Bahaya nya kencing manis dan jenis jenis kencing manis yang perlu anda tahu kerana kita semua sangat terdedah dengan penyakit ini (DIABETES MELLITUS)
Kenapa kencing manis bahaya?
1) Darah menjadi pekat dan gelap - Kandungan glukos dan toksik yang tinggi di dalam darah menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama. Oleh itu darah akan menjadi gelap dan melekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.(2) Kerap dahaga dan kepanasan - Kepekatan glukos yang tinggi di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air.
(3) Sering letih dan mengantuk - Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak menerima bekalan oksigen yang mencukupi, pengidap penyakit kencing manis akan kerap berasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan mengantuk, terutama pada waktu petang.
(4) Lemah tenaga batin atau mati pucuk - Tanpa mengira jantina, penyakit kencing manis akan menyebabkan gangguan hormon dan akhirnya akan mengganggu kemahuan seksual seseorang
(5) Tompokan pada kulit, gatal dan kebas - Oleh kerana glukos tidak dapat diserap oleh sel, sel akan menjadi semakin berkurang dan glukos akan berkumpul dalam darah kerana tidak diserap masuk oleh sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.
(6) Sel kulit terutamanya kaki akan mula mati dan mengeras - Pengerasan darah menghalang bekalan oksigen ke sel-sel kulit menyebabkan kematian sel
(7) Gangrene bernanah pada jari kaki - Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai biasanya dah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan yang 'perfect' untuk pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit. Tentera bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat...
(8) Jangkitan merebak - Jangkita gangrene yang semakin teruk akan menyebabkan kaki jadi busuk. Penyelesaian paling mudah adalah dengan memotong kaki pesakit. Namun, ia tidak akan menghentikan penyakit. Kalau potong masih bernanah, lepas tu potong lagi, nanah lagi, potong lagi..
(9) Penglihatan jadi kabur - Kapilari darah pada mata adalah sangat halus. Umumnya apabila pengaliran darah terjejas kapilari akan membengkak dan boleh pecah. Ia boleh menyebabkan katarak atau buta
(10) Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder - Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat kencing manis.
Saya highlight disini kerana penyakit ni agak kronik sangat, so beware jika anda pengidap kencing manis anda sangat terdedah dengan penyakit jantung, darah tinggi dan buah pinggang.
Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :-
1. Diabetes bersandar insulin - Jenis pertama (Type I diabetes)
* Diabetes jenis pertama (Type I diabetes) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja.* Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos.* Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat.* Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga.* Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I.* Mereka yang berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik, dan alam sekeliling.* Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak.* Lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat.* Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur.* Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes.* Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebaliknya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.2. Diabetes bebas insulin - Jenis kedua. (Type II diabetes)
* Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua).* Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi.* Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia.3. Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)
* Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung.* Diabetes ketika hamil sering didapati dalam kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes.* Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.4. Diabetes bentuk lain
* Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.Bagi ibu-ibu yang mengandung yang mengalami kencing manis dan ingin mencuba makanan kesihatan set shaklee saya suggestkan set ini untuk anda
PENGEDAR SAH SHAKLEE N9
NUR AINI AMRAN
0136288543
excellence84@hotmail.my
0 comments:
Catat Ulasan