Alhamdulillah tanggal 6 disember 2017 Allah telah mendengar doa kami dan memilih kami sekeluarga ke Tanah Barakah untuk menunaikan Umrah. Syukur tak terhingga kerana segalanya dipermudahkan. Kami menjadi tetamu ar-Rahman.
Sebelum ke sana of course pelbagai persiapan awal di buat sebulan awal sebelum bertolak, segala maklumat saya kumpul untuk memudahkan perjalanan kami anak beranak. Paling best travel kami membekalkan beg (3 jenis beg), telekung, kain ihram, buku panduan dan air zam-air zam free disamping lawatan-lawatan atau ziarah yang sangat best ni bumi Madinah dan Mekah.
Maklumlah excited untuk pergi kami ambil pakej ziarah banyak sangat tempat, baru lah berbaloi ibadat sambil mendalami sirah tempat kelahiran Rasulullah dan para sahabat serta ibrah kisah Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail serta ibunya hajar di tanah suci kota mekah. Bagi saya penting sangat melawat dan kenal tempat-tempat yang sangat bersejarah dalam Islam di sini baru lah ia memberi makna dalam jiwa kita.
Ready tepu dalam flight hihi 8 jam
Penting sangat mask ni tau, tu sorang budak kecik tak mau pakai mask
Bermulalah umrah dan ziarah kami:
Rasa gembira yang teramat sangat apabila sampai ke destinasi pertama kami iaitu madinah, sempat kami menyusuri perjuangan Rasulullah S.A.W di kota Madinah yang disayangi oleh semua umat manusia, Banyak kisah-kisah sejarah dan peninggalan yang memberi seribu ibrah sepanjang musafir di sini, Banyak lagi yang ingin saya share kepada semua yang merindui kota Madinah dan Mekah
Sampai madinah. diantara tempat pertama yang kami pergi adalah, Ziarah raudhah iaitu maqam Rasululullah S.A.W dan sahabat baginda Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar al-Khattab. Walaupun bersesak saya dan 3 orang anak dapat juga masuk ke Raudhah. Nak masuk Raudhah ni memang memerlukan kesabaran yang amat tinggi sebab bukan kita seorang sahaja yang excited nak menziarahi Rasulullah S.A.W, tapi seluruh Umat manusia menyayangi Rasulullah S.A.W. Allahuakbar alhamdulillah dapat juga saya berziarah dan menyampaikan salam rakan-rakan kepada junjungan besar Rasullullah. rasa Baginda sangat hidup bersama kami. Gembiranya tak dapat nak digambarkan.
Bukit Uhud atau Jabal Uhud adalah sebuah bukit berjarak 5 kilometer dari utara Kota Madinah dengan ketinggian sekitar 1.077 meter, selalu dikenang oleh umat Islam karena di lembah gunung ini pernah terjadi peperangan besar antara pejuang Islam dan kaum kafir Quraisy yang menyebabkan 70 pejuang Islam mati syahid. Dalam peperangan ini juga syahidnya bapa saudara kesayangan Rasulullah iaitu Saidina Hamzah. Di sini juga terdapat makam para syuhada yang syahid.
Jabal Uhud
Destinasi kami seterusnya adalah ke Masjid Quba’. Pahala solat di sini menyamai dengan mengerjakan satu umrah, Masjid yang dibina dengan tangan Nabi Muhammad S.A.W. Masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah bersama sahabatnya, Masjid Quba’ ni di antara masjid keempat termasyhur selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa (di Palestin), Kami dapat dua kali juga bersolat di Masjid Quba'.
Info masjid Quba'
- Rasullullah selalu datang ke masjid quba salah satunya pada hari sabtu
- Masjid pertama dalam Islam
- Masjid ini dibina dalam kawasan pohon kurma dan ada satu telaga dinamakan telaga Quba'
- Masjid ini dibina oleh Rasulullah bersama sahabat. Rasulullah bersama mengangkat batu untuk bina masjid ini selama 4 hari
- Masjid Quba terdapat 19 pintu
- Masjid yang dibina atas dasar Taqwa
Masjid Quba'
Penuh manusia
Keesokkan nya kami ke Ladang tamar, melihat pokok-pokok tamar, seronok anak-anak dapat merasa pegang pokok kurma! (pokok tamar ni kalau nak tahu dia akan berbuah dengan banyak dan cantik masa musim panas terik, unik kan?) di sini buah-buah tamar agak mahal, jadi saya membeli buah tangan seperti kurma, kismsi dan sebagainya bukan disini tapi di pasar Madinah (Suuk), kualiti kurma nya sangat memuaskan hati. Dapat juga merasa kurma Rasulullah S.A.W iaitu kurma ajwa aliyah, (makan sampai puas kat pasar ni sebab penjual tu akan cakap halal.. halal.. hihi)
Pasar di Madinah
Sempat juga kami singgah dan lalu juga di masjid masjid tertentu seperti masjid qiblataian (dua kiblat), Masjid Ijabah iaitu di sini Nabi telah berdoa, tiga permintaan Nabi, dua permintaan dikabulkan oleh Allah, satu permintaan tidak dikabulkan oleh Allah, selain itu kami lalu juga di Masjid 7 dan banyak lagi masjid lain yang mempunyai sejarah yang tersendiri.
Pada malam terakhir di Madinah, kami sempat juga ziarah di sekitar Masjid Nabawi seperti ziarah ke Baqi’ Al Baqi’ tempat ahli keluarga Nabi, isteri Nabi serta para sahabat (diantara nya Saidina Uthman, Saidina Ali) dimaqamkan di sini. Semoga ada juga rezeki kita meninggal di bumi barakah ini.
Taklimat
Sempat juga ziarah Tempat Baiah Saidina Abu Bakar setelah wafatnya Rasulullah S.A.W (Tempat berlakunya Baiah Saidina Abu Bakar sebagai khalifah, Balai Bani Saedah) melawat juga muzium-muzium di sekitar Masjid Nabawi.
Canggih tau teknologi Masjid Nabawi ni. Di Masjid Nabawi terdapat lebih kurang 250 payung yang mempunyai teknologi yang canggih. Apabila ditutup tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Penutupan lebih kurang 3 minit sahaja
Masjid Nabawi
3 orang anak dara saya
Paling best dapat juga tengok peninggalan kubu Kaab al-Asyraf yang merupakan pembesar, penyair dan pendeta yahudi yang membenci Islam. Saad berjaya dibunuh oleh sahabat Rasulullah. Kubu nya telah terbakar semasa berlaku kebakaran besar di Madinah. Diriwayatkan bahawa kubunya telah terbakar selama 3 bulan yang menyebabkan batu batu di situ menjadi sangat ringan. Memang ringan sangat batu disini walaupun besar senang nak angkat. Oh ye belakang kubu ni banyak sangat terdapat pokok kurma ajwa
Sempat melawat muzium keretapi pada Zaman Uthmaniah dapat lah tengok tinggalan sejarah yang hebat-hebat kat sini. Banyak ilmu sejarah yang dapat kat muzium ni
Keretapi yang sangat kukuh
Banggunan ni memang unik
Oh terlupa pula kami sempat juga round-round di kota Madinah dengan menaiki bas (city sight seeing), Bayaran untuk naik bas ni adalah 80 riyal dewasa, kanak-kanak bawah 12 tahun 40 riyal, bas ni juga menyediakan ear phone yang perlu dipakai sepanjang perjalanan selama 2 jam mengilingi kota Madinah dengan info sejarah yang sangat padat. Korang boleh pilih bahasa melayu tau untuk memudahkan kefahaman tentang sejarah Kota Madinah. Best lah!
Naik bus
Sampai mekah melakukan umrah wajib (miqat di bir ali) Sempat buat umrah sunat juga (miqat di jaronah, hudaibiyah, qarnu al manazil)
Di mekah Ziarah Jabal Rahmah, Jabal Tsur, Gua Hira’, melihat tempat haji Mina, Muzdalifah, lawatan ke taif, ke pasar buah Taif(masyaallah buah-buahan kat taif ni besar-besar dan manis sangat!) sempat gak lah memborong pisang kaki dan mangga.
Laluan ke Gua Hira'
Nampak pisang kaki tu! oren menyala
Saya juge ke kilang bunga ros, dapat tengok proses buat minyak wangi dengan bunga ros dari proses pengeluapan, sambil tu borong pati ros untuk adik beradik juga. Teh bunga ros nye sedap sangat! segar! Kat Taif ni cuaca yang agak sejuk.
Pergi singgah juga Masjid Saidina Abbas, sempat juga ke muzium Hudaibiyah, Ladang kecil unta (merasa minum susu unta yang fresh)
Patung bentuk lembu samiri (muzium)
Telaga zam-zam dolu-dolu
Merasa pegang unta
Lalu juga di Universiti Ummul Qura’ (yang dibiayai oleh Arab Saudi sepenuhnya)
Tawaf wida’- waktu yang paling best sebab dapat bawak uzma dan izzah pegang kaabah, Memang Allah permudahkan betul untuk diorang merasa pegang kaabah walaupun ramai juga orang waktu ni, Alhamdulillah. Merasa diorang pegang dua kali.
Aturcara ringkas perjalanan kami di sana tempoh hari:
- Makkah hotel Baity 5- Madinah hotel nozul royal in
- Ziarah Maqam Rasulullah dan sahabat serta memasuki Raudhah.
Jemaah wanita dibimbing oleh Muzawirah wanita
- Ziarah luar
- Masjid Quba
- Jabal Uhud
- Ladang tamar
- Ulangan ke Masjid Quba untuk mendapatkan fadilat dua rekaat di Masjid Quba mendapat ganjaran pahala satu umrah (hadis sahih)
- Lawatan ke kubu kaab al ashraf
- Lawatan ke muzium keretapi di ambariah, peninggalan (asalnya stesen keretapi zaman Khalifah Othmaniah)
- Berangkat ke Bir Ali untuk miqat umrah, dari Bir Ali terus ke Makkah, sampai di Makkah Tawaf Saie dan tahlul
- Ziarah luar
- Jabal Thor, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina dan terus ke Jaronah.
- Jemaah yang hendak melaksanakan umrah ke dua boleh miqat di Jaronah
- Lawatam ke Taif
Jemaah yang hendak mengerjakan umrah akan berniat di Qarnu Al Manazil semasa perjalanan balik
- Lawatan ke muzium di Hudaibiyah.
- Jemaah yang hendak mengerjakan umrah boleh miqat di Masjid Hudaibiyah
- Lawatan ke Jeddah
Tips Umrah dengan anak:
Bila kita berpeluang menunaikan umrah dengan anak. Memang banyak benda yang perlu diambil kira. Tapi sebenarnya mudah sangat. Jika kita sentiasa positif. Allah mudahkan
- Salah satu nya tempat penginapan
- Cuba cari travel umrah yang menyediakan hotel yang agak dekat anggaran 100 ke 200 meter dari masjidil haram or masjid nabawi
0 comments:
Catat Ulasan