Ahad, 28 Januari 2018

Resepi Nugget Homemade tanpa gluten (gluten free) yang mudah dan sedap

Hari ini saya nak share

Resepi Nugget Homemade

Bahan-bahannya ialah:

1. Ayam organik kisar (5 ketul bahagian dada)
2. Lada hitam
3. Garam
4. Garlic serbuk
5. Mayonis (secukup rasa)
6. Tepung gluten free (campuran 2 cawan tepung ubi tanpa campuran dan 1 cawan patoto starch no gmo)
7. Telur ayam kampung sebiji
8. Minyak zaitun tak perlu banyak

Gaul gaul semua bahan hingga rata

Nak makan nanti
Salut nugget dengan serbuk roti n tepung gluten free then goreng

Rangup, sihat dan sedap!

Selamat mencuba semua

Boleh juga simpan frozen dalam peti ais korang

Resepi sos

1. Sos cili
2. Mayonis
3. Daun ketumbar cincang

Gaul rata, nyummy sangat

# Boleh juga masak nugget dalam air fryer sebab kita dah letak minyak zaitun dalam nugget



Rangup sangat


Ayam kisar


Simpan untuk frozen


Read More

Selasa, 23 Januari 2018

Set penjagaan bayi yang sangat selamat, lembut dan organik

Set penjagaan bayi yang sangat selamat, lembut dan organik

Terdiri daripada:

1. Mandian bayi (lembut dan tidak pedihkan mata)
2. Lotion bayi (melembut, melembap dan menenangkan)
3. Minyak urut bayi (massage oil)
(Melembap, melega dan membelai kulit bayi anda)





Bayi anda memerlukan penjagaan yang lembut, organic dan selamat,mdari bahan kimia yang merbahaya kerana kulit bayi amat sensitif.

Keistimewaan produk:

- diuji pakar pediatrik
- bahan semulajadi dan organik
- di uji secara klinikal
- tidak menimbulkan alahan
- ph seimbang
- tiada paraben, pewarna atau wangin tiruan
- diuji untuk sensitiviti

Bahan nya pun best ada minyak biji bunga matahari, lavender, dan chamomile organik, minyak rosemary dan vanila, minyak biji jojoba, shea butter organik, aloe vera organik




Tujuan set penjagaan yang selamat:

-Menenangkan bayi, mengurangkan tangisannya
-Mengurangkan sensitiviti pada kulit bayi
-Memberi rasa selamat tanpa was-was bahan kimia yang merbahaya pada ibudari sebar
-Membantu  melegakan kembung perut, angin dan sembelit
-Membantu bayi tidur dengan lebih lena
-Meningkatkan tekstur kulit
-Membantu menenang dan merehatkan bayi

Info dan order
0136288543










Read More

Sabtu, 13 Januari 2018

Part 3: Umrah dan ziarah di kota Madinah dan Mekah bersama keluarga dan anak-anak

Alhamdulillah tanggal 6 disember 2017 Allah telah mendengar doa kami dan memilih kami sekeluarga ke Tanah Barakah untuk menunaikan Umrah. Syukur tak terhingga kerana segalanya dipermudahkan. Kami menjadi tetamu ar-Rahman.

Sebelum ke sana of course pelbagai persiapan awal di buat sebulan awal sebelum bertolak, segala maklumat saya kumpul untuk memudahkan perjalanan kami anak beranak. Paling best travel kami membekalkan beg (3 jenis beg), telekung, kain ihram, buku panduan dan air zam-air zam free disamping lawatan-lawatan atau ziarah yang sangat best ni bumi Madinah dan Mekah. 

Maklumlah excited untuk pergi kami ambil pakej ziarah banyak sangat tempat, baru lah berbaloi ibadat sambil mendalami sirah tempat kelahiran Rasulullah dan para sahabat serta ibrah kisah Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail serta ibunya hajar di tanah suci kota mekah. Bagi saya penting sangat melawat dan kenal tempat-tempat yang sangat bersejarah dalam Islam di sini baru lah ia memberi makna dalam jiwa kita.



Ready tepu dalam flight hihi 8 jam



Penting sangat mask ni tau, tu sorang budak kecik tak mau pakai mask 

Bermulalah umrah dan ziarah kami:

Rasa gembira yang teramat sangat apabila sampai ke destinasi pertama kami iaitu madinah, sempat kami menyusuri perjuangan Rasulullah S.A.W di kota Madinah yang disayangi oleh semua umat manusia, Banyak kisah-kisah sejarah dan peninggalan yang memberi seribu ibrah sepanjang musafir di sini, Banyak lagi yang ingin saya share kepada semua yang merindui kota Madinah dan Mekah

Sampai madinah. diantara tempat pertama yang kami pergi adalah, Ziarah raudhah iaitu maqam Rasululullah S.A.W dan sahabat baginda Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar al-Khattab. Walaupun bersesak saya dan 3 orang anak dapat juga masuk ke Raudhah. Nak masuk Raudhah ni memang memerlukan kesabaran yang amat tinggi sebab bukan kita seorang sahaja yang excited nak menziarahi Rasulullah S.A.W, tapi seluruh Umat manusia menyayangi Rasulullah S.A.W. Allahuakbar alhamdulillah dapat juga saya berziarah dan menyampaikan salam rakan-rakan kepada junjungan besar Rasullullah. rasa Baginda sangat hidup bersama kami. Gembiranya tak dapat nak digambarkan.

