Selasa, 27 Mac 2018

Siapa yang perlukan lebih protien? tingkatkan pengambilan protien anda jika anda salah satu daripada golongan ini

Tidak dinafikan bahawa protein memainkan pelbagai peranan penting terhadap tubuh badan. Bermula dari penghasilan sel kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku, tubuh anda memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum. Walaubagaimanapun, keperluan protein harian anda bergantung kepada tubuh dan aktiviti fizikal anda. 

Siapa Perlukan Lebih Protein?

ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA??


1) BINA BADAN 

Otot perlukan sokongan semasa anda melakukan latihan rintangan. Ambil lebih banyak protein untuk:
• Membina semula dan memperbaiki otot. 
• Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas. 

TIP: Untuk kesan yang lebih baik, ambil minuman/ makanan berprotein sebelum dan selepas senaman.


2) PERTENGAHAN USIA 

Apabila anda memasuki usia pertengahan, badan anda mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot adalah antara isu yang akan dialami. Ambil lebih banyak protein untuk:
• Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan. 
• Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi. 

TIP: Tambah 25g protein soya ke dalam diet harian anda kerana ia telah dibuktikan mampu untuk mengurangkan risiko paras kolesterol yang tinggi.


3) BAKAL IBU 

Apa yang baik untuk ibu juga baik untuk bayi. Ambil lebih protein untuk: 
• Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat. 
• Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat. 
• Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak. 


4) IBU YANG MENYUSUKAN BAYI 

Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Ambil protein untuk: 
• Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu. 
• Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah antara komponen penting di dalam susu ibu. 

5) MENJAGA BERAT BADAN 

Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan sesorang dengan kadar metabolisme yang rendah. Ambil lebih banyak protein untuk: 
• Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama. 
• Membantu mengawal pengambilan kalori2 untuk pengambilan makanan seterusnya. 
• Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda, lebih tinggi kadar metabolisme anda.  


ANDA PENGGEMAR MANISAN ? sila ambil PERHATIAN...

Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah, dimana ia akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan. Ambil lebih protein untuk:
• Menstabilkan paras gula dalam darah. 
• Membantu mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin

Kebaikan ESP

1. Kekal Muda : Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.








Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih? wassap segera

About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan