Memaparkan catatan dengan label staycation Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label staycation Terengganu. Papar semua catatan

Isnin, 15 Mei 2017

Staycation bersama vivix sempena Visit Beautiful Terengganu 2017

Staycation bersama vivix sempena Visit Beautiful Terengganu 2017

Alhamdulillah hari ini sampai rumah jam 11.30 lebih, travel ke Terengganu. Asalnya en husband ingin ke Pulau Duyong, tapi dek alang-alang berjalan lajak terus ke Pulau Kapas, rasa dah berpuluh tahun tak datang ke Terengganu, sejak tahun 2001 last di Terengganu.

Short trip kami bermula di Hotel Sumai pada 12 Mei berkampung tiga hari dua malam. Check in 12 hb check out 14 hb. Bertolak dari rumah sampai di Terengganu jam 12 tengah malam.

Hari sabtu 13 hb trip ke Pulau Kapas, paling best sebelum ke sana, bersantai makan nasi dagang yang super lazat. Serius sedap! Bertambah 2 pinggan. Sebelum Trip bermula telan omega, vivix, nutriferon dan alfalfa.

Naik boat di jeti Marang, harga tiket pun ok 3 dewasa 2 kanak- kanak RM100 lebih. Then merasa naik boat laju, anak-anak happy sangat nampaknya. Sampai di Pulau Kapas terus terjun laut. Cantiknya laut di Pulau Kapas. Air jernih nampak kerang-kerangannya. Sewa google dan life jacket untuk tengok dasar laut dengan lebih jelas RM 30 sahaja untuk 2 orang.

Selepas selesai di Pulau Kapas, food hunting kami pun bermula, kamu ke Pantai Teluk Ketapang mencari seafood celup tepung. Memang berbaloi sangat. Fresh, rangup dan sedap. Selepas selesai misi mencari kepok rebus pun bermula. Maklumlah datang ganu rugi lah kan tak beli kepok. Borong macam- macam kepok goreng, rebus, cheese serta sos di Seberang Takir.

Setelah itu pulang ke hotel. Tapi sebelum pulang sempat beli tupat sutun. Memang wow sangat. Sampai di Hotel bersiap-siap untuk ke Pantai Batu Buruk bermain layang-layang dengan anak-anak. Anak teringin sangat nak main layang-layang. So mak ayah pun layannnnn.

Malam nya husband pergi mencandat sutun di Pulau Duyong. Kami anak beranak berehat di Hotel sahaja. Tak berani nak bawak 3 orang gegirl. Kecik kecik lagi kan.

Ahad 14 hb bergerak ke Pasar Payang untuk beli gift dan sedikit ole ole untuk dibawa pulang, Alhamdulillah sebelum bertolak pulang singgah di pasar Marang untuk beli dan borong ikan, udang dan sotong fresh. Siap ade polisterin semua untuk bungkus ikan yang dibeli.

On the way balik ke Negeri Sembilan sempat juga kami singgah tempat penyu bertelur. Tapi sedih juga tak berpeluang melihat penyunya.

Sepanjang di Terengganu dapat makan macam macam yang teringin. Sempat menjamah

  • Nasi dagang heaven
  • Akok ganu nyummy
  • Tupat sutun lemak
  • Sotong masak gajus sedap
  • Telur penyu 2nd time makan
  • Sata murah dan sedap
  • Kepok pueh hati makan
  • Kerabu kaki ayam
  • Nira aiskrim wow sangat
  • Budu perrgh memang sedap sangat
  • Ikan bakar kerisi pun best
  • Ikan baung pun sedap dan fresh
  • Seafood celup tepung crunchy

Jom ke ganu lagi untuk food hunting!

Saya belanja korang gambar yang menarik di Terengganu














Read More