Memaparkan catatan dengan label omega anak sihat dan lebih fokus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label omega anak sihat dan lebih fokus. Papar semua catatan

Selasa, 14 Julai 2015

8 tips dan petua meningkatkan daya fokus anak anda supaya tidak kerap lupa

Fokus

Maksud fokus

Kemampuan konsentrasi pada sesuatu tanpa menambahkan hal-hal lain yang mengurangi konsentrasi diri

Pernah tak anda berhadapan dengan situasi anak terlupa di mana dia meletakkan barangannya seperti pensil, botol air, buku dan sebagainya?Sebenarnya situasi begini adalah normal dalam kalangan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun dan mungkin berlarutan sehingga dia dewasa. Pelupa adalah sifat normal yang terjadi kepada kanak-kanak.Masalah kanak-kanak terlupa ini berlaku disebabkan dia hilang fokus dalam sesetengah masa. Sebenarnya kita boleh membantu melatih anak-anak kembali fokus agar masalah pelupa boleh diatasi.

Tips meningkatkan daya fokus anak anda


  • Terlalu kerap menonton televisyen antara sebab tahap fokus berkurangan kerana program yang ditonton mengganggu perhatian kanak-kanak. Oleh itu lebih baik hadkan masa menonton anak anda contoh 30 minit menonton tv
  • Amalkan makanan sunnah dan berkhasiat seperti kismis, kekacang, kurma, madu dan sayur-sayuran serta buah buahan
  • Bermain permainan yang boleh meningkatkan fokus seperti binaan, puzzle dan mewarna
  • Ajak anak membaca bersama. Mungkin pada awalnya dia tidak boleh duduk diam tapi lama kelamaan dia dapat sesuaikan diri. Pilih buku yang menarik perhatiannya. Anda juga boleh membawa anak anda ke perpustakaan sambil ajar anak anda berdisiplin di perpustakaan.
  • Galakkan anak mempunyai hobi tertentu supaya dia akan asyik melakukannya.
  • Pastikan anak mengambil sarapan pagi. Banyak kajian membuktikan kanak-kanak yang mengambil sarapan mempunyai daya ingatan yang lebih tinggi, lebih fokus dan lebih pantas mempelajari sesuatu.
  • Buat aktiviti kraf bersama. Aktiviti menggunting, mencantum dan gam boleh meningkatkan fokus anak.
  • Pengambilan pemakanan tambahan juga digalakkan seperti Omega atau minyak ikan yang mengandungi EPA dan DHA yang boleh membantu anak anda fokus
Read More