Salam semua
Hari ini saya nak share pengalaman saya hiking di Bukit Kutu bersama dengan hikers G7 tau, Finally, alhamdulillah dapat juga jejak ke Bukit Kutu Kuala Kubu Bharu Selangor. Untuk pengetahuan semua ketinggian Bukit Kutu ni adalah 1053 meter. Macam gunung kan?
Bukit Kutu ni di antara pilihan hikers untuk cari pengalaman sebab bukan senang tau nak panjat Bukit Kutu ni, kawasannya ada yang mendatar, pacak, memanjat dan sebagainya.
Al kisah sebenarnya saya dan suami tak plan pun nak pergi hiking ke Bukit Kutu. By the time, bila tanya leader hiker Cikgu Aris, dia kata nak ke Bukit Kutu kene booking semua dulu, sebab nak naik atas perlu permit. So kami yang super busy sabtu dan ahad ni pendamkan lah dulu sebab tak confirm kan, tup tap jumaat sebelum pergi, rezeki ada pula yang tarik diri, so diorang tanya lah kami suami isteri sebab ada dua kekosongan.
Teruslah kami masukkan nama kami dalam list, malam tu kami terus packingkan barang. Sedikit panduan untuk korang yang nak hiking, peralatan yang perlu adalah seperti:
- Air (beli yang dalam bentuk pack dan ade tiub), makanan
- Pakaian hiking mesti sesuai
- Kasut hiking yang sesuai
- Baju hujan
- Sarung tangan
- Plaster luka
- Lampu
- Tongkat
Ni semua adalah yang basic ya, sebenarnya banyak lagi, nati saya kongsikan kepada semua In sha Allah
Disebabkan kami dari seremban, so kami bertolak jam 4.00 pagi kerana perjalanan ke sana lebih kurang 2 jam 30 minit, so sampai di Kuala Kubu Bharu, kami solat dahulu di masjid KKB, sarapan sebelum bertolak ke Bukit Kutu.
Oh ya sebelum terlupa bayaran untuk permit adalah RM5.00 sahaja dan RM1.00 kepada orang asli yang menjaga laluan masuk ke Bukit Kutu.
Tepat jam 8.00 pagi kami bersedia untuk hiking! setelah briefing, warm up dan doa untuk keselamatan, maka bermulalah pendakian kami ke Bukit Kutu.
Permandangan sangat cantik, siap ada air sungai yang sangat mengancam untuk mandi, hehe, semasa pendakian kami banyak juga pokok buah buahan seperti cempedak, rambai dan manggis di Bukit Kutu.
Pendakian kami hingga ke puncak mengambil masa selama 3 jam lebih, manakala untuk turun 2 jam lebih kerana disebabkan hujan so kami terpaksa turun dengan berhati-hati. Pendakian lebih kurang 6 jam yang sangat berbaloi!
Jom nikmati permandangan di Bukit Kutu.
Nak ke puncak kedua
Tinggalan sejarah
Sungai
Jernih kan
Batu di atas bukit
Posing sikit hehe
Geng hikers paling awesome
Bebaik lintas jambatan tu
Jambatan sebelum naik ke Bukit Kutu
Puncak kedua beratur nak naik
Bersedia untuk hiking
Kenangan
Puncak pertama
Puncak kedua