Isnin, 20 Julai 2015

Menelusuri leluhur keluarga besarku Na Jangki Luhah Datuk Singarapi Putih Sungai Penuh dan Haji Kulop Mat Isa dan Hajah Rokiah

4 generasi keturunan Na jangki dan Haji Kulop Mat Isa


Syawal 1436 hijrah kali ini amat istimewa buat ku kerana pada syawal pertama dan kedua tahun ini aku telah menghadiri dua perjumpaan keluarga besar leluhurku iaitu:
  • Opah ku dari keturuanan Na jangki dari Sg. Penuh Jambi
  • Tok ku iaitu Zakaria bin Haji Kulop Mat Isa

Aku amat bersykur dan berterima kasih kepada orang kuat di sebalik tabir penganjuran program perhimpuanan keluarga besar tahun ini iaitu Yb Datuk Dr Drs Mohd Nizar Zakaria Adun Tanjung Belanja yang perupakan exco Agama dan Keusahawanan Negeri Perak, merangkap paksu ku sebelah mak dan ramai lagi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Berkisar tentang usaha yang dilakukan ini paksu ku juga merupakan mantan pelajar di sebuah universiti di Indonesia, beliau memulakan langkah menjejak leluhur yang berada di Sg Penuh Jambi semenjak beliau balajar di sana lagi.

Syawal kali ini amat bermakna kerana aku dapat belajar mengenali leluhurku dan susur galur keluarga besar Na Jangki sehingga 4 generasi (batch aku)

Mengikut cerita yang ku dengar, Na Jangki menetap di Jambi dan anak keturuanannya telah berhijrah ke tanah melayu sebelum merdeka dan menetap di Tanah Melayu sehinggalah sampai ke beberapa generasi hingga kini.

Memang best berjumpa dengan semua saudara mara pada waktu itu, terasa kuatnya ukhuwah dan persaudaraan darah yang mengalir dalam setiap urat nadi kami, 

Pada hari raya ke 2 Paksu ku juga telah menganjurkan juga perjumpaan keluarga atok ku iaitu Haji Kulop Mat Isa di Pasir Gajah

Tujuan utama perjumpaan ini untuk mencari dan mengumpulkan semua susur galur dan leluhur kami supaya tidak terputus begitu sahaja.

Sambil sembang-sembang tentang Sg Penuh di Jambi rupa nya menurut mitos keturunan kerinci ini memiliki ilmu menjadi harimau jadian tetapi aku tidak beberapa pasti sejauh mana kebenaran kisah ini apa yang pasti syawal kali ini semangat Na Jangki telah meresap ke setiap urat nadi generasi ke 4 setelah adanya reunion ini  

Semoga syawal akan datang kami dapat berkumpul dan bertemu lagi menyambung silaturrahim yang tidak pernah putus.

Harapan ku semoga suatu masa nanti aku dapat ke Sg Penuh bertemu dengan susur galur ku di sana. 

Jambi pasti menggamit naluriku untuk bertemu dengan leluhurku di sana



Keluarga sebelah Opah Meriah Yaakub (Na Jangki)



                                 Keluarga sebelah Opah Meriah Yaakub (Na Jangki)


        Perjumpaan keluarga sebelah tok Zakaria (Hj Kulop Mat Isa)



                             Perjumpaan keluarga sebelah tok Zakaria (Hj Kulop Mat Isa)
                                                                menjamu selera



Free style
Read More

Sabtu, 18 Julai 2015

Resepi nasi beriani ala pakistan

Resepi kambing & nasik
#Kambing @ ayam
1kg-16.50      1kg-7.00
Lamb-1 kg 23.50 (lg sedap)
# blander
1. Halia - 2inci
2. Bawang putih -1 labu
3. Cabai kecik - 5 biji

#Rencah
4.  Bawang besar -3biji
5.  Tomato -3biji
6.  Daun ketumbar -7tangkai
7.  Jintan putih -1sudu teh
8.  Kunyit -2sudu teh
9.  Serbuk kari -1sudu teh
10. Serbuk cili -1/2sudu teh
11. Buah pelaga -5biji
12. Kayu manis -1btg
13. Bunga lawang -3kuntum
14. Yogart - 2sudu besar
15. Kentang -2/3biji- (takde pun takpe, utk banyakkn saja)

