4 teknik mengurus salah laku anak-anak anda
1) Setiap pagi, peluk anak heart to heart (dada bertemu) selama 16 saat sambil doa dengan kuat supaya dia dengar dan bayangkan apa yang kita nak anak jadi dan buat.
Contoh untuk isu di atas, doakan dan bayangkan anak puan tu sentiasa tenang, happy, dengar cakap mak ayah, lembut hati.
Sambil peluk tu pejam mata dan sebut skrip, bayangkan tingkah laku spesifik yang kita mahu.
Buat setiap minggu atau hingga isu tu resolve. Lepas isu resolve boleh buat skrip lain.
Dalam masa yang sama perhatikan apa-apa perubahan spesifik pada anak. Walau ada perubahan kecil, raikan penghargaan besar-besaran.
2) Gunakan skrip yang sama pada anak sebelum tidur. Sebutkan apa yang kita mahu anak buat/jadi.
Sebut pada anak sebelum dia tidur. Kemudian baca al-Fatihah & 3 Qul, hembus ubun-ubun kepalanya. Peluk dan kiss anak.
3) Pastikan setiap hari ada special time untuk setiap anak. Atleast 10 minit pun jadilah. Kita spend eksklusif dengan anak tu seorang sahaja. Main sama-sama, borak-borak atau buat apa-apa aktiviti.
4) Guna kaedah yang therapeautic story telling.
Ideanya adalah, gunakan figure haiwan atau puppet untuk buat story telling pada anak.
Haiwan tu simbolik untuk anak. Dalam cerita tu masukkan isu anak. Dan masukkan juga cara anak cope dengan situasi itu.
Sharing....
Tips berkenaan daripada Puan Kaunselor Puan Maznah Ibrahim
Memang kita akui sebagai mak, memang emosi marah adalah perkara paling susah nak kawal. Yelah dengan kerja rumah, makan pakai anak dan suami, belajar anak-anak.
Insya Allah, ada cara untuk selesai perkara ni. Jangan fokus pada masalah tapi tukarkan masalah kepada peluang-peluang jadi lebih baik, jadi mak cool.
#SHARE kalau ia membawa manfaat kepada ibu bapa yang lain.
0 comments:
Catat Ulasan