Jumaat, 15 Januari 2016

Tips bento untuk anak anda:masakan dari rumah, ia sihat, jimat dan menyelerakan

Salam manis pembuka bicara...

Entry hari ni berbeza sedikit maklumlah anak dah mula bersekolah, ibu pun sibuk menyediakan bekal untuk sarapan dan lunch terutamanya. 

Push factor saya berbento ini sebab anak sulung saya sekolah di SJKC so nak tak nak kene lah sediakan sarapan dan lunch dia sebab di SJKC kantin nya tidak menyediakan makanan yang halal, maksudnya ayam mungkin tidak patuh syariah dan makanan disediakan oleh non muslim, so saya pun wajib prepare bekal uzma, manakala anak nombor dua saya pulak izzah taska tak sediakan sarapan sebab mak bapak banyak songeh sangat anak  tak boleh makan itu lah ini lah elergic lah, so pihak taska buat keputusan sila lah bawak sarapan anak sendiri dari rumah ye. hihi...

Sebenarnya, sebut sahaja bento pasti ada ibu yang teruja sangat nak buat terutama yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, cuma masalahnya ramai yang masih samar-samar dengan kemampuan diri sendiri.

Antara persoalan yang pasti terbuku di benak ibu yang bekerjaya atau tidak ialah:

1. Sempat ke ni nak bangun awal pagi masak?

2. Tak de masa lah nak buat semua tu...

3. Saya ada anak kecil memang masalah nak bangun pagi pagi

4. Takda idea lah nak masak apa

5. Rumah jauh dari tempat kerja kene keluar awal, so tak sempat nak buat semua benda pagi pagi

6. Kurang maklumat atau ilmu tentang cara bento yang mudah

7. Tiada push factor

9. Time management tak betul

10. Tak bersemangat

Ni semua contoh sebab sahaja, tiada kaitan dengan siapa pun, dan tiada kaitan antara hidup dan mati hihi.

Jadi saya sediakan tips berbento untuk anda. Sharing is caring!!!

1. Lengkapkan diri dengan ilmu selalu dapatkan maklumat atau buku tentang bento banyak sangat di pasaran. Ini adalah contoh boleh beli di MPH.


Hasil carian imej untuk buku bento
Buku

2. Membeli bekas yang menarik untuk bento bagi menarik minat anak untuk makan, sebagai contoh korang boleh dapatkan bekas-bekas makanan dan dekorasi yang menarik di DAISO (RM 5 sahaja) di jucso, tetapi diingatkan tak perlulah membazir ye. Beli lah mengikut keutamaan.

Daiso

3. Membuat persediaan bahan-bahan mentah ikan, daging, ayam dan sebagainya dibasuh siap setiap minggu (sabtu or ahad), sayur, bawang, cili blend semua siap potong dan masuk dalam bekas (simpan peti) untuk memudahkan dan menjimatkan masa memasak.

4. Sentiasa google resepi yang menarik dan MUDAH supaya kita ade idea apa yang nak masak di pagi hari nanti. Banyak sangat di INTERNET tau. SEARCH sahaja.

5. Tidur awal sangat penting untuk bangun dengan bertenaga pada esok hari nya dalam keadaan yang tersenyum tidak mengantuk. hihi, saya tidur jam 10 malam. Kerja sekolah anak jam 9.30 malam semua sudah siap!!!

6. Time management perlu sangat terutama yang bekerjaya macam saya, contoh saya bangun 4.45-5.00 pagi untuk siapkan sarapan dan lunch bento, baju untuk iron pergi kerja saya dah settle malam nya, semua keperluan jadual anak sekolah, baju tambahan anak ke tadika pun saya sediakan di malam nya, so bangun pagi hanya perlu masak sahaja. Memang sangat sempat tau, walaupun terpaksa bergegas juga, macam IRON CHEF sebab tepat jam 7.00 pagi semua bergerak ke sekolah, bahagikan tugas bersama suami korang ye, supaya tak lah korang yang buat semuanya, sebagai contoh suami yang hanta anak ke sekolah, or suami yang mandi dan siapkan anak. Semua benda ni sangat penting supaya tidak lah lambat ke tempat kerja dan paling penting tidak stressss.... hihi

7. Konsisten bangun setiap pagi, mind setting perlu kuat supaya kita bersemangat untuk sediakan makanan dan masakan dari hati untuk orang yang tersayang. Betul tak?

Ini adalah contoh-contoh bento saya, tidak lah menarik sangat, yang penting anak kita makan, tidak membazir, sempat nak buat, kita pun happy nak sediakan hari-hari, tak perlu serabut nak fikir dekorasi yang menarik sangat tau. Nati kita yang stress. hihi....
















Selesai sharing daripada saya nati saya upload lagi contoh bento untuk rujukan korang ye.
terima kasih membaca sharing ini.


About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan