Isnin, 9 Januari 2017

The persuit of happyness

The Persuit of Happyness

Dalam banyak banyak filem. Ini di antara filem yang saya minat. Tengok hari hari pun tak jemu. Malah banyak maksud tersirat di dalamnya.

Filemnya yang tidak membosankan, real, unik dan menarik. Siapa yang dah tonton confirm nak tonton lagi. Garapan filem ni sangat cantik jalan ceritanya kerana ia di adaptasi dari kisah benar. Korang wajib tonton. Pastikan ada tisu. Takut meleleh air mata tu.

Kenapa saya kata filem bagus untuk ditonton sebab ia berkaitan dengan aspek penting kehidupan. Kejayaan, kekecewaan, kematangan, dan liku liku hidup di antara unsur unsur yang terkandung dalam filem ini. Filem ini juga memberi penonton motivasi dan semangat dalam menghadapi kehidupan yang nyata.

Jika ingin bahagia dan berjaya. Kita mesti bertekad, pantang menyerah dan bersyukur, demi mendapat kebahagiaan.

We must pursue "Happyness"  (ejaan ni ade kisah di sebaliknya) bukan saja saja disalahkan ejaannya.

Mengisahkan tentang pelakon feveret saya will smith yang mencari kebahagian. Ditinggalkan oleh isterinya lantaran kesempitan hidup. Dia membesarkan anaknya. Disamping berusaha mencari pekerjaan yang terbaik. Daripada seorang miskin menjadi jutawan.

So korang kene cari cd filem ni tau untuk tahu sambungannya. Jeng jeng jeng

#tsunamishaklee
#fantastic
#thepersuitofhappyness


About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan