Isnin, 21 Ogos 2017

6 mitos tentang imuniti terbongkar!

6 mitos tentang imuniti terbongkar! 

MITOS 1

1. Kebasahan dalam hujan akan membuatkan anda sakit

Tiada bukti yang menunjukkan bahawa cuaca sejuk menyebabkan seseorang boleh mendapat selsema
atau sakit kerana sains moden tidak mampu untuk menunjukkan adanya hubungan di antara dua perkara tersebut. Apabila tiada bukti-bukti sains yang kukuh, perkara ini dikaitkan dengan kisah dongeng yang diwarisi dari nenek moyang kita.

MITOS 2 

2. Selsema ialah virus, sejuk ialah bakteria

Kedua-dua sejuk dan selsema adalah disebabkan oleh virus. Fakta yang menarik : Terdapat lebih daripada 200 jenis virus sejuk yang unik (rhinovirus adalah yang paling biasa) dan virus selsema sentiasa berubah setiap tahun. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mempastikan bahawa sistem imun adalah di tahap yang terbaik.

MITOS 3

3. Selsema tidak berbahaya

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), angka orang yang mati disebabkan oleh selsema mencecah 49,000 pada setiap tahun (bergantung kepada tahap kesakitan, penyebaran dan jenis-jenis virus selsema). Di Malaysia, bayi di bawah umur satu tahun dan juga warga emas yang berusia lebih 65 tahun berada dalam kumpulan berisiko tinggi. Wanita-wanita hamil, serta orang-orang yang gemuk atau yang mempunyai sistem imun yang lemahjuga merupakan sebahagian daripada kumpulan berisiko tinggi. Menariknya, selsema yang biasa jarang memudaratkan – kecuali ia boleh menyebabkan kepada jangkitan-jangkitan yang lebih serius.


MITOS 4

4. Antibiotik membantu merawat sejuk atau selsema.

Memandangkan kedua-dua sejuk dan selsema adalah hasil serangan virus, antibiotik tidak dapat membantu mengurangkan kesakitan atau tempoh masa jangkitan itu. Walau bagaimanapun, antibiotik yang diberikan adalah berkesan untuk merawat jangkitan bakteria sekunder seperti resdung, jangkitan telinga, bronkitis dan lain-lain jangkitan yang disebabkan oleh sejuk atau selsema.


MITOS 5

5. Anda hanya boleh berjangkit apabila mempunyai tanda-tanda sejuk atau selsema

Mitos! Apabila anda dalam keadaan sejuk, anda sangat mudah dijangkiti pada tiga hari pertama (terutamanya semasa fasa sakit tekak) dan anda akan menyebarkan virus antara lima hingga tujuh hari dari hari pertama menghidapi selsema. Virus ini boleh disebarkan apabila anda menyentuh hidung serta mulut dan kemudiannya menyentuh permukaan lain seperti tombol pintu dan telefon bahkan melalui batuk atau bersin.


MITOS 6

6. Selepas sekali mendapat selsema, anda tidak akan menghidapinya lagi untuk musim atau tempoh itu

Anda tidak akan mendapat selsema yang sama sebaik sahaja anda telah mengalaminya, tetapi itu tidak bermakna bahawa anda akan tidak menjadi mangsa kepada virus sejuk yang lain. Terdapat beberapa jenis virus sejuk dan selsema yang beredar di udara dan tidak mustahil untuk anda menjadi imun untuk sementara waktu tetapi masih boleh dijangkiti dengan penyakit yang lain.


Terdapat tiga tahap pertahanan dalam sistem imun anda. Set ini menggabungkan vitamin dan herba
penting untuk menyokong dan meningkatkan tiga tahap pertahanan imun anda agar tubuh sentiasa sihat.



SET PERLINDUNGAN IMUN

Pertahanan lebih kuat, kesihatan lebih baik.

1. CarotoMax

Perlindungan antioksidan hadiah dari alam semula jadi.


2. Garlic Complex

Mempertingkatkan tindak balas pertahanan tubuh anda.


3. NutriFeron

Campuran botani lazat diperbuat daripada biji labu, biji plantago, Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.



Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih (part time)? wassap segera




Vitamin bukan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit, ia sekadar ikhtiar untuk anda, cegah sebelum parah, dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.










About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan