Selasa, 14 Julai 2015

Masalah tonsil bengkak dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa: simpton, kesan dan rawatannya

Tonsil?

Tonsil adalah kelenjar tisu limfoid yang berfungsi sebagai markas pertahanan yang diperlukan oleh badan pada awal pembesaran kanak-kanak. Kumpulan tisu tonsil ini dikenali lingkaran tonsil Waldeyer (Waldeyerls tonsilar ring). Semasa awal pembesaran kanak-kanak, kesemua tonsil ini berfungsi sebagai pertahanan badan. Ia akan melawan jangkitan kuman yang melalui saluran pernafasan dan mulut kanak-kanak. Apabila kanak-kanak dijangkiti kuman, tisu tonsil akan menghasilan sel untuk melawan kuman dan ini menyebabkan tonsil menjadi radang dan membesar. 

Ini akan berterusan sehingga kanak-kanak berumur 2-3 tahun. Kemudian ia secara beransur-ansur akan diambil alih tugas oleh sistem pertahanan badan yang lebih menyeluruh dan matang. Apabila ini berlaku tisu tonsil akan mengecil dan kurang berfungsi.

Tetapi sesetengah individu tisu tonsil terus kekal besar dan akan menjadi tumpuan jangkitan kuman. Bagi individu ini mereka akan mendapat masalah sakit tonsil secara berulang-ulang. Individu ini akan mengalami sakit tonsil yang kerap (sekurang-kurangnya sekali sebulan). 

Simpton sakit tonsil 

  • Sakit tekak yang teruk menyebabkan sakit apabila menelan makanan.
  • Demam dengan suhu melebihi 38 darjah selsius.
  • Perubahan suara. Suara menjadi garau ataupun seperti suara apabila sedang makan makanan panas (Hot potato voice).
  • Lenguh atau sakit badan.
  • Sakit kepala.
  • Berdengkur waktu tidur - Ini disebabkan tonsil yang bengkak.

Kesan Tonsil

  • Mengalami kesakitan dan demam yang lama (sekurang-kurangya 1 minggu)
  • Perlu ke klinik untuk berjumpa dengan doktor untuk merawat sakit tonsil mereka.
  • Perlu mengambil dan menghabiskan ubat antibiotik disamping ubatan lain untuk simptom mereka (contohnya ubat demam dan ubat sakit tekak)
  • Terpaksa cuti sakit dari persekolahan dan ini akan menganggu pembelajaran mereka
  • Tidur terganggu, ini disebabkan tonsil yang membengkak akan menyebabkan tidur berdengkur dan juga pada kes yang teruk mereka akan berhenti bernafas seketika semasa tidur - Sleep Apnea.
  • Oleh kerana itu, kebanyakan doktor akan menyarankan agar masalah tonsil dirujuk dan dirawat kepada pakar 

Rawatan Tonsil

1. Rawatan perubatan:
  • Antibiotik - Perlu diambil selama sekurang-kurangnya seminggu (Cth: Amoxicillin; digunakan pada peringkat pertama dan Augmentin digunakan apabila antibiotik biasa tidak berkesan)
  • Ubat demam/tahan sakit
  • Lezonges (ubat yang dihisap/kemam)
  • Ubat kumur (Diflam atau Thymol gurgle) juga diberikan tetapi kurang berkesan kerana ia tidak membasahi tonsil.
2. Pembedahan:
Pembedahan tonsil dikenali sebagai Tonsillectomy. Tonsillectomy ialah pembedahan untuk membuang tonsil. Ia dilakukan menggunakan bius penuh (General anaethesia). Tonsillectomy ialah sebagai jalan terakhir untuk merawat penyakit tonsil yang berulang-ulang.

Kriteria yang boleh menyebabkan tonsil perlu dibedah

  • Masalah sakit tonsil yang berulang-ulang menyebabkan pesakit memerlukan rawatan doktor, ubatan antibiotic dan terpaksa mengambil cuti dari persekolahan atau dari bekerja.
  • Mengalami tonsillitis sebanyak 5 kali setahun atau 7 kali dalam 2 tahun yang berturut-turut.
  • Tonsil yang besar dan radang yang menyebabkan pesakit berdengkur dan mengalami apnea (berhenti bernafas) semasa tidur.
  • Sakit tonsil yang menyebabkan kawasan disekeliling tonsil bernanah (Peritonsillitis atau Quincy).
  • Sekiranya doktor pakar syak pembesaran tonsil adalah disebabkan barah tonsil.

Hasil carian imej untuk tonsil
Tonsil membengkak dan bernanah

Kisah anak saya dan tonsil

Saya mempunyai seorang anak berumur 4 tahun yang mempunyai tonsil agak besar, maksudnya ia semulajadi besar, pernah mengalami tonsil bengkak yang agak kerap, sebelum ini saya sekadar ke hospital untuk mengambil antibiotik dan alhamdulillah bengkak tonsilnya surut.

Pernah juga terjadi tonsilnya bernanah, kes yang terbaru tahun ini semasa bulan mac lepas anak saya dimasukkan ke hospital kerana tonsil bernanah, setelah menerima rawatan doktor mencadangkan anak saya dibedah untuk mengelakkan dari tonsil membengkak kembali, kerana apabila tonsil kerap berlaku kepada kanak-kanak, tonsil tersebut telah mempunyai scar tissue (parut) yang mana memudahkan kuman untuk hinggap dan sekaligus terkena jangkitan pada tonsil berkenaan, setelah kembali sihat saya bercadang mencari alternatif lain selain pembedahan.

Saya telah membuat keputusan untuk consume supplement untuk anak saya bagi mengelakkan tonsil nya membengkak dan dijangkiti kuman, saya cuba sedaya upaya untuk tidak melakukan pembedahan, jika ia perlu juga mungkin saya akan melakukannya semasa anak saya sudah membesar contohnya berumur 7 tahun lebih baik. Saya cuba untuk positif.

Supplement yang saya telah guna ialah:
  • Vitamin c kanak-kanak
  • Nutriferon (merangsang sistem pertahanan badan)
  • Garlic (elakkan batuk dan antibiotik semulajadi)
  • Performance drink (membantu mengekalkan bendalir dalam badan)
  • Omega (kurangkan batuk, semput)
Alhamdulillah setakat ini dan hingga kini kesihatannya memberangsangkan sangat, so happy sangat tak perlu dibedah lagi. Alternatif yang saya ambil sedang berjaya dan harapnya berjaya hingga tak perlu dibedah langsung. Amin

Hasil carian imej untuk nutriferon garlic vit c
Performance Drink , Garlic, Vit c dan Nutriferon

#tonsil dan demam tidak dapat dipisahkan :}

Salam ceria
Aini




Read More

Isnin, 13 Julai 2015

G6PD: langkah pengawasan yang ibu bapa perlu tahu dan contoh ubat yang perlu dielakkan bagi mereka yang mengalami G6PD

Apakah itu G6PD?


  • G6PD (Glokosa-6-Phosphate Dehidrogenase) adalah suatu enzim dalam sel darah merah manusia
  • Enzim G6PD melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan lebih awal daripada hayat biasanya
  • Selepas bayi dilahirkan darah dari tali pusat bayi dihantar untuk pemeriksaan enzim G6PD di makmal
  • Sekiranya enzim G6PD kurang, sel darah merah senang pecah dengan lebih awal. Ini boleh menyebabkan bayi berpenyakit kuning dan pucat dan mungkin boleh memudaratkan
  • Kekurangan enzim G6PD biasanya adalah penyakit keturunan 
  • Ia dialami oleh 5% - 8% daripada bayi yang lahir di malaysia terutama dalam kalangan Cina dan Melayu. Biasanya cenderung kepada bayi lelaki.
  • Sekiranya bayi kekurangan enzim G6PD ianya perlu diawasi dalam wad untuk lebih kurang seminggu supaya kejadian pucat dan kuning dapat dirawati
  • Rawatan meliputi penggunaan alat cahaya fototerapi untuk kunig dan kemasukan darah jika terlalu pucat, sedikit darah bayi perlu diambil mengikut kekerapan yang ditetapkan untuk pengwasan paras kuning atau pucatnya
  • Bayi anda dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah yang lain

Langkah pengawasan

Elakkan anak-anak dari ubat-ubat dan makanan yang boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan lebih awal

  • Ubat sendiri tanpa arahan doktor
  • Ubat gegat
  • Ubat tradisional, jamu atau ubat senseh
  • Minyak gosok perut dan kepala
Elakkan makan:

Kacang parang

Tanda-tanda dari termakan makanan atau ubat yang tidak sesuai

  • Anak anda kelihatan pucat
  • Anak mungkin mendapat jaundice
  • Air kencing anak mungkin berdarah atau berwarna teh pekat
  • Letih lesu atau tidak aktif
  • Demam

Contoh ubat yang harus dielakkan oleh G6Pd

  • Antimalaria
  • Analagesies
  • Sulfonamides and sulfoues
  • Miseellaneous
  • Antibacterial compounds
  • Anthelmiuthies


Hasil carian imej untuk g6pd














Hasil carian imej untuk g6pd

Kacang Parang
Read More

Sabtu, 11 Julai 2015

Resepi kek lava yang mudah dan sedap untuk di jamu kepada tetamu

Kek Lava

Bahan-bahannya

Bahan A

100g dark coklat
5 sudu besar mentega

Bahan B

2 biji telur gred A
1 kuning telur
3 sudu besar gula
3 sudu tepung gandum/superfine
2 sudu kecil serbuk koko
secubit garam
4 bekas paper cup atau remekins - di sapu mentega

Cara-cara nya ialah:

Sebelum itu, korang panaskan oven 200 degree ye....

Then cairkan mentega dan coklat guna kaedah double boiler hokey

Campurkan telur dan gula gaul hingga sebati 3 minit gitu sampai gula korang larut

Campur dan kacau coklat panas ke dalam adunan telur tadi

Ayak tepung, koko dan garam

Campurkan semua bahan then sediakan bekas adunan

Bakar dalam 8-9 minit sahaja pada suhu 200 degree, jangan terlebih bakar nanti tak jadi lavanya


  • Nak lagi best korang makan dengan aiskrim vanila ye, lagilah terangkat
  • Sedap dimakan ketika panas-panas tau


Selamat mencuba 

p/s
Kalo jadi belanja gambar kat sini hokey



seee......lava dia mengalir dari kek..... 


4 remekins tersedia untuk di ngap


Read More

Jumaat, 10 Julai 2015

Tips dan petua menangani kanak-kanak yang hiperaktif, kenali adakah anak anda mempunyai simptom ADHD

Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Namun, tidak semua anak yang dilahirkan normal dan tidak memberi masalah kepada ibu bapa mereka. Ini semua adalah qadha dan qadar yang telah ditentukan, yang mana secara langsung dan tidak langsung menjadi suatu ujian kepada kedua ibu bapa. Kata orang, tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya kecuali tua dan mati, cuma ibu bapa perlulah mengetahui apakah masalah dan penyakit yang dihidapi oleh anak-anak mereka supaya mudah dicari ubatnya.

Di sebabkan keadaan persekitaran dan juga pemakanan sekarang ini, banyak kanak-kanak yang menjadi hiperaktif dan agresif. Perilaku hiperaktif ini bukannya perilaku normal kanak-kanak tetapi ia merupakan suatu penyakit yang perlu ditangani dan diubati. Perilaku hiperaktif ini dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) di mana kanak-kanak ini tersangat aktif dan lasak, ia boleh memahami dan berfikir tetapi sukar memberi tumpuan atau perhatian. Ini menyebabkan kanak-kanak hiperaktif ini sukar bergaul dalam masyarakat dan lemah dari segi akademiknya.

Perilaku hiperaktif dan agresif ini terjadi disebabkan oleh perubahan kimia (neurotransmitter) pada otak dan selalunya otaknya bersaiz lebih kecil (5-10%) daripada normal. Di antara punca penyebab anak hiperaktif ialah ibu yang merokok semasa hamil, faktor genetik, kelahiran pramatang (premature), mengalami kecederaan otak semasa dalam kandungan dan lain-lain

Di antara perilaku hiperaktif yang mudah dikenalpasti ialah kanak-kanak bersikap degil, lasak dan tidak tahu duduk diam, suka membantah, suka melanggar peraturan, leka dan sukar memberi tumpuan (terutama dalam pelajaran), sering tidak berpuas hati, mudah rasa tertekan, bermasalah dalam pelajaran dan hubungan sosial dengan kawan-kawan, sering berpeluh dan mengalami sakit perut atau cirit birit.

Hasil carian imej untuk adhd

Masalah perilaku hiperaktif di peringkat kanak-kanak ini jika tidak diubati atau ditangani dengan sewajarnya, mungkin penyakit ini akan berterusan hingga dewasa. Kanak-kanak hiperaktif ini selalunya melakukan sesuatu tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya, cuma ikut hatinya sahaja dan suka bermain bersendirian.

Perilaku hiperaktif ini boleh dirawati atau ditangani dengan pengurusan emosi yang berkesan, seperti tidak meninggalkannya bersendirian bergaul dengan kanak-kanak yang lebih muda kerana ditakuti dia akan menyakiti atau mencederakan mereka, jauhkan benda-benda yang tajam dan merbahaya supaya dia tidak mencederakan dirinya sendiri, perlu ditegur dan dididik serta didisplinkannya, jangan bercakap dan berlaku kasar di hadapannya kerana selalunya dia akan mengikut apa yang ibu bapa lakukan, perlukan perhatian dan tunjukkan kasih sayang yang lebih, dan jangan merendah-rendahkan dirinya di depan orang sehingga dia terasa tidak disayangi kerana ini kan memburukkan lagi keadaannya.

Petua menangani kanak-kanak hiperaktif 


1) Tetapkan peraturan yang jelas untuk kanak-kanak hiperaktif dan untuk seisi keluarga. Jika perlu, tulis peraturan dan pampangkan di tempat yang boleh dilihat oleh semua ahli keluarga. Jangan fleksibel kerana kanak-kanak hiperaktif benar-benar memerlukan peraturan yang jelas dan menerima akibat apabila peraturan tersebut dilanggar. Beri penerangan dari mata ke mata tentang peraturan dan minta mereka mengulangi kembali apa yang kita katakan untuk memastikan mereka faham. Ini tidak bermakna kita tidak boleh menawarkan pilihan untuk kanak-kanak hiperaktif, tetapi tingkah laku yang tidak sopan seperti memukul , meludah atau mengejek patut menerima akibat yang telah ditetap. Bermakna kanak-kanak hiperaktif tahu bahawa mereka akan menghadapi hukuman sekiranya melanggar peraturan.

2) Rutin yang tetap boleh membantu kanak-kanak, termasuk kanak-kanak hiperaktif. Kebanyakan kanak-kanak cenderung untuk menghadapi  kesukaran apabila tidak ada rutin yang tetap dan konsisten. Jika kanak-kanak tahu bahawa waktu tidur adalah pada pukul 8:00 malam, maka secara semula jadi, itu akan menjadi tabiatnya. Sediakan rutin bagi aktiviti-aktiviti yang lain untuk  kanak-kanak hiperaktif, dan pastikan aktiviti-aktiviti tersebut tidak lebih dari 30 minit kerana kanak-kanak hiperaktif sukar untuk fokus untuk jangkamasa yang lama.

3) Gunakan masa lapang untuk membawa anak-anak hiperaktif keluar bersiar-siar ke taman permainan, membaca buku bersama-sama, atau sekadar bermain dan bergurau dengan mereka. Detik-detik seperti ini boleh membantu terutamanya untuk menjalin hubungan yang mesra dengan anak-anak hiperaktif. Anak-anak hiperaktif juga boleh dibenarkan bebas melakukan aktiviti sendiri selagi tidak melanggar peraturan yang telah dibuat.

Hasil carian imej untuk adhd


4) Kanak-kanak hiperaktif sangat bertenaga, menyebabkan tumpuan mereka menjadi sukar. Salah satu cara untuk membantu menangani tenaga tambahan ini adalah dengan memberi mereka banyak peluang untuk melakukan aktiviti fizikal. Walaupun kita tidak sepatutnya membiarkan anak sampai ke tahap terlalu letih, senaman adalah cara yang bermanfaat untuk membantu memfokuskan tenaga berlebihan itu secara positif.

5) Oleh kerana tenaga kinetik kanak-kanak hiperaktif agak tinggi, hukuman apabila melanggar peraturan tidak harus dibuat dengan menyekat mereka bergerak kerana ni mungkin memburukkan lagi keadaan. Menggunakan pengukuhan dan kata-kata perangsang yang positif mungkin lebih berkesan untuk jangka masa panjang, walaupun ia mungkin mengambil sedikit masa untuk melihat kesannya.

6) Dr Phil McGraw (psychologist) berkata, disiplin yang terbaik adalah dengan memfokuskan pada tingkah laku kanak-kanak yang positif. Kanak-kanak akan bertindak balas terhadap pujian, dan lebih cenderung untuk mendapatkan perhatian dengan melakukan sesuatu yang baik, jika kita memberi penghargaan setiap kali mereka berkelakuan baik. Kanak-kanak hiperaktif sering mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka dengan cara yang negatif, sama ada ibu bapa menjerit, membentak atau memukul disebabkan ibu bapa melabelkan mereka sebagai “buas”

7) Kebanyakan pakar mengesyorkan supaya mengelakkan daripada memberi terlebih rangsangan kepada kanak-kanak hiperaktif . Elakkan mereka daripada banyak menonton TV, dan jangan benarkan mereka menonton TV pada waktu malam. Bunyi TV yang kuat dan kadang-kadang mengkhayalkan boleh merangsang kanak-kanak hiperaktif. Pilih satu atau dua rancangan yang sesuai untuk mereka tonton. Kanak-kanak hiperaktif lebih mudah belajar dengan melakukan aktiviti bukan dengan duduk menonton. Jadi, sediakan banyak aktiviti yang memerlukan pergerakan untuk mereka.


8) Adalah penting untuk menyedari bahawa kanak-kanak hiperaktif tidak selalu mempunyai kawalan seperti kanak-kanak lain. Jangan menyalahkan mereka atas apa yang tidak mampu mereka kawal. Sesetengah guru gemar mengatakan bahawa jika kanak-kanak boleh berkelakuan baik sekali, mereka akan boleh berbuat demikian di lain kali tetapi ini tidak tepat untuk kanak-kanak hiperaktif. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi keupayaan kanak-kanak hiperaktif untuk mempamerkan kawalan diri. Kita perlu peka terhadap faktor-faktor luaran yang boleh membuatkan kawalan diri menjadi lebih sukar, seperti ketegangan antara ibu dan bapa, kematian haiwan kesayangan, tidak cukup tidur dan sebagainya. Kanak-kanak yang tidak sihat sering buat perangai dan ini tidak terkecuali pada kanak-kanak hiperaktif juga.

sumber:
ibubapacemerlang2012.blogspot.com


Hasil carian imej untuk adhd



Read More

Osteoprosis, tulang rapuh, gigi reput dan patah, kekejangan, sembelit tanda anda kekurangan kalsium dalam badan

Susu adalah di antara sumber kalsium, kalsium sangat penting untuk tulang dan gigi manusia, walaupun semua perkara ini kita sudah sedia maklum, tetapi masih ada lagi segelintir mereka yang tidak mengambil berat tentang keperluan kalsium mereka. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan keperluan kalsium anak anda mencukupi terutama anak yang sedang membesar di usia 7 hingga 12 tahun. Banyak kesan boleh berlaku jika kita tidak menitikberatkan keperluan nutrien dalam badan kita. Bertindak segera sebelum terlambat

Kesan kekurangan kalsium boleh menyebabkan perkara berikut:

  • osteoporosis
  • gigi rapuh patah
  • tulang rapuh
  • sembelit
  • insomnia
  • lenguh sendi
  • Kejang semut
  • gusi kerap berdarah
  • selalu atau kerap terkena simpul biawak

Hasil carian imej untuk tulang reput


Tahukah anda kalsium di antara mineral yang paling banyak diperlukn oleh badan anda, jadi kenapa masih ragu-ragu dengan pengambilan kalsium 

Bagi yang susah minum susu boleh ambil tablet

Siapa yg perlu kalsium:

  • Warga emas
  • orang dewasa
  • kanak kanak (minum susu)
  • Ahli sukan
  • tak suka minum susu
  • ingin sihat
  • Ibu mengandung,menyusu dan berpantang

Komposisi Ostematrik


  • 1000mg unsur kalsium daripada sumber tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap
  • 400mg magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400mg vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium


Di datangkan dalam bentuk kaplet yang mudah ditelan

Keistimewaan ostematrik


  • Kalsium - Penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat.
  • Vitamin D - Membantu meningkatkan penyerapan kalsium. Bagi meninggikan ketumpatan tulang dan menguatkan rangka badan
  • Magnesium - Meningkatkan komposisi dalam tulang dan rawan. Membantu meningkatkan rembesan enzim untuk hasilkan tenaga. Menghalang endapan kalsium dengan melarut dan mengurangkan pembentukan batu karang dan batu hempedu
  • Zink , Boron, Manganese, Kuprum- memantau dan mengekalkan metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, Mengawal enzim yang diperlukan untuk tulang dan rawan.


Hubungi saya 0136288543
Ingat jangan dah rapuh semuanya baru nak tersedak

Ostematrik

Jom cek keperluan kalsium anda




Oh tidak!!!!

Read More