Kaedah
1- tumis bawang besar sehingga garing keemasan (timbul)
2- masukan bahan kisar (tak perlu garing sekadar naik bau
3- masukan semua bahan lain dan kacau hingga tomato menjadi lembik
4- masukan kambing/ayam -( kalu nak cepat rebus kambing siap2)
5- masukan kentang.
6- doa, inshaallah allah bagi sedap

Nasi biriyani
#. Beras basmathi 1KG

# Tumis- hingga keluar bau (hingga bawang putih tukar warna)
1. Bawang besar - 1biji
2. Bawang putih - 7 ulas
3. Halia - 2 inci.
4. Kulit kayu manis- 1 btg
5. Buah pelaga - 5 biji
6. Bunga lawang - 3 kuntum
7. Minyak sapi. -5 sudu besar

#. Bhn2 ke-2 (kalau tak ade pun takpe- penambah rasa)
1. Tomato 2 biji
2. Daun pudina - 5 tangkai
3. Daun ketumbar - 7 tangkai
4. Yogart asli (tawar)- beberapa sudu (sedaaaap)
5. Kismis - segengam
6. Cabai muda - 2 biji potong 4

#. Rempah
1. Rempah TOBA pakistan
(Kalau ade rempah lain pun boleh
2. Garam
3. Gula

###. Teknik masak
1. Rendam beras 20-30 minit
2. Tumis bahan2 guna minyak sapi
3. Masukkn semua bahan2 ke-2 kacau hingga tomato lembik. (Kismis boleh masukkn kemudian jika mahu)
4. Masukkn rempah- sekejap sahaja. Tak perlu pecah minyak
5. Masukkn garam n gula
6. Masukkn semua bahan dlm periuk,masukkn beras, masukkn air.
7. Doa & Tunggu 40 minit. Dahhhh saip. Inshaallah Allah bagi sedap

******* ukur beras sebelum rendam- kalau beras satu liter, air pun satu liter tapi lebihkn air sedikit sahaja
Read More

Rabu, 15 Julai 2015

Faktor-faktor yang menyebabkan anda masih belum dikurniakan anak atau sukar untuk hamil

Menurut Dr Khairiah Seman daripada Pusat Bersalin Barakah, terdapat empat kategori penyebab mengapa seseorang wanita atau isteri lambat hamil. Antaranya ialah, masalah isteri, masalah suami, masalah kedua-duanya dan yang terakhir jika kedua-duanya normal, namun mungkin belum diberi rezeki untuk mempunyai zuriat.

Bagi wanita, isu kesuburan banyak dipengaruhi oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan yang boleh menjejaskan proses ovulasi. 

Berikut adalah masalah-masalah yang menjadi faktor mengapa anda sukar untuk hamil.

1. Kerosakan pada tiub fallopio yang akan menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Tiub fallopio yang rosok adalah disebabkan keradangan serta ibu yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim.

2. Berlakunya endometriosis. Ia terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh dalam rongga rahim berkembang di kawasan luar rahim wanita.

3. Sperma akan gagal mencapai telur jika ada perubahan pada uterus atau serviks. Jika kedua-dua organ ini mempunyai parut disebabkan oleh pembedahan, ia akan menghalang sperma bergerak untuk mencari ovum wanita.

4. Wanita yang mempunyai kelainan ataupun kecacatan pada sistem pembiakan juga sukar untuk hamil. Sistem pembiakan seperti rahim, tiub fallopio, rahim yang bermasalah menjadi faktor utama mengapa seseorang wanita itu tidak boleh hamil.

5. Faktor usia juga antara penyebab wanita sukar ataupun lambat hamil. Wanita berusia 35 tahun ke atas mempunyai peluang yang lebih tipis untuk hamil jika dibandingkan dengan mereka dalam lingkungan usia sihat wanita iaitu 20 hingga 30 tahun.

6. Emosi yang tertekan ataupun stress juga akan membantutkan usaha anda untuk mendapatkan zuriat.

7. Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti mengambil alkohol, merokok dan kafein yang tinggi akan mempengaruhi ketidaksuburan wanita.

Namun, masalah gagal untuk mendapatkan cahaya mata bukan hanya berpunca daripada golongan wanita sahaja. Dalam beberapa kes, lelaki juga dipercayai menjadi punca mengapa rumahtangga mereka tidak dikurniakan zuriat.