Kami sempat juga ke jabal uhud, Jabal Uhud adalah bukit yang dijanjikan di surga. Jabal Uhud special sebab ia tidak bersambung dengan gunung yang lain. Karena itulah penduduk Madinah menyebutnya dengan sebutan Jabal Uhud yang artinya 'bukit menyendiri'.

Bukit Uhud atau Jabal Uhud adalah sebuah bukit berjarak 5 kilometer dari utara Kota Madinah dengan ketinggian sekitar 1.077 meter, selalu dikenang oleh umat Islam karena di lembah gunung ini pernah terjadi peperangan besar antara pejuang Islam dan kaum kafir Quraisy  yang menyebabkan 70 pejuang Islam mati syahid. Dalam peperangan ini juga syahidnya bapa saudara kesayangan Rasulullah iaitu Saidina Hamzah. Di sini juga terdapat makam para syuhada yang syahid.



Jabal Uhud


Destinasi kami seterusnya adalah ke Masjid Quba’. Pahala solat di sini menyamai dengan mengerjakan satu umrah, Masjid yang dibina dengan tangan Nabi Muhammad S.A.W. Masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah bersama sahabatnya, Masjid Quba’ ni di antara masjid keempat termasyhur selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa (di Palestin), Kami dapat dua kali juga bersolat di Masjid Quba'.

Info masjid Quba'


- Rasullullah selalu datang ke masjid quba salah satunya pada hari sabtu


- Masjid pertama dalam Islam
- Masjid ini dibina dalam kawasan pohon kurma dan ada satu telaga dinamakan telaga Quba'
- Masjid ini dibina oleh Rasulullah bersama sahabat. Rasulullah bersama mengangkat batu untuk bina        masjid ini selama 4 hari
- Masjid Quba terdapat 19 pintu
- Masjid yang dibina atas dasar Taqwa



Masjid Quba'


Penuh manusia

Keesokkan nya kami ke Ladang tamar, melihat pokok-pokok tamar, seronok anak-anak dapat merasa pegang pokok kurma! (pokok tamar ni kalau nak tahu dia akan berbuah dengan banyak dan cantik masa musim panas terik, unik kan?) di sini buah-buah tamar agak mahal, jadi saya membeli buah tangan seperti kurma, kismsi dan sebagainya bukan disini tapi di pasar Madinah (Suuk), kualiti kurma nya sangat memuaskan hati. Dapat juga merasa kurma Rasulullah S.A.W iaitu kurma ajwa aliyah, (makan sampai puas kat pasar ni sebab penjual tu akan cakap halal.. halal.. hihi) 


Pasar di Madinah

Sempat juga kami singgah dan lalu juga di masjid masjid tertentu seperti masjid qiblataian (dua kiblat), Masjid Ijabah iaitu di sini Nabi telah berdoa, tiga permintaan Nabi, dua permintaan dikabulkan oleh Allah, satu permintaan tidak dikabulkan oleh Allah, selain itu kami lalu juga di Masjid 7 dan banyak lagi masjid lain yang mempunyai sejarah yang tersendiri.

Pada malam terakhir di Madinah, kami sempat juga ziarah di sekitar Masjid Nabawi seperti ziarah ke Baqi’ Al Baqi’ tempat ahli keluarga Nabi, isteri Nabi serta para sahabat (diantara nya Saidina Uthman, Saidina Ali) dimaqamkan di sini. Semoga ada juga rezeki kita meninggal di bumi barakah ini.


Taklimat

Sempat juga ziarah Tempat Baiah Saidina Abu Bakar setelah wafatnya Rasulullah S.A.W (Tempat berlakunya Baiah Saidina Abu Bakar sebagai khalifah, Balai Bani Saedah) melawat juga muzium-muzium di sekitar Masjid Nabawi.

Canggih tau teknologi Masjid Nabawi ni. Di Masjid Nabawi terdapat lebih kurang 250 payung yang mempunyai teknologi yang canggih. Apabila ditutup tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Penutupan lebih kurang 3 minit sahaja


Masjid Nabawi



3 orang anak dara saya

Paling best dapat juga tengok peninggalan kubu Kaab al-Asyraf yang merupakan pembesar, penyair dan pendeta yahudi yang membenci Islam. Saad berjaya dibunuh oleh sahabat Rasulullah. Kubu nya telah terbakar semasa berlaku kebakaran besar di Madinah. Diriwayatkan bahawa kubunya telah terbakar selama 3 bulan yang menyebabkan batu batu di situ menjadi sangat ringan. Memang ringan sangat batu disini walaupun besar senang nak angkat. Oh ye belakang kubu ni banyak sangat terdapat pokok kurma ajwa


Kubu Kaab

Sempat melawat muzium keretapi pada Zaman Uthmaniah dapat lah tengok tinggalan sejarah yang hebat-hebat kat sini. Banyak ilmu sejarah yang dapat kat muzium ni


Keretapi yang sangat kukuh 


Banggunan ni memang unik

Oh terlupa pula kami sempat juga round-round di kota Madinah dengan menaiki bas (city sight seeing), Bayaran untuk naik bas ni adalah 80 riyal dewasa, kanak-kanak bawah 12 tahun 40 riyal, bas ni juga menyediakan ear phone yang perlu dipakai sepanjang perjalanan selama 2 jam mengilingi kota Madinah dengan info sejarah yang sangat padat. Korang boleh pilih bahasa melayu tau untuk memudahkan kefahaman tentang sejarah Kota Madinah. Best lah!


