7 tips dan petua untuk elakkan kerabunan mata anak anda, jaga kesihatan mata
Hari ini ramai kanak-kanak kecil dilihat sudah menggunakan cermin mata. Pemakaian cermin mata bertujuan untuk merawat masalah kerosakan mata yang dihadapi oleh anak. Cermin mata biasanya dipakai disebabkan oleh masalah kerosakan mata akibat rabun jauh. Ibu bapa boleh membantu anak menjaga kesihatan mata bagi mengelakkan masalah rabun jauh.Amalkan tips ini
- Kurangkan aktiviti di dalam rumah yang membuatkan mata anak melihat objek yang statik seperti menonton televisyen, melihat telefon pintar, computer tablet atau permainan video di televisyen. Jika membuat aktiviti tersebut, hadkan masa paling optimum sebanyak 30 minit.
- Galakkan anak melihat pemandangan hijau dan jauh.
- Galakkan anak melakukan aktiviti di luar rumah seperti bersukan, berbasikal, berenang dan memanah.
- Beri anak makan makanan berkhasiat yang kaya dengan karoten atau vitamin A seperti lobak merah.
- Sekiranya anak membaca atau menulis, pastikan mereka duduk dalam postur tegak di kerusi dan meja yang bersesuaian. Elakkan meniarap atau berbaring untuk melakukan aktiviti ini.
- Pastikan jarak buku dan mata adalah 30 cm semasa membuat aktiviti membaca.
- Elakkan menonton televisyen dengan jarak yang dekat
Makanan tambahan untuk mata anda (dewasa)
Rabun jauh silau, rabun dekat, rabun malam, gegelung hitam, eye bag, astigmatism, prebyoptic
salam ceria
anne
0136288543
(COD N.Sembilan)
0136288543
(COD N.Sembilan)