Sabtu, 11 Mac 2017

Tempat percutian menarik di Kepulauan Batam Riau

Salam manis pembuka bicara


Di sini saya ingin kongsikan percutian menarik ke Batam yang terletak di kepulauan Riau Indonesia.

Kami bertolak ke Batam dengan menaiki feri di jeti Tanjung Belungkor Penggerang Johor, sebenarnya ada beberapa tempat dari Malaysia dan Singapura untuk ke Batam.

Sebagainya contoh korang boleh naik feri dari Stulang laut dan Johor Port, tetapi Stulang dan Johor Port ni amatlah sesak sangat dengan manusia. So saya memilih naik feri dari Tanjung Belungkor, memang recomended sebab tak perlu bersesak- sesak macam sardin, memang santai sangat ikut jeti Belungkor ni, orang tak ramai, tempat parking pun tiada masalah.



    Bersedia untuk bertolak


 Feri pun best tak sesak, boleh duduk di mana sahaja



Tanjung Belungkor yang lenggang dan tidak sesak, belakang tu adalah ferinya


Nama feri yang kami naik dari Tanjung Belungkor adalah Mutiara Mas syarikat Sungai Rezeki, Feri ini pun sangat okey dan rasa selamat lah sepanjang di laut itu, perjalanan dari Tanjung Belungkor ke Batam mengambil masa 45 minit sahaja, so sempat juga lah kami anak beranak tidur lena sepanjang di dalam feri, anak-anak pun excited naik feri, first time la katakan.

So bila sampai ke pelabuhan Batam kami memang dah bayar seorang pemandu pelancong, Nama nya Rizal, bagus sangat orangnya, sangatlah berpuas hati. Dia membawa kami ke Hotel yang tidak asing lagi iaitu Hotel Pacific Palace. Paling menarik hotel ni adalah kerana Hotel nya berbentuk kapal Titanic, sangat unik. Sebenarnya banyak hotel di Batam ni, cuma kami memilih yang lebih selesa untuk sekeluarga.


Hotel Pasific Palace bentuk kapal Titanic (menarik sangat), nampak tak bentuk kapal di belakang tu?


Oh terlupa pula, saya bersama family di Batam selama 3 hari sahaja.


Sampai akhir nya di Batam



Unik sebab diorang print guna printer di motorsikal (guna kuasa bateri motor), Diorang ini ambil gambar sangat profesional dan cantik serta murah bangat


Di antara tempat menarik yang kami pergi ialah:



Ala ala Danga Bay, Johor


Hari pertama

- Shopping (Nogoya Hill) cuci mata sahaja sebab tempat ni sangat lah mahal dan sesak

- Melawat rumah mini yang terdapat di Indonesia (tengok juga kapal Laksamana Cheng Ho)

- Jalan-jalan di Ocarina Park


Minum kopi di Fatmawati (best sangat sebab tempat ini di atas laut ada menara sambil menikmati kopi KAWWWW) - di dalam Ocarina Park



Rasa pisang cheese ni sangat berbeza dengan di Malaysia, memang lain  dan sedap!!, kopi nye sedap bangat


Hari kedua

- Perkampungan Vietnam (sambil tengok rusa dan bagi makan monyet jinak)

- Jambatan Balerang (BJ Habibi)

- Shopping (tempat murah DC mall)



Jambatan balerang yang wajib dijejaki
Bak kata orang sana jika datang batam tapi tidak pergi jambatan ni maksudnya belum cukup syarat hihi


Hari ketiga

- Shopping (tempat murah New Erika)

Shopping lah sebab murah walaupun gred barang bukan original pun tapi kualiti tau, siap beli Tab samsung lagi tau (tapi jika korang nak beli handphone dan sebagainya, perlu juga berhati-hati jangan tertipu pulak)


New Erika
Tempat shopping yang agak ok dan murah


Makanan dekat Batam ni memang Halal tapi korang perlu juga berjaga-jaga sebab walaupun orang yang jual macam orang Islam tapi bukan semua kedai ada tanda halal ye dan patut syariah. Sebab di Batam ni khinzir pun ada juga dijual di gerai gerai tepi jalan.


