Sabtu, 7 Februari 2015

resepi manggo lassi yang sihat ala aini amran

Hari ini nak share resepi manggo lassi ala ala pakistan

feeling luar negara gitu

Bahan bahannya:

-2 biji mangga, nak sedap beli buah mangga yang dari thailand or pauh kelantan memng sangat manis
-1 cawan yogurt atau tairu, saya suka guna yogurt yang beli kat tesco giant tu tak kisah jenama pe, ni lebih lemak, if korang beli tairu yang kat kedai mamak tu tak berapa lemak sangat sebab dia cair
-gula secukup rasa if manggo korang dah manis tak payah letak pun takpe atau if korang ade stevia sweetener leh guna (ganti gula)
-garam secukup rasa

-if korang ade mealshake letak satu sudu kecil (berkhasiat)
-if korang ade ESP letak satu sudu besar (bertenaga sampai berjam jam gitu)

jika takde pun no prob still jadi juga manggo lassi korang

semua bahan ni diblend sebati gitu

-hias dengan daun pudina
-letak ais lagi sedap

taraaaaa.....siap




see...manggo kuning pauh Kelantan


info  dan order shaklee dan stevia
contact aini 0136288543



Read More

Jumaat, 6 Februari 2015

Resepi takoyaki mudah dan senang ala aini amran

Resepi takoyaki

Disebabkan saya ni bancuh tako  tak guna sukatan, sebab bancuh macam buat jemput jemput je..so nanti saya update sukatannya..

Bahan takoyaki

1.tepung gandum(mana mana kedai)/tepung low protien(kedai bakery)/tepung takoyaki (jusco)
2.telur
3.minyak masak
4.susu dutch lady
5.garam/stok ayam
6.baking powder
7.air

Bahan isi takoyaki

1.crab/sotong tako/udang/ham ayam
2.carrot parut tambah mayonis (tak suka kubis)

Ff korang malas beli tepung takoyaki kat jusco then tambah air dan telur sahaja

Bahan sos

Ade 2 pilihan, if korang malas beli sahaja di jusco sos takoyaki
if rajin ni resepinya

1.sos tomato
2.kicap soy
3.halia potong halus
4.bawang putih potong halus
5.cendawan shitake potong halus
6.air sedikit

Bahan hiasan

1.bonito (ikan) (jusco)
2.seaweed (tabur)
3.mayonis

Boleh dapatkan barang barang ni dari saya
Tapi kene inform awal sebab kadang kadang stok terhad
aini 0136288543
Ff korang beli kat jusco pastikan ade halal ye

pan takoyaki

siap takoyaki

bonito

siap ni ade orang order


Read More

Selasa, 20 Januari 2015

Resepi nugget ayam home made simple dan mudah ala ala ayam berempah


Sharing saya kali ini adalah  resepi 'chicken nuggets utk kanak kanak ribena'
Kenapa anda mesti buat resepi ini:

1. Sedap dan mudah
2. Sihat tiada MSG, perwarna tiruan
3. Paling penting, anda dah tidak perlu beli nugget instant lagi

Resepinya adalah:


  • ayam cincang satu bekas sederhana
  • bawang merah dan putih cincang halus
  • sebiji telur gred c
  • jintan manis n putih blend secukup rasa
  • serbuk kari 2 sudu kecik atau seckup rasa
  • serbuk kunyit 1 sudu kecil atau secukup rasa
  • habbatus sauda 2 sudu kecil
  • garam secukup rasa
  • kucai potong kecil kecil
  • tepung gandum 2 sudu besar


Campurkan semua bahan diatas gaul sehingga rata
Kemudian gunakan sudu buatkan bulat bulat semasa menggoreng

Nak lagi sihat goreng nugget anda dengan olive oil

Jika ada lebih anda boleh simpan dalam peti untuk bekalan sarapan anak ke sekolah nanti
☺☺☺
Selamat mencuba semua
Semoga mendapat manfaat dari resepi saya iniini
p/s anak saya makan nugget ni dengan berselera gitu

ikhlas,
aini
ibu sihat dan bersemangat


siap untuk makan

habbatus sauda'


goreng jangan tak goreng

Read More

Sabtu, 3 Januari 2015

6 tips memilih tadika mandarin untuk anak anda

Assalamualaikum
Salam sejahtera
Salam satu malaysia
ni hao ma?

Perkongsian saya hari ini (jin tian) berkisar tentang tips pemilihan tadika or taska mandarin untuk anak-anak, khusus bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak ke sekolah tadika mandarin dan ingin anak belajar bahasa mandarin.

Saya memang pernah belajar mandarin tapi masa sekolah menengah dulu, kemudian dah tinggal lama sangat, tak ingat dah, apabila saya bekerja sebagai seorang guru yang mana sekolah tersebut 70%  pelajarnya adalah chinese, walaupun subject yang saya ajar adalah pendidikan Islam, tiba-tiba terdorong pulak nak belajar basic course mandarin, so saya join intensive class selama 3 bulan khas untuk komunikasi sahaja (harga lebih kurang RM800 for 3 months) mahal kan? Finally, after exam then lulus dapat lah sijil dari company tu (lulus juga tau walaupun tak dapat A hihi).
 
Tujuan saya belajar, satu sebab minat then untuk memudahkan saya berkomunikasi dengan pelajar, maklumlah guru disiplin, guru kantin, guru bla bla so bila boleh cakap sikit sikit pelajar chinese ni faham lah, tapi rupanya secara tak sedar bahasa ni jadi satu medan da'wah juga in sha Allah (nak cerita panjang ni nati sambung entry lain)
Panjang dah intro nye ni hihi.....

Kita sambung kembali, Alhamdulillah experience saya selama 4 tahun hantar anak ke tadika mandarin memberikan feedback positive. Saya mempunyai dua orang anak uzma dan izzah, uzma telah hampir 3 tahun bersekolah di tadika mandarin, alhamdulillah dia sudah mampu menulis, berkomunikasi dan menyanyi serta memahami mandarin language. Walaupun nak bercakap agak malu malu (sebab uzma ni pemalu tapi mahu hihi) tapi saya sentiasa mengikut perkembangan report card uzma dan result peperiksaan (kao shi) uzma.

Mesti ade yang tertanya tanya eh ok ka sekolah tadika mandarin ni?, halal ke makanan?, anak boleh ke belajar nati tak faham cikgu (lao shi) ajar,  banyak tak kerja sekolah? ha....mesti kome tertanya tanya kan? rilek rilek...so saya akan jawab semuanya....

Perkara yang anda perlu tahu sebelum hantar anak ke sekolah mandarin:

1) Objektif:
Apekah tujuan anda menghantar anak anak ke sekolah ini? bagi saya, saya nak anak saya ade extra dalam bahasa yang dia pelajari. Disamping sistem pendidikan sekarang yang makin mencabar. fikirkan long term sistem pendidikan yang akan kita hadapi pada tahun 2012 nanti, bila kita ade tujuan so apa yang kita nak untuk anak kita tidaklah tersasar. Ini hanya pendapat saya.

2) Sedia mental dah fizikal
Bila anak anda meningkat dan membesar anda perlu bersedia mental dan fizikal, sebab tadika Chinese ni agak berbeza pendekatannya, yuran pun agak mahal, kerja sekolah mak ai banyak benor, kalo setahun tu buku aje lebih dari 25 jenis, belum masuk lagi latihan dia semua, huh so parents mestilah bersedia membantu anak anak kome, banyak sangat homework. So sebab saya dah ade basic mandarin so bila anak tanya at least boleh gak faham. tapi ibu bapa yang tiada lagsung basic mandarin no worry hokey, buku sekarang dah ade dua bahasa (english pun ado hihi), so setiap malam tolonglah anak buat revision no, 10 minit setiap malam pun dah kire ok tau.

3) Tarbiah anak anak
Ini sangat sangat penting walaupun anak anda tadika mandarin pastikan di rumah ade tarbiah Islamic yang anda terapkan ye, anak anak ni melihat setiap perbuatan mak pak diorang tau,
Bila solat ajak anak  join sekali, mengaji kalo boleh ajar ajar setiap malam, jika tak boleh anta class mengaji, doa doa harian ajar, setiasa terapkan nilai nilai dan adab adab Islam dalam diri anak anak.

Seterusnya tips pemilihan tadika mandarin:

a. Pastikan tadika berdaftar dengan dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
b.Pastikan makanan/menu yang disedikan Halal ade sijil lagi baik, lagi baik tanya siapa yang masak, ape menu masakan sekali. setiap kali saya daftarkan tadika bab makanan ni memang saya tanya ayam beli kat mana, siapa masak bla bla... Bab ini sangat penting as kita sebagai orang Islam. Bila dah puas hati baru lega. jika tadika tu provide halal food go on.. jika tak...no no....no....
c. Jika boleh cari tadika mandarin yang ade cikgu melayu dan ade pelajar melayu, tak kisah lah kuantitinya tak ramai, at least ade cikgu melayu anda boleh minta tolong tengok tengok kan anak anda.
d. Tanya silibus tadika, apa objective tadika, sijil dan sebagainya untuk persediaan primary school. 
e. Sebelum daftar tadika, survey dulu, kalo boleh survey lah 5 ke 10 tadika mandarin jika ada, buat comparison, senaraikan kebaikan dan kelemahan mengikut objektif anda sebagai ibu bapa, then baru decide...
f. Bila dah mendaftar pantau segala kelakuan anak, perkembangan anak, akademik, sahsiah dan sebagainya. Sentiasalah berbincang dengan cikgu (lao shi) anak anak anda tentang perkembangan mereka. Sebaiknya hantar lah anak anda 4 tahun untuk belajar bahasa, kerana anda akan terkejut mereka boleh menguasai pelbagai bahasa. Dengan cikgu komunikasi mandarin dengan parents guna bahasa malaysia. Umur 3 ke 4 tahun sesuai untuk kanak kanak belajar bahasa, mereka tidak akan keliru...tetapi perlulah dipantau dengan baik.

ok setakat ini perkongsian saya, ade yang tertinggal saya akan update lagi dan lagi....

tu dia pamplet sume ku angkut

sebahagian tadika yang di survey




Read More

Isnin, 3 November 2014

Tips driving lebih dari 90km bersama anak anak kecil

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT tuhan semesta alam yang menjadikan alam yang indah ini. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammmad SAW.

