Bawang putih adalah tumbuhan dalam keluarga bawang, ditanam untuk kegunaan semasa memasak dan digunakan secara tradisional untuk kesihatan secara umum. Alisin yang memberikan bau ketara bawang putih, adalah sebatian berharga dalam bawang putih yang mempunyai pelbagai manfaat seperti memelihara kesihatan tubuh.
Formulasi shaklee menggabungkan manfaat kesihatan bawang putih dan herba rosemary sebagai antioksidan, meminimum kan bau dan kesan bawnag putih
Bawang putih premium bebas racun perosak dan ditanam secara organik di california
Manfaat garlic shaklee:
1. Antibiotik yang selamat dan semulajadi (halang penyakit berjangkit)
2. Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung
3. Menghalang alergi
4. Memoderatkan tekanan darah tinggi
5. Bagus untuk detoks
6. Menurunkan kolestrol
7. Mencegah kanser
8. Menstabilkan glukos
Saranan 2 tablet sehari selepas makan (2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen menyamai 2 ulas garlic segar
Nutriferon adalah sebatian proprietari ekslusif ekstrak daripada empat tumbuhan yang diperolehi daripada:
1. Biji Labu
2. Bunga Safflower
3. Biji Plantago
4. Bunga Japanese Honeysuckle
Ahli sains dan pakar perubatan telah mengenai pasti interferon sebagai komponen utama yang memastikan fungsi sistem imun yang kuat.
Keistimewaan shaklee
Nutriferon dicipta oleh ahli sains yang menemui interferon, pakar imunologi terkemuka dunia Dr Yasuhiko kojima, yang menjalankan penyelidikan selama 40 tahun untuk mencari sebastian semulajadi.
Formula ekslusif berpaten ini di cipta untuk meningkatkan tahap interferon secara semulajadi, memberikan sokongan pertahanan dari peringkat sel.
Manfaat Nutriferon
Saranan penggunaan: 1 pek sehari (dapatkan konsultasi penggunaan lebih berkesan daripada saya)
Label nutriferon yang baru
Info dan order
0136288543
Aini
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan
Leader & Founder Fantastic Group
Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan tambahan dengan business shaklee? cari saya segera!
Vitamin bukan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit, ia sekadar ikhtiar untuk anda, cegah sebelum parah, dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.
Alhamdulillah last perhentian di Dubai sebelum pulang ke Malaysia. 1st time pilih emirate airlines.
Best juga pilih emirate airlines ni, tempat pun agak besar untuk letak kaki dengan selesa, makanan pun agak sedap. Anak-anak paling seronok sebab dapat satu set small colouring book, stickers dan pensel warna, baby Aurora dapat patung penguin dan elephant yang cute.
Dapat dua ekor anak patung siap dengan selimut lagi hehe
Meriah sangat makanan anak-anak
Macam biasa kami check in di hotel dalam airport senang dan tidak rushing untuk naik flight esoknya.
Besar sangat bilik nya serta selesa
Sempat bergambar
Oh ya sekadar info setiap kali transit, barang dalam luggage korang memang tak dibenarkan keluar, even stroller dan sebagainya, ade juga airline yang boleh keluarkan stroller waktu transit. Tapi sebaiknya elakkan lah request. Sebab selalunya mesti ada problem. So korang boleh gunakan stroller yang disediakan di airport. Lebih mudah.
Macam biasa disebabkan bawa ramai askar super heroin kan, so kami memilih untuk transit di Dubai selama 14 jam, kami sampai di Dubai lebih kurang jam 8 malam waktu Dubai. Sampai sahaja terus ke bahagian arrival dan mencari teksi untuk ke Burj Khalifa. Maklumlah hari pun dah malam. So rasa rugi juga tidak kesana kan alang-alang dah sampai di Dubai ni. Senang dan mudah sahaja nak masuk dubai ni hehe.
Harga teksi lebih kurang 60 dirham ke Burj Khalifa (AED emirati dirham), sampai sahaja terus kami cari port untuk bergambar di hadapan Burj Khalifa.
Selesai bergambar dan melihat water dance kami terus cari port untuk makan dinner, semua askar-askar sudah kelaparan. Oh ya rezeki kami datang ke Burj Khalifa waktu malam, jadi dapatlah menjamu mata melihat water dance, air tu menarik mengikut rentak muzik arab gitu. Sangat menarik, anak-anak suka sangat. Jika ke dubai acara wajib tonton the dubai fountain. Nak tahu? Korang kene datang sini.
Pemandangan Burj Khalifa. Macam KLCC kan?
Macam macam warna biru, merah, putih muncul pada Burj Khalifa ni. Siap dengan pelbagai tulisan
Selesai dinner dah jalan jalan di kawasan sekitar, macam-macam rupanya tempat di Dubai Mall ni, tapi mostly banyak tempat di Dubai ni dah ada di Malaysia ni seperti legoland, dubai ice rink, dubai aquarium dan underwater zoo.
Balik ke airport harga teksi 41 dirham, eh murah sikit. Hehe.
Sup cucumber ya allah 1st time rasa
Makanan di restoran ni memang sedap dan berbaloi untuk dicuba
Sedikit info
Done
Di Dubai
Ok in sha allah saya akan sambung lagi di next entry ya
Alhamdulillah setelah beribu-ribu kilometer, akhirnya kembali ke pangkuan negara tercinta Malaysia. Home sweet home!
Travel kali ni agak rare sikit bagi kami sekeluarga, maklumlah orang kampung 1st time pergi eropah kan, bawa pula sekali anak-anak memang menguji mental dan fizikal sungguh tapi alhamdulillah moga bonding time bersama keluarga itu yang paling best untuk dikenang kan.
Last perhentian kami adalah di Dubai.
Musafir kembara kami kali ini KL-*OMAN-FRANCE-SWITZERLAND-GERMANY-HOLAND-BELGIUM-UK-UAE*- KL
Secara ringkas trip europe kali ini lebih kurang perjalanannya 4000 kilometer, hehe fengsan bila tau KM nye. Secara driving. Bila bawa anak-anak kecil ni berbaloi dengan driving berbanding nak backpack or menggunakan pengangkutan awam. Fening tau nak mengangkut beg bagai, jika tiada kenderaan yang sesuai. Walaupun most of the time dalam kereta sebenarnya banyak tempat dan perkampungan yang boleh singgah semasa perjalanan. Nanti in sha allah saya share video permandangan yang menarik sepanjang perjalanan driving ke setiap negara.
Trip kali ini (driving):
Paris ke Colmar - 5 jam
Colmar ke Swiss - 2 jam 30 minit
Swiss ke Stuttgart - 3 jam setengah
Stuttgart ke Koln - 4 jam
Koln ke Netherlands - 4 jam setengah
Netherlands ke Belgium - 2 jam 30 minit
Brussels ke Bruges - 1 jam 30 minit
Bruges ke Dover - 1 jam 30 minit
Bruges, belgium ke Dunkirk - 1 jam
Dunkirk ke Dover (via ferry) - 2 jam
Dover ke London - 2 jam 30 minit
London ke dover - 2 jam 30 minit
White Cliff of Dover ke Dunkirk (via ferry) - 2 jam
Dunkirk ke paris - 3 jam
*EROPAH 6 NEGARA* lebih kurang 11 hari
Day 1: Paris free & easy.
Eiffel Tower > Champ Elysse > Louvre Museum, Notre Damme > Masjid Besar Paris. Penginapan di hotel bajet Premiere Classe Villepinte Roissy.
Day 2: Paris > Colmar.
Jalan kaki ronda Colmar Alsace yang original. Menginap di Grand Hotel Munster.
Day 3: Colmar > Swiss Alps.
Ke Interlaken, Wilderswil, Lauterbrunnen dan sekitar. Santai. Menginap di Gasthaus Steinbock.
Day 4: Swiss > Stuttgart.
Free & easy, Naik ke Jungfrau puncak tertinggi di Eropah, atau ke Murren, petang ke Stuttgart, menginap di B&B Hotel Stuttgart Airport.
Day 5: Stuttgart > Koln (Cologne).
Pagi boleh ronda ke Mercedes Museum > Porsche Museum > Stuttgart City Centre > Metzingen Factory Outlet . Petang gerak ke Koln. Penginapan di B&B. Solat di masjid Koln yang unik dan kontroversi. Shopping!
Day 6: Koln > Amsterdam.
Amsterdam city > Zaanse Schanse cultural village > Masjid Zaandam. Menginap di Hotel De Lis (Lisse).
Day 7: Amsterdam.
Free & Easy, ke Volendam > Giethoorn (pekan tanpa kereta). Shopping!
Day 8: Amsterdam > Brussels > Bruges.
Brussels city > atomium > Bruges town. Menginap di Hotels Zeegalm.
Day 9: Bruges > London.
Dunkirk port > feri ke UK > Dover. Terus ke London. London Tower Bridge, Buckingham Palace, Malaysian Hall, Trafalgar Square, London Tower Bridge dan Oxford Road. Shopping!
Menginap di Premiere Inn Heathrow Terminal 4.
Day 10: London Free & Easy.
Day 11: London > Paris
Feri port di Dover. Naik feri ke Paris. Menginap di Paris hotel
Day 12: Trip tamat. Alhamdulillah, terus ke Dubai
Punya lah banyak sampai lebih kurang 11 hotel kami menginap, jenuh packing barang, sebab asyik menambah barang baru je. hehe, layannnnn
1 hotel di Oman
2 hotel di Paris
1 hotel di Colmar
1 hotel di Swiss
1 hotel di Sttugart
1 hotel di Amsterdam
1 hotel di Belgium
1 hotel di London
1 hotel di Paris (dua kali singgah paris)
1 hotel di UAE
Walaupun tak dapat melawat semua masjid at least setiap negara dapat solat di masjid dan tempat solat yang disediakan
Belanja sikit gambar di setiap negara
Di Oman
Asyik eiffel tower je kan, ni pun kat paris
Colmar , Paris
Di Swiss
Top of europe! Swiss
Sejuk wei sampai tulang. Wajib telan omega kasi panas
Suplemen untuk anak, saya memang bawa vitamin c, omega dan nutiferon
Fungsi: tiga-tiga tu ade fungsi untuk imunisasi badan
Vitamin c: lembapkan kulit, so kulit tak kering
Omega: pelincir sendi, sebab sentiasa bergerak, elak batuk
Nutriferon: boost up imun sistem dan elak selesema dan demam
Stuttgart
Amsterdam
Belgium
Dalam London eye
Dubai
Letih jangan cakap lah, mengangkut 4 beg besar, handle anak-anak lagi. Tapi berbaloi. Oh ya kos untuk perhead lebih kurang RM8900. Korang darab bahagilah. Tapi boleh lagi murah tu, kalau korang dapat cari tiket flight yang murah. Kami naik oman airline dan emirate. Oh ya duit bab makan tu bila bawa anak ni memang tak boleh berkira, so pejam mata je lah keluar duit. Bawalah duit lebih-lebih. Yang penting pengalaman tu lagi mahal kan.
Makanan halal? Rasa tidak lah payah sangat nak mencari tapi nasi tu tak lah dapat selalu, saya memang dah train anak makan roti. So tak de lah diorng ni craving nasi hehe. Makanan turki memang banyak, merata yang jual. Korang boleh juga bawa produk BRAHIM ade nasi lemak, nasi goreng supaya boleh alas perut dengan nasi. Kat europe ni shopping makanan basah dan pakaian memang murah ya amat. Tapi korang jangan convert lah. Hahah. Best betul, telur, air, buah, roti semua murah. Pakaian pula baju, kasut semualah murah.
Borong baju anak-anak. Kualiti baik tau
Kebab, sedap kebab kat sana. Lebih sedap dari di malaysia
So rugi kalau tak makan
Dapat juga makan nasi kat kedai pak arab
Bab yang paling pening ialah air dalam tandas time nak membuanh hehe, tapi jangan risau ada solusinya. Sentiasa lah bawa cup or botol air yang kosong. Senang isi kat sinki. Selepas tu, korang akan lega dapat guna air semasa melabur tu.
Walaupun pakej ni nampak macam touch and go, hakikatnya nak meround semua tempat bukan senang, budget lagi kan, tak sempat semua lah pendek kata. Kecuali kalau korang fokus satu satu negara should be ok lah merata boleh jalan. Tapi saya puas hati sangat melihat negara orang dalam masa 14 hari. Alhamdulillah.
In sha allah saya akan share lagi. So tungguuuuu hehe