1. Antara faktornya ialah lelaki juga boleh menjadi tidak subur disebabkan masalah hormon. Gangguan pada hormon sering berlaku kepada mereka yang mengambil steroid dalam jangka masa panjang yang menyebabkan testosterone tidak dapat dihasilkan hingga testis mengecut.

2. Masalah sperma adalah masalah utama ketidaksuburan golongan lelaki. Ologospermia, bilangan sperma kurang daripada 20 juta sperma setiap meliliter air mani dan tidak berkualiti adalah perkara lazim terjadi yang mengurangkan peluang pasangannya untuk hamil.


#Banyakkan berdoa dan mendapatkan rawatan ke pakar sakit puan. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.
Read More

Panduan penyusuan: Apa yang perlu ada apabila anda membuat keputusan untuk menyusukan anak

Apa yang perlu ada apabila anda sudah membuat keputusan untuk menyusukan anak anda: panduan penyusuan


Memilih untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu adalah keputusan bijak wanita bergelar ibu. Ia seharusnya sudah diniatkan dalam hati seorang ibu sebaik dirinya disahkan mengandung. Tiada alasan sukar atau takut tidak ada susu, kerana Allah menjadikan setiap wanita itu mampu menyusukan anak yang dilahirkan.


  • Pam Penyusuan
Ia umpama harta dan pelaburan jangka masa panjang yang paling berharga bagi ibu yang menyusukan bayi. Sebaiknya beli pam sebelum anda bersalin kerana memudahkan proses membuat stok susu ibu seawal seminggu selepas melahirkan bayi. Jenama apa yang sesuai, Terpulang kepada keperluan dan budget ibu tersebut. Kini ada banyak pilihan pam payu dara di pasaran. Sebaiknya dapatkan info dan cuba sendiri pam contoh yang dipamerkan di sesetengah kedai barangan ibu dan bayi. Saya guna jenama Medela, pastikan anda survey dulu ya sebelum beli


  • Coli Menyusu
Bila si kecil menangis hendak menyusu, anda pasti akan kelam kabut membuka coli untuk membolehkan anak menghisap puting payu dara anda. Dengan menggunakan coli penyusuan, ia memudahkan dan menjimatkan masa anda menyusukan bayi. Sangat penting kerana saiz breast akan berbeza bila anda menyusukan anak. So eloklah diganti coli yang baru dan lebih selesa


  • Pad Payu Dara
Ada sesetengah ibu mudah mengalami susu meleleh keluar ketika waktu bekerja menyebabkan pakaian menjadi basah. Bagi mengelakkan ketidakselesaan, pakailah pad payu dara yang membantu menyerap lelehan susu yang keluar. Jika susu tidak di pam payu daya akan penuh dan menyebabkan lelahan berlaku. Mungkin anda hanya perlu beli sedikit sahaja pad ini,


  • Bekas Penyimpan Susu Ibu

Sekiranya anda bekerja dan mengepam susu, ia adalah barang wajib ada untuk menyimpan stok susu ibu perahan. Tidak kisah sama ada anda memilih botol penyimpan susu ibu atau plastik penyimpan susu ibu, ia antara barangan yang kerap dibeli sepanjang menyusukan anak. Plastik menyimpanan susu adalah lebih jimat, tapi botol anda perlu juga ada, kerana ia akan memudahkan anda menghantar botol kepada pengasuh.


  • Beg Pendingin

Ini juga mesti ada bagi ibu yang bekerja. Ia berfungsi untuk menyimpan stok susu ibu sepanjang berada di pejabat jika pejabat anda tiada peti ais atau frezer.


  • Pek Ais

Gabungan lengkap dengan beg pendingin. Pek ais ini digunakan untuk menyejukkan susu ibu perahan sepanjang berada di pejabat atau di luar rumah. Biasanya ia mampu bertahan sehingga 12 jam.


  • Deep Freezer

Untuk membolehkan stok susu ibu perahan bertahan lama, ia mestilah disimpan dalam deep freezer kerana ia mampu bertahan sehingga enam bulan. Jika anda mampu, boleh lah beli, tapi jika peti ais anda boleh menampung stok susu rasanya tidak perlu mambazir untuk membeli freezer


  • Nursing cover

Bagi memudahkan tugas menyusukan anak yang boleh dilakukan di mana-mana pada bila-bila masa, maka ibu wajib ada nursing cover. Ia bertujuan melindungi bahagian payu dara ibu daripada terdedah kepada pandangan umum. Carilah baju yang sesuai.