Diantara tempat makan yang best ialah:

Selero bersamo (nasi padang) rule makan nasi padang ni kene ingat jangan sentuh semua pinggan yang penuh dengan makanan tu tau, nati tak pasai-pasai kene charge (bayar), so korang makan yang berkenan je ye, walaupun rambang mata nak rasa semua benda. Ingat tuuuuu...


Nasi padang



Acia ikan bakar



Dapoer ikan bakar


Sekian percutian best di Batam yang terletak di antara Malaysia, Indonesia dan Singapura



Round round Batam






 Round round Batam



Akhir kata, selamat bercuti ye, semoga sharing kali ini mendapat manfaat untuk semua.

Info: Batam menggunakan mata wang Rupiah


Salam musafir di angin lalu

Aini
0136288543
(Shaklee Independent Distributor Negeri Sembilan)

Read More

Tempat percutian menarik di Bintulu, Miri dan Brunei

Salam manis pembuka bicara

Baru baru ini sempena cuti sekolah saya bersama keluarga ke Bintulu, kebetulan di sana ada majlis sepupu berkahwin, jadi sambil menghadiri majlis tersebut, sambil makan angin di sana. Saya juga bernasib baik kerana adik ipar saya juga menetap di Bintulu, jadi pergerakan kami lebih mudah dengan menaiki kereta.

Setelah sampai di Airport Bintulu, kami ke majlis perkahwinan, setelah itu pengembaraan kami bermula BINTULU - MIRI - BRUNEI


Sepupuku, tahniah Yana


Di Airport, mujur si kecil behave 

Di bintulu kami sekeluarga singgah di sebuah pantai iaitu Pantai Tanjung Batu sambil menikmati keindahan alam



Kemudian kami bertolak ke Miri, kami sekeluarga tidur bermalam di sana, sebelum ke Brunei keesokkan paginya. 


Di antara tempat menarik di Miri di antaranya Gua Niah dan Borneo Tropical Rainforest


1. Gua Niah

2. Borneo Tropical Rainforest Resort

Bagi yang ingin merasai udara yang segar, ingin melihat kehijauan alam yang masih belum tercemar, boleh lah menyinggah ke tempat ni. Makanan yang dihidangkan pun sangat segar dan sedap serta lain dari biasa.

Pakej yang ditawarkan juga agak berbaloi. Boleh google pakej terbaru yang resort ini tawarkan.



Waterpark di sini agak menarik


Cantikkan?


Rezeki sebab makanan dihantar special ke bilik


1st class hidangan di sini


Ready untuk aktiviti pertama tour di Tropical Rainforest


Ikan di sini talapia dan patin


Hijau sangat, segar!!


Waterpark dikelilingi hutan


View paling best sebab boleh kenal macam-macam jenis kayu


Bertolak balik


Terbaik resort ni


Datang sarawak wajib makan mee kolok di MADLI"S restoran

Jangan lupa juga singgah di Restoran Muara untuk merasai lalapan yang sedap

Bintulu ke Miri : 2 jam menaiki kenderaan

Miri ke Brunei : 2 jam menaiki kenderaan


Alang-alang ke Bintulu dan Miri kita singgah sekali ke Brunei. Perkara yang paling di sini ialah semua papan tanda ada tulisan jawi. Brunei juga jauh dari kesesakan dan kesibukan kota. Patut lah Negara Brunei ni dikenali dengan 'quit dan peacefull city'. 



Ke kampung Ayer naik boat


Nampak tak batu tu? kapal Si Tanggang yang di sumpah oleh ibunya dek kerana derhaka tidak mengaku ibu sendiri


Telan air liur tengok harga minyak di Brunei ni tau


Dapat juga makan Jollibee ni


Bukan semua negara ada Jollibee ni, yang saya tahu di Brunei, Filipina


Dulu saya pengguna body shop, sekarang pengguna tegar nutriwhite 
tulisan jawi tu memang winn..


Tulisan jawi


Tulisan Jawi

  
Tulisan Jawi


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
kubah daripada emas


Kubah emas


Semoga bermanfaat 

Salam musafir di angin lalu

Aini

0136288543
(Shaklee Independent Distributor)
















Read More

Khamis, 2 Mac 2017

Wake up and never give up

Alhamdulillah selesai closing biz februari. Menanti kedatangan mac yang awesome. Semoga diri ku lebih cemerlang dengan biz shaklee.

Rupanya keputusan yang diambil dahulu untuk sekadar berkongsi kebaikan produk shaklee dengan semua, bukan sekadar sementara. Sekarang sudah makin konsisten dan mendapat rentak untuk ku trus mara.

Azamku untuk lebih bersungguh mencapai impian ini. Apa nak malu kan. Kita follow cara nabi. Nabi pun berniaga tau. So kita perlu bangga kita menyambung 

Harapan tahun ni untuk lebih kehadapan mengatur langkah membantu lebih ramai lagi untuk hidup lebih sihat dengan shaklee. Shaklee bukan produk siap bancuh belakang rumah then jual. Tetapi produk yang diuji dengan ujian klinikal, banyak research dan journal tang diterbitkan serta mempuny land mark study yang dibuat oleh pihak ketiga untuk memastikan keberkesanannya kepada pengguna

Mengupgrade diri untuk menjadi leader yang hebat supaya anak anak biz di bawah ku terus cemerlang. Melahirkan lebih ramai supervisor dan naik rank dengan gemilang. 

Menambah kewangan family sejajar dengan semua benda naik tak turun turun. So income sebulan pun wajib naik dan naik serta bertambah.

Dalam biz shaklee shaklee saya tidak diajar untuk mengejar bonus semata. Tapi diajar apabila dapat bonus atau income banyakkan sedekah dan zakat.

Harapan saya semoga impianku tercapai. Banyak nak disenaraikan impian sepanjang hidup ini. Salah satunya semoga dapat jutawan islam yang kaya dan berjaya. Doakan.

Sebarang info dan order produk shaklee boleh hubungi

#tsunamishaklee



Read More

Selasa, 21 Februari 2017

Salam ceria

Baru baru ni saya ke shaklee health wellness talk yang di buat di bangi











Read More

Jumaat, 17 Februari 2017

Vivix saya di lamar oleh lelaki sado yang mempunyai masalah resdung hidung dan elergik

Apakah yang dimaksudkan dengan resdung?

Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Tanda-tanda anda mengalami masalah resdung

1. Gatal-gatal
2. Hidung berhigus atau tersumbat 
3. Sakit kepala terutama di dahi dan pipi
4. Masalah kelemumur yang berterusan

Rupa-rupanya, rakyat Malaysia sekarang ramai yang mengalami masalah resdung, elergik dan sinus kerana tidak mejaga diet dan pemakanan dengan betul. Terlalu kerap makan udang, sotong serta belacan antara penyumbang kepada masalah resdung dalam kalangan lelaki dan wanita. Lebih teruk kesan daripada resdung mengakibatkan jerawat yang teruk dimuka dan belakang badan serta nafas berbau apabila bersin.

Baru baru ini, saya terima feedback customer yang beli hanya vivix untuk masalah resdungnya yang agak teruk, seorang lelaki yang superbusy dan sering outstation. Jom kita baca feedback customer saya.

"Hidup lebih synergi dengan Vivix"

Saya bangun pagi jam 5.30 pagi, selepas mandi saya akan terus membuka peti ais dan mengambil sebotol vivix saya, botol berwarna purple, saya ambil satu tea spoon vivix dan secawan air masak

Secara jujurnya, saya dapat bertahan dari segi energi memandu ke pejabat yang agak jauh kira-kira 70 km sehala dan kerja long hours tanpa keletihan

Lagi satu kelebihan vivix ialah pencernaan. Panggilan semulajadi tidak ada masalah sembelit atau masalah buasir, senang dan mudah

Bab hidung gatal-gatal pun tiada lagi. biasanya tanpa vivix pasti menggaru lepas pekena belacan dan sebagainya, tapi vivix dapat mengawal kegatalan akibat resdung

Hidup lebih synergi dengan vivix

Kita bertemu dengan lebih banyak lagi kebaikan dan keistimewaan vivix di lain lembaran

To be continued...

Jadi, tak salah jika mencuba, pelaburan untuk benda yang menyihatkan tiada ruginya.
Bagi anda yang ingin mendapatkan vivix, boleh dapatkan daripada saya.

Info dan order
0136288543
COD Negeri Sembilan
POS seluruh Malaysia




Read More