Salam ceria kepada semua ibu-ibu yang hebat di luar sana....
Di sini saya tergerak hati untuk kongsikan sedikit informasi tentang berpantang dan sedikit informasi penyusuan
Kelebihan amalan berpantang
Amalan berpantang selepas bersalin adalah satu kaedah pemulihan secara tradisional di dalam satu jangka masa tertentu untuk wanita yang baru melahirkan anak. Ianya masih diamalkan sehingga ke hari ini dan diwarisi sejak turun temurun di kalangan masyarakat Asia terutamanya orang Melayu.
Pada tempoh masa tersebut, si ibu akan dirawat secara berstruktur dari segi kesihatan, kebersihan diri dan pemakanan yang terkawal.
Definisi ‘berpantang’ bermaksud si ibu melalui tempoh pengasingan daripada mengambil apa-apa yang boleh memudaratkan diri melainkan hanya beberapa bahan atau makanan yang perlu diambil.
Tempoh berpantang biasanya berlangsung selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu dari hari kelahiran anak. Tumpuan utama rawatan adalah untuk:
1.Membantu mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal
2.Memulihkan organ pembiakan wanita
3.Menyembuhkan luka akibat kelahiran
4.Membetulkan keadaan rahim
5.Mengembalikan ketegangan faraj
Dipercayai jika rawatan ini tidak dijalankan, dikhuatiri rahim akan kendur dan wanita akan kelihatan tua daripada usianya serta badan akan mudah lenguh dan cepat letih.
Asas rawatan adalah menggunakan herba-herba tradisional, urutan, diet yang ketat serta penggunaan alatan bantuan seperti bengkung dan rawatan tungku panas.
Di sini di sertakan sedikit info untuk ibu berpantang dan menyusu
copy paste
Love,
Aini
Pengedar Shaklee Negeri Sembilan
Jangan segan cari saya
0136288543
Wah..bnyknya informasi berguna...
BalasPadamBlh simpan sebagai tujukan nie...
Tq :)