Jumaat, 8 Mei 2015

Rotavirus adakah virus ini merbahaya kepada dewasa, kanak-kanak dan bayi? ketahui cara virus ini berjangkit. Jom ikuti pengalaman saya

Rotavirus

Perkongsian tentang rota virus

Anak saya pernah terkena virus ini, ia amat bahaya jika virus menyerang bayi yang masih kecil, kisahnya bermula dengan suatu hari uzma anak sulung saya demam 5 tahun, demam lebih dari 4 hari, saya pun pelik bawak pergi klinik cek samada denggi atau tidak totally BUKAN denggi, then uzma makan pun tak lalu, saya pergi 2 klinik swasta sebab risau sangat semua kata tiada apa. Keesokkan harinya izzah anak kedua saya 3 tahun muntah muntah dengan teruk. saya bawak ke klinik doktor cek izzah then bagi ubat tahan muntah, doktor pesan jika muntah berpanjangan bawak terus ke hospital.

Malam tu saya monitor izzah dan uzma dan muntah nya tak berhenti henti walaupun sudah diberi ubat, dengan kadar segera saya terus bawa uzma dan izzah ke hosital Pakar Kempas Johor kerana anak-anak memang telah ada insurans, dipendekkan cerita, selepas doktor merawat uzma dan izzah. maka keputusan doktor WARDED kerana:

1. Sample najis uzma ade virus rotavirus

2. Simptom rotavirus adalah muntah tanpa henti

So adik automatically diagnos ade virus rotavirus sebab virus ini berjangkit.

Informasi Rotavirus

1. Virus ini tidak bahaya jika anda terus mendapatkan rawatan, jika tidak, ia boleh membawa maut khusus kepada bayi kerana tanda-tandanya adalah muntah yang berpanjangan, demam dan cirit birit. So sangatlah bahaya kepada bayi

2. Cari lah klinik atau hospital yang baik utk mendapatkan rawatan yang memuaskan

3. Di antara tempat tempat virus ini boleh membiak ialah;

  • Di taska
  • Di rumah
  • Makanan yang tidak di masak dengan baik
  • Rumah pengasuh
  • Tidak menitikberatkan kebersihan
  • Penyediaan makanan yang tidak bersih

Alhmdulillah sepanjang dihospital saya konsisten beri anak vitamin c dan nutriferon untuk menguatkan lagi sistem immune anak saya, alhamdulillah semua anak-anak discharge awal dari sepatutnya.

Jom kita baca apa kata pakar perubatan tentang rotavirus

Ia sejenis virus berbahaya yang menjadi punca cirit-birit teruk terutama di kalangan kanak-kanak.
Ia bukan sahaja berjangkit di kalangan bayi, malah kanak-kanak yang berusia di bawah lima tahun juga berpotensi dijangkiti virus berbahaya ini.

Profesor Paediatrik Fakulti Perubatan dan Perunding Kanan Gastroenterologist dan Hepatologist Paediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Lee Way Seah berkata, rotavirus adalah penyebab utama gastroenteritis teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia.

"Di negara membangun, rotavirus gastroenteritis adalah penyebab utama kematian kanak-kanak dan mengakibatkan sebanyak setengah juta kematian setiap tahun di kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun.

"Rotavirus menjangkiti dan merosakkan sel-sel usus kecil yang mengakibatkan gastroenteritis. Ia adalah penyebab utama cirit-birit dehidrasi yang teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak," katanya.

Tambahnya lagi, rotavirus tidak memilih mangsa dan tempat untuk dijangkiti walaupun berada di tempat dengan air bersih dan sanitasi yang baik.

"Hampir semua kanak-kanak akan dijangkiti rotavirus menjelang usia lima tahun.
"Kajian terkini menunjukkan bahawa 86.1 peratus daripada kes gastroenteritis rotavirus berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara tiga dengan 35 bulan," kata Dr. Lee.

Ujarnya lagi, mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi sahaja adalah tidak mencukupi untuk mencegah jangkitan rotavirus.

"Namun demikian, vaksin rotavirus telah didapati paling berkesan dan selamat dalam pencegahan jangkitan rotavirus di kalangan kanak-kanak.

"Kami menyeru semua ibubapa di Malaysia membuat pertimbangan untuk memvaksinkan bayi mereka terutama bayi yang berumur kurang dari enam bulan dengan vaksin rotavirus untuk melindungi mereka daripada sebarang jangkitan," katanya.

Ujarnya lagi, adalah sukar untuk membezakan cirit-birit yang disebabkan oleh rotavirus dengan yang disebabkan oleh jangkitan lain.

" Perbezaan ini sukar dikenalpasti kerana simptomnya mungkin sama. Walau bagaimanapun, simptom jangkitan rotavirus selalunya lebih serius daripada cirit-birit akibat jangkitan lain.

"Antara simptom jangkitan yang boleh dikenalpasti adalah muntah yang berlanjutan sehingga lapan hari, cirit-birit yang teruk melebihi sepuluh hari, sakit pada bahagian abdomen dan demam yang berlarutan," kata Dr. Lee.

Menurut beliau, cirit-birit yang berlanjutan sehingga tiga minggu dan muntah secara kerap boleh menyebabkan dehidrasi iaitu kehilangan cecair dalam badan.

"Jika keadaan ini tidak dirawat, dehidrasi yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan organ, kejutan malah kematian di kalangan kanak-kanak," ujarnya lagi.

Dr. Lee berkata, kanak-kanak boleh menyebarkan rotavirus sebelum dan selepas mereka jatuh sakit. Demikian pencegahan dan perlindungan dari ibu bapa dapat mengelak virus ini menjangkiti mereka.

"Pembasmian kuman pada alat permainan dengan kerap dan mengamalkan amalan kebersihan diri yang baik iaitu mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan, selepas menggunakan tandas dan selepas menyentuh permukaan yang tercemar"

"Selain itu mereka juga dinasihatkan mengambil pelalian rotavirus kerana kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus mengumuh 100 billion partikel virus setiap gram najis dan hanya 10 partikel rotavirus yang berjangkit sudah cukup menyebabkan berlaku jangkitan," kata Dr. Lee.

Menurut beliau, walaupun amalan kebersihan diri yang baik merupakan langkah pencegahan yang lazim, kesannya adalah terhad untuk mencegah penyebaran rotavirus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pelalian rotavirus sebagai sebahagian daripada program imunisasi bayi kerana ia merupakan strategi pencegahan terbaik terhadap jangkitan rotavirus.

Menyedari kepentingan mencegah virus berjangkit ini kepada kanak-kanak di Malaysia, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn. Bhd (GSK) dengan kerjasama MumCentre telah melancarkan kempen Memerangi Rotavirus ( Fight Against Rotavirus.)

Pengarah Unit Perniagaan, Vaksin, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn. Bhd, Henri Antaki berkata, dalam memupuk kesedaran tentang rotavirus gastroenteritis, beberapa inisiaitif telah dikenalpasti untuk mendidik ibu bapa sepanjang tempoh kempen dilakukan.

"Antaranya ialah kelas antenatal anjuran institusi-institusi kesihatan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada ibu bapa tentang cara-cara melindungi bayi mereka daripada jangkitan.

"Rota Week juga merupakan satu platform pendidikan tentang rotavirus yang berperanan menyalurkan maklumat selain kempen ini turut melibatkan penerbitan dan penyebaran bahan-bahan pendidikan sebagai sumber kepad ibu bapa," katanya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120913/kn_01/Bahaya-rotavirus#ixzz3VvRyvXdo
© Utusan Melayu (M) Bhd
About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan