السلام عليكم (Assalamualaikum) pembuka bicara.....
Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kepada Allah S.W.T atas nikmat Iman dan Islam, nikmat ukhuwah fillah ini, nikmat persahabatan yang tidak terjangkau oleh ku, Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad S.A.W, Semoga kita sama-sama membawa Sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita dan dapat amalkan Sunnahnya dari semudah-mudah sunnah hingglah sebesar-besar Sunnah. Amin Ya Rabb dengan izinNya.
Memetik dari sebuah Hadis Nabi S.A.W
لا يؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه
Maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kasih sayang dan persaudaraan adalah tuntutan Iman. Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam Islam amat tinggi nilainya, Ia adalah kekuatan kedua bagi umat Islam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.
Memang mengasyikkan dan mengangumkan, pertama kali aku terpandang papan tanda "Ladang Alam Warisan" hatiku tertanya-tanya, apakah debaran yang bakal menantiku di sana. Melalui laman sesawang, pakej yang ditawarkan menarik perhatianku. Ada aktiviti menunggang kuda, memanah cara tradisional dan yang paling menarik, memanah sambil menunggang kuda. Selain itu, ada juga aktiviti memberi makan haiwan seperti rusa dan pelbagai spesis ayam dan burung. Aku rasa, pasti menarik aktiviti di sana nanti. Perjalanan sejauh 20km begitu cepat ku rasakan. Ladang yang terletak di kampung tengah ini menyajikan pandangan yang mengasyikkan. Jadi, kami pilih Ladang Alam Warisan yang terletak di Kuala Pilah Negeri Sembilan untuk kami beruhkuwah.
(Luahan penganjur program hari keluarga naila)
"Selangkah ke alam semulajadi"
Kenapa saya bertahan begitu lama dalam Shaklee?
Perkara yang paling bertuah sepanjang saya menceburi business shaklee adalah bila kami satu "Family Business" dapat berkumpul beramai-ramai untuk Program "Family Day Naila Super Power", selama dua tahun berjinak-jinak dengan business shaklee, sangat lah tidak sangka medium business ini menjadi titik tolak betapa utuhnya tali silaturrahim yang terbina di antara kami.
Bayangkan sahabat-sabahat business saya ni sanggup datang dari jauh, sanggup korbankan masa, tenaga, wang ringgit semata-mata teruja untuk meraikan di antara satu sama lain. Allahu
Apa yang best dalam Family Day Naila kali ni?
Aktiviti paling best dan meruntun jiwa kali ini ialah berkuda dan memanah, kenapa berkuda dan memanah?
1) Berkuda
Kami dapat merasai pengalaman berkuda dengan tunjuk ajar coach berpengalaman, masih ku ingat kuda-kuda bernama awan dan thunder yang amat mesra dengan kami. Apa yang paling menarik trainner kami menerangkan bahawa bentuk lekuk badan belakang kuda) iaitu tempat di tunggang, baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Kerana apa pergerakkan rentak kuda berjalan menyebabkan tulang belakang manusia bergesel dalam keadaan harmoni.
2) Memanah
Perkara yang paling teruja ialah memanah, kami dapat merasai sendiri memegang busur dan anak panah. Masing-masing teruja untuk memanah seperti pahlawan Melayu lama. Memanah juga melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Jika emosi tidak stabil pasti anak panah tak kene pada sasarannya, Jadi, tips apabila nak memanah wajib rilek, tak gopoh then shoot!!! confirm tepat ke sasaran!! Sungguh Teruja!!
Secebis kenangan gambar-gambar untuk tatapan semua, betapa bestnya berkuda dan memanah ini.
Yang benar,
Nur Aini Amran
Your favourite SID (near to you)
Selasa 2.15 Petang
Ladang Alam Warisan
Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Wanna be part of our shaklee family??
klik sini
Penuh dengan aksi pahlawan Islam gitu
Sedang feel naik kuda dengan si kecik anak ku Izzah
Adab berkuda klik sini
Nanny shaklee saya (tudung gray)
Allahuakbar pahlawah muslimah bersedia, teknik memanah kene betul baru kene target
Anak- anak kami pun join sekali, pupuk dari kecil untuk
jadi orang yang hebat
khusyuk dengar penerangan Abang Ammar tentang memanah
Adab memanah klik sini
Aksi cilik
Memberi makanan kepada rusa
Keterujaan mereka kegembiraan kami
Tadaa....sahabat-sahabat business shaklee saya
Makan bersama, masakan paling sedap daging salai masak lomak nogori, keli salai dan telur itik masak lemak, makanan tradisi nogori
Paling best dalam shaklee ni, anak anak adalah
keutamaan kami
Orang kuat i reach (kak Lyna) dan naila (kak Ainul)
Yeah...aktiviti paling dinanti nanti
*cabutan hadiah
*reward untuk uv (point)
*tukar tukar hadiah
Kami satu Family
"Semoga kami berjaya dunia akhirat
ukhuwah fillah"
Gambaran keseronokan sepanjang aktiviti family day naila
Muka muka trainner Ladang Alam Warisan yang
bersama-sama kami menjayakan aktiviti family day naila
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang dimata dekat dihati tidak lupa
Berdoalah kita pada tuhan yang berkuasa
Semoga kita berjumpa lagi lain masa (sedih lah pulak) sambil layan perasaan....
Pastinya secebis kenangan ini tersemat kukuh di hati sanubari dan kami semua tidak sabar untuk kembali ke Ladang Alam warisan ini bagi merasa sendiri pengalaman "bersatu dengan alam" dikesempatan akan datang
ENDS....
Pastinya secebis kenangan ini tersemat kukuh di hati sanubari dan kami semua tidak sabar untuk kembali ke Ladang Alam warisan ini bagi merasa sendiri pengalaman "bersatu dengan alam" dikesempatan akan datang
ENDS....
Yang benar,
Nur Aini Amran
Your favourite SID (near to you)
Selasa 2.15 Petang
Ladang Alam Warisan
Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Wanna be part of our shaklee family??
klik sini
baru tahu menunggang kuda boleh merawat tulang belakang manusia, selepas ni kena gi cuba cari ladang kuda berdekatan nampaknya... seronok pula tengok semua yang pergi hari keluarga ni naik kuda. :D
BalasPadam