Alhamdulillah masih diberi nikmat Iman dan Islam. Allah yang beri rezeki, Allah menyembuhkan penyakit, Allah beri nikmat rezeki Allahu Akbar Allah Maha besar.

Di sini saya ingin kongsikan tips driving jauh bersama anak anak. Jika anda mempunyai anak kecil bawah 2 tahun dan menyusu susu badan ia amatlah tidak digalakkan mengaplikasi tips ini.

Alhamdulillah saya manage to handle dua orang anak saya uzma 5 tahun dan izzah 3 tahun semasa driving lebih dari 200km iaitu dari:

Pergi Jummat dari JB - Senawang (Negeri Sembilan) (3 Jam)
Balik Ahad dari Senawang - JB (3 Jam)

Sebelum ini  saya memang tak berani nak bawak (driving jauh lebih 90km) bila memikirkan anak anak saya memang aktif, kadang kadang diaorang ni bergaduh berebut barang, menangis, nak itu ini dalam kereta, so saya membayangkan susahnya nak handle kalau macam ini.

Tapi pandangan saya silap, bila saya fikir takkan lah nak handle dua orang anak pun tak boleh, mesti ada cara, seminggu juga saya fikirkan....at last, dapat juga jawapannya, so just tunggu masa je nak cakap pada husband....

Selalunya husband lah yang drive balik Jb, but last week dia baru balik dari jakarta then straight to kuching, limbang....confirm penat kan...so saya amik peluang ni....hehe...maklumlah kami ni pjj (weekend husband and wife)

Mula saya cakap (sms) pada husband, why not give me a try, bawak anak anak driving to senawang, mula dia macam tak bagi, dalam hati saya baca ya latif ya latif mudahkan lah segalanya....
last last dia sms ok boleh, balik jam 9 malam ni, sbb dia dari KLIA takut jika saya bertolak awal sampai awal dia tiada pulak di rumah, so saya pun agreed...

Masa tu jam 7 malam lebih kurang, saya terus cakap pada anak anak ok uzma izzah mai sini ibu nak cakap sikit, karang jam 9 malam kita nak balik umah baru, so boleh tak akak dengan adik buat perangai baik-baik, tak mau bergaduh dalam kereta, menangis, nak apa cakap pada ibu, tak mau jerit jeritjerit, main sama dalam kereta, boleh tak? ibu nak driving kalau bergaduh dalam kereta ibu tak boleh nak drive, nati kita tak sempat sampai rumah baru, boleh tak? boleh, sambil tu depa ni pok pet pok pet lah.... ayah mana lah, nak pergi umah baru...bla bla... kalo buat perangai ibu rotan bla bla....yeay yeay nak balik umah baru...
ok setel satu step (1).

Next step (2) saya pi dapur masak nasi goreng udang dan jemput jemput ikan bilis, sebab saya plan tak nak langsung turun makan di RnR, pum pang pom pang siap masuk dalam tupperware...

Then next step (3) kemas barang-barang sikit yang nak bawak baju, berus gigi etc....
Anak anak saya dah suruh diorang mandi bagi segarkan badan diorang.

Siap semua saya terus masukkan semua dalam kereta beg bahagian boot belakang, makanan semua saya letak di depan, senang nanti....bantal pun saya stand by dalam kereta dua bantal supaya tak berebut nanti hihi

Alhamdulillah siap semua jam 8.45 malam masuk kereta semua, baca doa naik kenderaan zassss..... terus jalan ke stesen minyak isi minyak full tank.... top up smart tag sebab malas sangat nak beratur di tol.. beli roti n gula untuk hilangkan mengantuk....jam 9 malam terus masuk highway.....

Dalam kereta saya pesan lagi kakak dan adik ingat buat perangai baik baik, tak mau bergaduh bla bla bla...diorang jawab ok ibu....hahah kelako je masa ni, dah jadi macam askar tranning...hahah semua nya patut...kakak siap tolong ibu pasangkan cd lagi....tak pe tak pe ibu kakak buat ibu pegang streng...sangat behave semuanya.

So inilah dia teknik psycology bila kita hantar gelombang positif dan signal positif kepada anak anak. Anak anak akan bertindak mengikut kata kata kite. So kite hipnosis anak dengan perkataan yang baik. Tak perlu kita nak marah,melenting dan emosi bila anak buat perangai. Sebalik nya kita puji dan bagi galakkan supaya anak berkelakuan lagi baik

So anda semua boleh lah Aplikasikan tips saya ini. Alhamdulillah teknik saya BERJAYA..


Sebab buat perangai baik so IBU dan ayah bawak Jalan jalan mandi laut



Read More