bermusafir ni kan?

In Sya Allah nak menjelajah dunia

Korea (2013)
Singapura (2012)
Indonesia (2015)
Brunei (bakal terbang 2016)
Mekah (bakal 2017)

Salam Sayang
AINI






Read More