  • Nursing blouse

Rekaan pakaian yang mesra penyusuan ini membolehkan tugas menyusu menjadi lebih mudah dan praktikal. Pastikan ibu ada pakaian yang mesra penyusuan supaya tugas menyusukan bayi boleh dilakukan dengan gumbira


Happy sharing..
Love,
Aini
(Pengedar Shaklee Negeri Sembilan)
0136288543

Read More

Selasa, 14 Julai 2015

6 Permainan yang menjimatkan wang ringgit untuk anak anda, tak perlu beli mahal-mahal jimat kos

Permainan yang menjimatkan wang ringgit untuk anak anda, tak perlu beli mahal-mahal jimat kos


Jika kita membuat pengiraan permainan anak yang kita beli dari mula lahir hinggalah berumur 6 hingga 7 tahun, wah tak terhitung banyaknya kan?? ade yang mahal murah, tak kurang pula yang mahal 3 hingga 4 hari main sudah hancur,patah, hilang, dan sebagainya. Jadi sebenarnya ada cara untuk kita menjimatkan kos membeli permaianan untuk anak kita ye. So setelah anda baca, anda boleh fikirkan macam-macam lagi selain dari yang apa yang telah saya senaraikan. Have fun....
  • Lampu suluh mini
Suruh anak kecil anda menyorok di bawah selimut. Kemudian pasangkan lampu suluh ke arah selimut. Beberapa saat kemudian tutup semula lampu suluh. Ulang beberapa kali. Si kecil pasti bergembira dan ketawa keseronokan bermain bermain dengan lampu suluh ini. Jangan terkejut, selain bermain mereka juga sebenarnya sedang belajar. Menutup dan membuka lampu suluh sebenarnya membantu perkembangan kemahiran motor anak dan mengajarnya perkataan baru seperti “buka”, “tutup”, “lampu”. Pastikan anda menggunakan lampu suluh bersaiz kecil dan selamat untuk anak.

Hasil carian imej untuk lampus suluh
  • Barang terbuang
Pemegang tisu gulung, kotak bijirin, perca kain, plastik bubble dan tisu boleh dijadikan bahan kreatif yang menarik seperti robot, orang mumia, teropong dan bermacam lagi. Daripada bahan-bahan tersebut dibuang ada juga manfaatnya diberikan kepada anak anda supaya terangsang kreativiti mereka. Dengan cara ini secara tak langsung kita dapat menghabiskan masa berkualiti dengan anak. Tapi jangan marah kalau rumah anda bersepah dengan bahan-bahan kreatif ciptaan anak anda.

Hasil carian imej untuk kotak terbuang

  • Buih sabun
Kanak-kanak memang suka memerhatikan perbuatan orang tua mereka. Mereka gemar meniru kelakuan ibu ayah membuat kerja rumah. Tugas membasuh pinggan mangkuk di sinki dapur antara yang paling dinantikan oleh si kecil. Beri peluang mereka basuh sendiri cawan dan pinggan plastik. Peluang bermain air dan buih sabun memberikan mereka kegembiraan mengalahkan bermain permainan video di telefon pintar kita.

Hasil carian imej untuk buih

  • Mangkuk dan senduk
Kanak-kanak memang suka pergi ke kawasan dapur terutama apabila ibu sibuk memasak di dapur. Agaknya mereka rasa di dapur ada banyak perkara yang boleh diteroka. Apa kata berikan sahaja si kecil bermain dengan sudu, sudip, mangkuk dan lain-lain lagi alatan yang selamat untuk mereka. Pasti si kecil khusyuk bermain meniru gaya ibu memasak dan yang pasti ibu juga mudah membereskan kerja.

  • Pakaian lama
Sesekali biarkan sahaja si kecil berimaginasi. Dengan memberikannya tudung, topi, kasut dan pakaian lama ibu dan ayah, alatan mekap ibu untuk anak perempuan, mereka boleh berangan untuk menjadi apa sahaja. Biarkan anak berseronok dan bereksperimen sepuasnya. Ia membantu kreativiti diri anak.


  • Ajar anak berkebun

Ajar mereka menyiram pokok, mencabut rumput-rumput di dalam pasu dan jangan lupa kenalkan mereka dengan daun pokok semalu yang unik, apabila sentuh ia akan mengecup, pasti anak anda suka dan teruja bertanya pelbagai soalan.

Hasil carian imej untuk pokok semalu

Read More