Naik bus



Sampai mekah melakukan umrah wajib (miqat di bir ali) Sempat buat umrah sunat juga (miqat di jaronah, hudaibiyah, qarnu al manazil)

Di mekah Ziarah Jabal Rahmah, Jabal Tsur, Gua Hira’, melihat tempat haji Mina, Muzdalifah, lawatan ke taif, ke pasar buah Taif(masyaallah buah-buahan kat taif ni besar-besar dan manis sangat!) sempat gak lah memborong pisang kaki dan mangga. 


Laluan ke Gua Hira'


Nampak pisang kaki tu! oren menyala

Saya juge ke kilang bunga ros, dapat tengok proses buat minyak wangi dengan bunga ros dari proses pengeluapan, sambil tu borong pati ros untuk adik beradik juga. Teh bunga ros nye sedap sangat! segar! Kat Taif ni cuaca yang agak sejuk.

Pergi singgah juga Masjid Saidina Abbas, sempat juga ke muzium Hudaibiyah, Ladang kecil unta (merasa minum susu unta yang fresh)


Patung bentuk lembu samiri (muzium)


Telaga zam-zam dolu-dolu


Merasa pegang unta

Lalu juga di Universiti Ummul Qura’ (yang dibiayai oleh Arab Saudi sepenuhnya)

Malam nye sebelum balik aktiviti Ziarah dalam di Masjidil Haram tempat Rasulullah S.A.W dilahirkan, rumah Saidatina Khadijah, Abu Jahal, kawasan lembah Bani Hashim dan sebagainya.


Masjidil Haram





Masjidil Haram

Tawaf wida’- waktu yang paling best sebab dapat bawak uzma dan izzah pegang kaabah, Memang Allah permudahkan betul untuk diorang merasa pegang kaabah walaupun ramai juga orang waktu ni, Alhamdulillah. Merasa diorang pegang dua kali.

Last perhentian sebelum bertolak balik, lawatan ke Jeddah, round round di Jeddah (sempat singgah Masjid Qisas) Dari Jeddah terus balik ke Malaysia. Alhamdulillah landed dengan selamat 19 hb disember 2018. Syukur.


Balik Malaysia

Aturcara ringkas perjalanan kami di sana tempoh hari:

- Makkah hotel Baity 5
- Madinah hotel nozul royal in 

- Ziarah Maqam Rasulullah dan sahabat serta memasuki Raudhah.
Jemaah wanita dibimbing oleh Muzawirah wanita

- Ziarah luar 
- Masjid Quba 
- Jabal Uhud
- Ladang tamar

- Ulangan ke Masjid Quba untuk mendapatkan fadilat dua rekaat di Masjid Quba mendapat ganjaran pahala satu umrah (hadis sahih)
- Lawatan ke kubu kaab al ashraf
- Lawatan ke muzium keretapi di ambariah, peninggalan (asalnya stesen keretapi zaman Khalifah Othmaniah)
- Berangkat ke Bir Ali untuk miqat umrah, dari Bir Ali terus ke Makkah, sampai di Makkah Tawaf Saie dan tahlul

- Ziarah luar
- Jabal Thor, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina dan terus ke Jaronah.
- Jemaah yang hendak melaksanakan umrah ke dua boleh miqat di Jaronah

- Lawatam ke Taif
Jemaah yang hendak mengerjakan umrah akan berniat di Qarnu Al Manazil semasa perjalanan balik

- Lawatan ke muzium di Hudaibiyah.
- Jemaah yang hendak mengerjakan umrah boleh miqat di Masjid Hudaibiyah 

- Lawatan ke Jeddah

Tips Umrah dengan anak:

Bila kita berpeluang menunaikan umrah dengan anak. Memang banyak benda yang perlu diambil kira. Tapi sebenarnya mudah sangat. Jika kita sentiasa positif. Allah mudahkan
- Salah satu nya tempat penginapan
- Cuba cari travel umrah yang menyediakan hotel yang agak dekat anggaran 100 ke 200 meter dari masjidil haram or masjid nabawi
Memang seronok hari hari anak nak pergi solat. Sekaligus memudahkan urusan kita untuk beribadat serta dapat solat setiap waktu di masjidil haram dan masjid nabawi

Semoga semua yang share dan baca dapat manfaat.

Jangan lupa klik link link part 1 dan part 2

PART 1

PART 2

Love,
Aini Amran



Read More